Halaman

Khamis, September 23, 2021

K999.“Nak Anak Pandai Bercakap, Mak Ayah Kena Jadi Pengulas”

K999.“Nak Anak Pandai Bercakap, Mak Ayah Kena Jadi Pengulas”

 Wanita Ini Kongsi Tip Anak Speech Delay Boleh Bertutur

Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.

Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka. Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang didiagnosis dengan masalah kelewatan bercakap cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku dan emosi di masa hadapan.

Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa bawa si manja ke perhatian doktor bagi menyaring keupayaan mereka untuk bercakap. Sama seperti perkongsian seorang pengguna twitter, Puan Shahirah Zai di mana anaknya turut mempunyai masalah kelewatan bahasa.

Setelah berjumpa doktor, beberapa perkara dikongsi oleh wanita ini untuk rujukan buat ibu bapa lain yang mempunyai masalah sama.

 Nasihat doktor mak dan ayah kena jadi pengulas ,bukan mak sahaja tau.

Contoh
Tengah bagi anak makan. Hari ni kita makan nasi ayam .wow nasi ni warna putih. Bunyi ayam macam mana? Kok kok. Kok
Contoh mandikan anak 
Ya muaayad mandi! Mula-mula kita pakai sabun dekat ke? Yes! Kepala.
Lepas tu kita sapu dekat ta? Tangan
Pandailah Muaayyad ni.

Setiap apa yang kita buat  dengan anak ,kita kena jadi pengulas.
Kita tengok sekali dan ulas cerita pasal aps sambil buat bunyi dan mimik muka.

Kalu anak nak apa jangan bagi terus apa dia nak.

Contoh dia nak air, kita suruh dulu dia cakap , Ibu  Muayyad nak air ,boleh?

Suruh dia sebut ssatu satu, tak jelaas tak apa  asalkan dia cakap ,baru kita bagi.

Lepas makan , tunjuk dia ambil pinggan dan cawan letak dalam sink.
Bagi tau kenaoa kena buat macam tu.

Mula dari kecil sebab budakbawah 6 tahun macam span , nereka senang serap.

Ajar baik , dia ikut.
Ajat yang tak baik pun dia ikut.



Jika anda mengenal pasti tanda-tanda amaran dalam anak anda yang menunjuk ke arah masalah kelewatan bercakap, dapatkan perhatian doktor segera.

Diagnosis yang lebih awal membolehkan rawatan bermula dengan lebih cepat. Jangan biarkan si manja terus membisu.

Kredit: Shahirah Zai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan