Halaman

Isnin, September 13, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(106)nota 16(470-472)s

Daurah tafsir 2019 sesi 30(106)nota 16(470-472)s

106. Al-Quraisy.
Tertib surah 106
Bilangan ayat 4
Bilangan rukuk 1
Surah  Makkiyah
Tertib turun 29
Bilangan paragraf 2
Paragraf 1 ayat 1-2 Rombongan dagang golongan Quraisy telah mendapat kelebihan  disebabkan  mereka menjaga Kaabah.
Paragraf 2 ayat 3-5 Olehsebab itu, orang-orang Quraisy  hendaklah beribadat hanya kepada Tuhan  empunya Kaabah setelah mereka sedar  kelebihan yang diperolehi mereka.

Mesej
Orang-orang Quraisy hendaklah beribadat hanya kepada tuhan empunya Kaabah setelah  mereka sedar kelebihan yang diperolehi mereka.

Zaman Diturunkan
Surah Quraisy besar sekali kemungkinannya diturunkan selepas Surah al-Fiil pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah. Pada ketika itu da'wah secara terbuka baru sahaja bermula, didalamnya orang-orang Quraisy diingatkan supaya bersyukur kepada Allah atas ni'mat-ni'mat yang Allah telah kurniakan kepada mereka, bukan sebaliknya kufur kepadaNya.

Perkaitan Surah Quraisy Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Fiil sebelum ini telah disebutkan tentang Ka'bah dan maksud pembinaannya, disamping bagaimana ia dipelihara oleh Allah daripada segala niat buruk manusia. Di dalam Surah Quraisy ini pula disebutkan betapa pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah tidak bersyukur kepada Allah, walaupun mereka telah mendapat ni'mat-ni'mat berikut: 
(1) Ditaqdirkan menjadi penjaga Ka'bah 
(2)Mereka merupakan anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Isma'il
(3). Mendapat keamanan dan penghormatan disebabkan mereka penduduk negeri yang aman 
(4) Mendapat banyak sekali kemudahandan faedah daripada kedudukan mereka itu untuk berniaga dan berdagang ke sana sini. Tetapi malang sekali, kerana mereka telah meninggalkan alaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan NabiIsma'il dan telibat dengan kesyirikan.

2. Di dalam Surah al-Ma'un disebutkan lagi beberapa kesalahan yang dilakukan oleh bangsa Quraisy,
mereka disebut sebagai golongan yang malang kerana meskipun menjadi penjaga Ka'bah dan tanah haram, mereka tidak dapat menjaga dengan baik hak-hak Allah dan juga hak-hak manusia.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1.Perkataan إيلاف  bererti kebiasaan; kebiasaan aman tenteram.

2.Perkataan رِحْلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيْفِ  bererti perjalanan dengan maksud berniaga di musim sejuk dan musim panas. Di
musim sejuk mereka pergi ke arah Yaman yang terletak di arah selatan dan di musim panas pula merekampergi ke arah utara iaitu ke Syam dengan selesa dan aman damai.

Quraish 106:2 إِۦلَٰفِهِمْ رِحْلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيْفِ 
(yaitu) kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas.

3. Mekah adalah suatu negeri yang kosong daripada tumbuh-tumbuhan, ia hanya padang pasir yang sukar untuk mendapat air, tidak ada kemajuan pertanian dan perindustrian di sana. Penghidupan penduduk Mekah bergantung sepenuhnya kepada perniagaan dan perdagangan, Nabi Ibrahim pernah mendoakan kemurahan rezeki untuk mereka, berkat rumah suci Ka'bah, Allah telah memelihara mereka daripada lapar dan kebuluran. Dalam keadaan kawasan-kawasan Arab yang lain tidak aman pula, Allah mengurniakan kehidupan yang aman damai di Mekah.

4. Segala kelebihan, penghargaan, sanjungan, kemudahan berniaga dan kemewahan hidup bangsa Quraisy adalah disebabkan mereka dipercayai sebagai penjaga Ka'bah dan tanah haram Mekah, itulah salah satu ihsan Allah kepada bangsa Quraisy, mereka dapat pergi berdagang ke Yaman pada musim sejuk dan dapat pergi berdagang pula ke Syam pada musim panas. Kerana kelebihan itulah masyarakat di kawasan sekeliling melayan mereka dengan penuh hormat, kerana Ka'bahlah orang-orang Quraisy terselamat daripada kelaparan, kebuluran dan kemarau. Jalan-jalan mereka untuk berdagang juga selamat tetapi mereka telah melakukan banyak sekali kesalahan dan jenayah terutamanya dengan menyembah berhala dan mengotorkan rumah Allah Ka'bah dengan sekian banyak berhala, mereka tidak lagi menyembah tuhan yang Esa sebaliknya menjadi penyembah-penyembah berhala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan