Daurah tafsir 2019 sesi 30(104)nota 16(467)
Zaman Diturunkan
Surah al-Humazah diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian, ketika itu da'wah secara terbuka telah pun bermula. Didalamnya dikemukakan beberapa perangai dan sikap buruk salah seorang pemimpin Quraisy yang terkenal iaitu Umayyah bin Khalaf, punca utama manusia menjadi begitu ialah kerana tidak percayakan hari akhirat.
Perkaitan Surah Humazah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam Surah al-'Ashr, orang-orang kafir dikatakan berada dalam kerugian kerana tidak beriman dan beramal shaleh, di dalam Surah al-Humazah ini pula dikemukakan satu contoh manusia yang rugi iaitu seorang pemimpin yang buruk akhlaknya dan bersifat bakhil.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1.Perkataan هَاهِزُ orang yang suka mencari ke'aiban orang; orang yang hanya tahu menyebut kekurangan orang,mencela dan mengumpat orang dan lain-lain.
Al-Humazah 104:1.وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela,
2.Perkataan هُمَزَةٌ adalah إسم مبالغة bererti orang yang suka sangat mencari keburukan orang, cukup hebat dalam mencela dan mencaci orang.
3. Perkataan لُّمَزَةٍ ini juga إسم مبالغة ia bererti orang yang suka sangat menyebut keburukan orang di hadapannya, mencaci, mencela dan memburuk-burukkan orang sudah menjadi tabiatnya.
4.Perkataan عَمَدٌ jama' kepada عَمُود tiang besar
467
Tiada ulasan:
Catat Ulasan