Selasa, September 21, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(108)nota 16(475-477)s

Daurah tafsir 2019 sesi 30(108)nota 16(475-477)s

108.Surah Al kausar
Tertib surah 108
Bilangan ayat 3
Bilangan rukuk 1
Surah  Makkiyah
Tertib turun 15
Bilangan paragraf 3
Paragraf 1ayat 1 Berita gembira kerana mendapat alkausar.
Paragraf 2 ayat 2 Perintah supaya mengamalkan tauhid عبادة
Paragraf 3 ayat 3 Ramalan kegagalan pihak musuh.

Mesej
Muhamad saw akan diberi segala macam  kebaikan dan kelebihan termasuk akan mendapat kolam al kausar, menguasai kaabah  dan akan dikurniakan sebuah kerajaan yang hebat ,sekalian musuh-musuhnya akan dihapuskan.
Kamu hendaklah beribadat hanya kepada Allah.

Zaman Diturunkan
Surah al-Kautsar juga diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah di Mekah di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian, pada ketika itu da'wah sudah pun disampaikan secara terbuka oleh Rasulullah s.a.w., surah ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. sedang mengalami kesedihan yang amat sangat kerana kematian anakanda Baginda; Qasim. Dengan kematian Qasim, seorang pemimpin Quraisy bernama' Aash bin Wa'il as-Sahmi berkata: "Muhammad sudah أَبْتَر(terputus ekor)

Perkaitan Surah Al-Kautsar Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Ma'un sebelum ini disebutkan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah
kemasyarakatat yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah, kerana tidak percayakan hari akhirat, mereka tidak melaksanakan hak-hak Allah dan hak-hak hamba (orang ramai). Di dalam Surah al-Kautsar ini pula diberi ramalan dan isyarat kepada sekalian musuh-musuh Rasulullah bahawa mereka akan binasa dan lenyap, melalui ajaran Rasulullah s.a.w. pula manusia akan pandai menjaga hak-hak Allah dan juga hak-hak hamba.

2. Di dalam Surah al-Ma'un disebutkan salah satu kesalahan besar pemimpin-pemimpin Quraisy iaitu
mereka bersembahyang tidak kerana Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai sahaja. Mereka sebenarnya tidak mempedulikan sembahyang pun. Di dalam Surah al-Kautsar ini pula dikemukakan contoh pemimpin yang ideal kerana bersembahyang dengan ikhlas hanya kepada Allah dan berkorban juga hanya untuk mendapat keredhaanNya.

3. Di dalam Surah al-Kafirun selepas ini, Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya memutuskan terus hubungan dengan pemimpin-pemimpin musyrikin Quraisy yang berpura-pura itu. Tiada ruang langsung dalam agama yang memperjuangkan aqidah tauhid untuk bertolak ansur atau berkompromi dengan ahli-ahli politik yang bertalam dua muka.


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1.Perkataan الكَوثر adalah  اسم مُبَالغة daripada:كثر ia adalah satu perkataan yang lengkap dan sangat luas ertinya,
termasuk dalam الكَوثر segala bentuk ni'mat Allah dan kebaikan-kebaikan yang banyak manfaatnya. الكَوثر
juga nama satu sungai syurga, pernah Rasulullah s.a.w. bertanya para sahabatnya:
أَتَدْرُونَ مَا الْكَوْثَرُ فَقُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّهُ نَهْرٌ وَعَدَنِيهِ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ
Bermaksud: "Tahukah kamu apa itu الكَوثر?" Para sahabat menjawab: "Allah dan rasulNya lebih mengetahui".Katanya: "sesungguhnya ia adalah satu sungai yang dijanjikan Allah kepadaku, padanya terdapat banyak sekali kebaikan". 
Hadits Riwayat Muslim, Kitab as-Shalat, hadits 921 daripada Anas.

2. Perkataan شانِىء adalah  اسم فاعل daripada  شَنَأَ، يَشْنَأُ ia bererti musuh yang jahat dan penuh dengan dendam kesumat.

3. Perkataan أَبْتَر terputus ekor; tidak ada keturunan dan terputus zuriat; tidak mempunyai anak lelaki; tidak ada
langsung kebaikannya; terputus daripada mendapat sebarang perkara yang diingini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan