Daurah tafsir 2019 sesi 30(107)nota 16(473-474)s
Surah Al maun
Tertib surah 107
Bilangan ayat 7
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turun 17
Bilangan paragraf 2
Paragraf 1 ayat 1-3 Orang yang tidak percayakan hari akhirat tidak dapat menegakkan sistem masyarakat yang adil.
Paragraf 2 ayat 4-7 Orang yang tidak beribadat dengan betul hanya untuk menunjuk-nunjuk sahaja tidak akan dapat menunaikan hak-hak hamba dengan sepatutnya.
Mesej utama
Pemimpin-pemimpin Quraisy telah tidak percaya kepada hari kiamat , olehsebab itu mereka tidak dapat menunaikan hak Allah dengan betul sebagaimana tidak dapat menunaikan hak manusia juga dengan betul, kerana mereka akan binasa.
Zaman Diturunkan
Surah al-Ma'un diturunkan selepas da'wah secara terbuka bermula sekitar tahun ke-4 Kenabian, surah ini mengandungi kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah kemasyarakatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kafir Quraisy.
Perkaitan Surah Al-Ma'un Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Quraisy sebelum ini telah pun disebutkan betapa tidak bersyukurnya orang-orang Quraisy, di dalam Surah al-Ma'un ini pula disebutkan sifat nifaq mereka dalam beragama. Walaupun mereka menjadi penjaga Ka'bah tetapi kerana tidak menerima adanya hari akhirat, mereka tidak melaksanakan hak-hak kemanusiaan dan juga hak-hak Allah, mereka bersembahyang hanya dengan
tujuan menunjuk-nunjuk. Di dalam ayat ke-35 Surah al-Anfaal, hakikat sembahyang mereka didedahkan:
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِندَ ٱلْبَيْتِ إِلَّا مُكَآءً وَتَصْدِيَةًۚ
Maksudnya: Sembahyang mereka tidak lebih daripada bersiul-siul dan bertepuk tangan dekat Baitillah.
Al-Anfal 8:35
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِندَ ٱلْبَيْتِ إِلَّا مُكَآءً وَتَصْدِيَةًۚ فَذُوقُوا۟ ٱلْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
Dan shalat mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepuk tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.
2. Di dalam Surah al-Kautsar akan datang, Nabi s.a.w. diperintahkan supaya mendirikan shalat kerana
Allah semata-mata dan berkorban juga kerana Allah semata-mata.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1.Perkataan يَدُعُّ: دَعَّ،يَدُعُّ menolak dengan keras; mengherdik; membentak; menindas; berlaku zalim kpd
2.Perkataan لَا يَحُضُّ:حَضَّ: يَحُضُّ tidak mendorong dan tidak memberi galakan.
3. Perkataan سَاهُون leka, alpa, lalai, tidak peduli, tidak mengambil hal.
4.Perkataan المَاعُون bekas-bekas yang biasa digunakan di rumah, benda-benda kecil yang merupakan keperluan
hidup seharian.
474
Tiada ulasan:
Catat Ulasan