Pasti ada, kan.
Setiap rumah ada alaminya.
Kita cakna dan tahu kesan jika marah anak kaw kaw punya, efek ke 'reptilian brain' dia (terancam dan terjejas rasa sekuriti dia).
Ketakutan, rasa bersalah, rasa diri amat kecil bila dimarahi.
Sedangkan orang dewasa terbuang air kecil di masjid pun Rasulullah s.a.w tidak marah malah mengarahkan sahabat lain untuk membersihkan air kencing itu kemudian baru memberitahu ayat peraturan masjid *Teknik Nabi, oleh Tim Pengkaji Hadith Nabi (TPH).
Mudah aja:
1. dalam rumah anak kecil, kita sediakan pinggan plastik yang bpa free untuk makanan panas.
2. anak sudah besar sedikit, kita izinkan untuk adegan pecah berlaku. Belilah pinggan kaca yang tidak terlalu mahal.
3. adegan pecah telah berlaku, kita katakan: Hati-hati, takmau pijak. Tidak mengapa, mama ambil penyapu dan kita bersihkan. (permulaan ayah ibu bersihkan kerana tentunya si anak terkejut dengan adegan ini).
4. anak sudah besar sedikit, usia 7 ke atas, pecah berlaku, anak sendiri akan katakan: jangan bergerak (kepada semua ahli keluarga), abang/kakak nak ambil penyapu dan sapu.
Modelkan semasa anak kecil, dan
anak laksanakan sewaktu dia sudah mampu.
Berapa harga pinggan kaca kita tu?
RM3? RM10? RM30 seunit?
Berapa harga keyakinan diri anak yang telah punah akibat kita memarahi mereka?
Mampukah kita bayar kembali?
Fikir-fikirkan.
Maznah Ibrahim.
t.mazn.me/chan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan