Selasa, September 07, 2021

K999.Anak Kita Usia 2-7 Tahun (Praoperasi):

K999.Anak Kita Usia 2-7 Tahun (Praoperasi):

💨 memiliki imaginasi yang sangat tinggi
💨 banyak idea dan eksperimennya nak buat sendiri
💨 dah diterangkan berulang kali pun akan faham separa aja nanti
💨 egonsentrik, memahami dari dunia dan perspektifnya sahaja dulu

Tapi tak apa,

🌈 fahami dia dan beri ruang peluang kepada apa dia nak,
🌈 terangkan aja berulang kali sebaik berlaku sesuatu (tunjuk bukti dengan berhemah)
🌈 libatkan dia untuk sama-sama alami, secara konkrit jelas

🚀 ini adalah persediaan untuk kognitif matang dia fasa bimbingan usia 7 ke atas nanti...

Key nya sabar dan terus perkuatkan kesabaran.

🗝Terang dan ulang terang berkali akan peraturan yang betul: boleh dan disusuli tidak boleh (contoh : "TAK BOLEH main tepung merata tapi BOLEH MAIN tepung dalam bekas besen ini saja), 

👨‍🌾 Maka dia akan gembira dan puas,
👩‍🎨 Keyakinan diri tinggi,
👩‍🔬 Optimis: positif,
👨‍🚀 Kreatif dan imaginatif dalam penyelesaian masalahnya nanti.

Ok ibu ayah

Maznah Ibrahim.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan