Halaman

Sabtu, September 25, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(109)nota 16(478-480)s

Daurah tafsir 2019 sesi 30(109)nota 16(478-480)s

109.Surah Al kafirun
Tertib surah 109
Bilangan ayat 6
Bilangan rukuk 1
Surah  Makkiyah
Tertib turunnya yg 18
Bilangan paragraf 3
Paragraf 1 ayat 1-3  Wahai orang-orang  yang mengingkari ajaran tauhid! aku tidak dapat menyembah tuhan-tuhan mu.
Paragraf 2 ayat 4-5 Kedua-dua pihak tetap dengan pendirian masing-masing
Paragraf 3 ayat 6 Kamu bebas dengan agama mu dan aku bebas dengan agama ku.

Mesej utama
Perintah supaya tidak menyembah selain Allah dan menyatakan secara terbuka sikap tidak ada hubungan dengan agama orang-orang kafir.


Zaman Diturunkan
Surah al-Kafirun diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah di Mekah selepas da'wah secara terbuka dilancarkan di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Pada ketika itu satu rombongan
pemimpin-pemimpin Quraisy pergi bertemu dengan Rasulullah s.a.w., mereka mencadangkan satu bentuk perdamaian di mana satu tahun berhala-berhala mereka disembah dan satu tahun pula Allah disembah, sebagai jawapannya dikatakan dengan terus terang:
Al-Kafirun 109:6 لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ 
Bagimu ugamamu, dan bagiku ugamaku".

Begitulah perisytiharan secara terbuka diberikan tentang tidak adanya perkaitan dan hubungan dari segi amalan di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir.

Kelebihan Surah Al-Kafirun
1. Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-Kafirun dan Surah al-Ikhlas dalam 2 rakaat sunat thawaf dan 2 rakaat sunat subuh. Shahih Muslim, hadits 726
2. Di dalam 3 rakaat sembahyang witir, selepas al-Fatihah dalam rakaat pertama, Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-A'la, di dalam rakaat keduanya Surah al-Kafirun dan di dalam rakaat ketiganya pula surah al-Ikhlas. 
Hadits riwayat Sunan Ibnu Majah, hadits 1,171 dan Nasa'i di dalam Kitab Qiyamullail, hadits 1,684.

Perkaitan Surah Al-Kafirun Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah al-Kautsar mengemukakan ramalan tepat tentang kebinasaan musuh-musuh Rasulullah, didalam Surah al-Kafirun ini Rasulullah s.a.w. diperintah supaya menolak terus cadangan perdamaian bersifat politik yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin kafir Quraisy Mekah. Di dalamnya perisytiharan secara terbuka dinyatakan bahawa tiada kompromi dan tolak ansur dalam soal aqidah tauhid.
2. Di dalam Surah an-Nashr akan datang terdapat bukti kebenaran bagi ramalan yang terdapat di dalam
Surah al-Kautsar sebelum ini, pihak musuh yang menjadi أبْتَر(terputus ekor), pertolongan Allah telah tiba dan orang-
orang Islam telah mendapat kemenangan.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
Surah ini mengisytiharkan putus hubungan dan tiada kaitan langsung di antara tauhid yang diperjuangkan agama Islam dan kesyirikan. Surah ini juga menyatakan tiada sebarang kompromi dan tolak ansur dalam bab aqidah dan ibadat terutamanya dalam bab tauhid. Surah ini juga mengandungi berita gembira secara tersirat, kerana orang-orang Islam bertegas dengan aqidah tauhidlah mereka
akhirnya mendapat kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan