Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 026-050)s
Muka 2(34-41)
As-Saffat 37:102
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Bermaksud: Maka ketika anaknya iłu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, dia (Nabi Ibrahim a.s.) berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dałam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku termasuk orang-orang yang sabar”. (asShaaffaat:102).
Dua dalil ini menunjukkan para nabi a.s. itu mendapat wahyu berupa mimpi ketika tidur sama seperti mereka menerimanya pada ketika jaga. (2) النفث في الروع iaitu wahyu yang ditiupkan ke dalam ruh atau jiwa Nabi s.a.w. Antara dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w. ini: إن رُوحِ القدس نفث في روعي أن نفسالن تموت حتى تستكمل أجلها وتستوعب رزقها فاتقوالله وأجملوا في الطلب ولا يحملن أحدكم استبطاء الزق أن يطلبه بمعصية الله فإن الله تعالى لا ينال ما عند إلا بطاعته : Bermaksud :Sesungguhnya Ruh al-Qudus telah meniup (mencampak) ke dalam jiwaku bahawa seseorang manusia tidak akan mati sebelum sampai ajalnya dan sebelum ia menghabisi rezekinya. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan mintalah dengan baik. Janganlah sekali-kali kelambatan datangnya rezeki, mendorong seseorang daripada kamu menuntutnya dengan cara melakukan ma'shiat. Kerana sesungguhnya apa yang ada pada Allah itu tidak dapat diperolehi melainkan dengan taat kepadaNya. (Hadits sahih riwayat Abu Nu'aim di dalam al-Hilyah, al-Qudha'i di dałam Musnad asy-Syihaab, al-Bazzaar, Ibnu Abi Syaibah dan Baihaqi di dałam Syu'ab al-lman).
Kebanyakan ahli Tafsir mentafsirkan perkataan وَحْيًا di dalam ayat 51 Surah as-Syura ini : وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحْيًا dengan النفث في الروع
(3) Ayat مثل صلصلة الجرس iaitu wahyu yang datang dalam bentuk bunyi seperti gemercing loceng atau seperti bunyi rantai besi yang dihentakkan di atas kepingan besi yang lain. (penjelasan tentangnya akan diberikan nanti). (4) Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dengan datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam rupa manusia. Selalunya ia datang dałam rupa Dihyah bin Khalifah r.a. Dihyah adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang sangat cantik. Rupanya mirip rupa Baginda s.a.w. Ketika berjalan Dihyah selalu memakai tudung muka, kerana takut wanita-wanita akan tergoda dengannya. Diriwayatkan, kalau dia datang ke Madinah orang-orang perempuan pasti hendak melihatnya lantaran kecantikannya yang luar biasa. Ibnu Sallaam ketika mentafsirkan firman Allah di dalam Surah al-Jumaah:
Al-Jumu'ah 62:11
وَإِذَا رَأَوْا۟ تِجَٰرَةً أَوْ لَهْوًا ٱنفَضُّوٓا۟ إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَآئِمًاۚ قُلْ مَا عِندَ ٱللَّهِ خَيْرٌ مِّنَ ٱللَّهْوِ وَمِنَ ٱلتِّجَٰرَةِۚ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
Bermaksud: dan apabila mereka melihat kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (berkhutbah). Katakanlah: (Wahai Muhammad, pahala /balasan) "Yang ada di Sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.” (alJumu'ah: 11),
berkata: "Maksud hiburan yang tersebut di dalam ayat ini ialah dapat melihat wajah Dihyah yang sangat cantik itu.” (5) Malaikat Jibril membawa wahyu kepada Rasulullah s.a.w. dalam rupa asalnya. la mempunyai enam ratus sayap yang memancarkan sinar bagaikan mutiara dan permata delima. (6) من وراء حجاب iaitu wahyu berupa percakapan Allah s.w.t. secara langsung dengan Nabi s.a.w. dari balik stabir' tanpa perantaraan Jibril, sama ada ketika jaga atau ketika tidur. Keadaannya sama seperti percakapan secara langsung yang pernah berlaku di antara Nabi Musa a.s. dengan Allah s.w.t. Menurut sesetengah 'ulama'. ia dialami oleh Rasulullah s.a.w.
sebanyak tiga kali sahaja di sepanjang hayat Baginda. Menurut sesetengah yang Iain pula ia dialami Baginda s.a.w. hanya sebanyak dua kali sahaja. Salah satu daripadanya ialah yang telah berlaku pada malam Mi' raj.
Ash-Shura 42:51
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَآئِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِىَ بِإِذْنِهِۦ مَا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ عَلِىٌّ حَكِيمٌ
Dan tidaklah patut bagi seorang manusia bahwa Allah akan berbicara kepadanya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Mahatinggi, Mahabijaksana.
Dalam peristiwa ini ia berlaku kepada Baginda s.a.w. dalam keadaan jaga. Contoh wahyu bentuk ini yang telah berlaku kepada Rasulullah s.a.w. semasa tidur pula ialah hadits berikut:
(٣١٥٩ ) حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هَانِئٍ أَبُو هَانِئٍ الْيَشْكُرِيُّ حَدَّثَنَا جَهْضَمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ سَلَّامٍ عَنْ أَبِي سَلَّامٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَايِشٍ الْحَضْرَمِيِّ أَنَّهُ حَدَّثَهُ عَنْ مَالِكِ بْنِ يَخَامِرَ السَّكْسَكِيِّ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ احْتُبِسَ عَنَّا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ غَدَاةٍ عَنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ حَتَّى كِدْنَا نَتَرَاءَى عَيْنَ الشَّمْسِ فَخَرَجَ سَرِيعًا فَثُوِّبَ بِالصَّلَاةِ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَجَوَّزَ فِي صَلَاتِهِ فَلَمَّا سَلَّمَ دَعَا بِصَوْتِهِ فَقَالَ لَنَا عَلَى مَصَافِّكُمْ كَمَا أَنْتُمْ ثُمَّ انْفَتَلَ إِلَيْنَا ثُمَّ قَالَ أَمَا إِنِّي سَأُحَدِّثُكُمْ مَا حَبَسَنِي عَنْكُمْ الْغَدَاةَ أَنِّي قُمْتُ مِنْ اللَّيْلِ فَتَوَضَّأْتُ وَصَلَّيْتُ مَا قُدِّرَ لِي فَنَعَسْتُ فِي صَلَاتِي فَاسْتَثْقَلْتُ فَإِذَا أَنَا بِرَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي أَحْسَنِ صُورَةٍ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَبِّ قَالَ فِيمَ يَخْتَصِمُ الْمَلَأُ الْأَعْلَى قُلْتُ لَا أَدْرِي رَبِّ قَالَهَا ثَلَاثًا قَالَ فَرَأَيْتُهُ وَضَعَ كَفَّهُ بَيْنَ كَتِفَيَّ حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ أَنَامِلِهِ بَيْنَ ثَدْيَيَّ فَتَجَلَّى لِي كُلُّ شَيْءٍ وَعَرَفْتُ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ قُلْتُ لَبَّيْكَ رَبِّ قَالَ فِيمَ يَخْتَصِمُ الْمَلَأُ الْأَعْلَى قُلْتُ فِي الْكَفَّارَاتِ قَالَ مَا هُنَّ قُلْتُ مَشْيُ الْأَقْدَامِ إِلَى الْجَمَاعَاتِ وَالْجُلُوسُ فِي الْمَسَاجِدِ بَعْدَ الصَّلَوَاتِ وَإِسْبَاغُ الْوُضُوءِ فِي الْمَكْرُوهَاتِ قَالَ ثُمَّ فِيمَ قُلْتُ إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَلِينُ الْكَلَامِ وَالصَّلَاةُ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ قَالَ سَلْ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى حُبِّكَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهَا حَقٌّ فَادْرُسُوهَا ثُمَّ تَعَلَّمُوهَا
Mu'aaz bin Jabal meriwayatkan, katanya: "Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w. terlambat keluar bersembahyang Subuh bersama kami, sehingga matahari hampir terbit. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. keluar dengan tergesa-gesa. Setelah iqamat, Baginda s.a.w. bersembahyang dengan ringkas. Sesudah memberi salam, Rasulullah s.a.w. berkata: "Terus duduklah kamu di tempat masing-masing." Kemudian menghadap ke arah kami lalu bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya aku akan menceritakan kepadamu tentang sebab aku terlambat keluar untuk bersembahyang bersamamu pagi ini. Sebabnya ialah malam tadi aku bangun lalu berwudhu' dan bersembahyang (beberapa raka'at) menurut kemampuanku. Selepas itu aku berasa mengantuk dan berat mata ketika sedang bersembahyang. Tiba-tiba aku berhadapan dengan Tuhanku yang Maha Berkat dan Maha Tinggi dalam secantik-cantik rupa. Tuhanku berfirman: "Wahai Muhammad!" Aku menjawab: "Ku sambut seruanMu oh Tuhanku! Dia bertanya (aku): "Tentang apakah para malaikat di alam tinggi itu sedang berbicara? Aku menjawab: "Aku tidak tahu Tuhanku." Dia bertanya aku tiga kali. Kata Rasulullah s.a.w.: "Lalu aku melihat Dia meletakkan tapak tanganNya di antara dua belikatku sehingga aku merasai kesejukan jari-jemariNya di antara dua tetekku. Maka tersingkaplah kepadaku segala sesuatu dan mengetahuilah aku. Tuhanku bertanya pula: "Tentang apakah para malaikat di alam tinggi itu sedang berbicara? Ku jawab soalan itu dengan berkata: "Tentang kaffaraat (beberapa amalan yang menghapuskan dosa)." Tuhan bertanya lagi: "Apa dia kaffaraat itu?" Aku menjawab: "Berjalan kaki untuk pergi bersembahyang jama'ah, duduk di masjid selepas bershalat dan menyempurnakan wudhu' dalam keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Tuhan bertanya lagi: "Kemudian tentang apa?' Aku menjawab: "Memberi makan makanan (kepada orang-orang yang susah), berbudi bahasa dan bersembahyang di waktu malam ketika orang-orang sedang tidur. Kata tuhanku: " Mintalah, ucapkanlah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar dapat melakukan kebaikankebaikan, dapat meninggalkan segala kemungkaran, menyintai orang-orang miskin dan Engkau mengampuniku serta mengasihaniku. Jika Engkau menghendaki fitnah kepada sesuatu kaum, maka ambillah daku dalam keadaan tidak terfitnah. Aku memohon kepadaMu agar menyintaiMu dan menyintai orang yang menyintaiMu di samping menyintai perbuatan yang dapat
mendekatkan daku kepada cintaMu, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ini adalah benar. Maka bacalah dan pelajarilah (maksud-mak'sudnya)."
(Hadits riwayat at-Tirmizi. Tirmizi mengatakan hadits ini hasan sahih. Beliau bertanya gurunya Imam Bukhari tentangnya, Bukhari juga mengatakan hadits ini sahih).
Selain Tirmizi, hadits ini diriwayatkan juga oleh tokoh-tokoh hadits yang lain dengan sedikit perbedaan pada lafaznya daripada beberapa orang sahabat selain Mu'az. Antara tokoh hadits yang telah meriwayatkannya ialah Ahmad, at-Thabaraani, al-Bazzaar. Abu Yala, al-Haakim, Ibnu Mardawaih, al-Baihaqi dan lain-lain. (7) وحي إسر افيل iaitu wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. oleh malaikat Israfil bukan Jibra'il. Menurut para ulama' ia telah berlaku antaranya ketika fatratu al-wahyi (Jibra'il beberapa ketika tidak datang membawa wahyu kepada Baginda s.a.w).
Bentuk-bentuk penyampainn wahyu yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits yang diriwayatkan oleh al-Haarits Bin Hisyaam r.a. di atas sebenarnya telah merangkumi ketujuh-tujuh bentuk yang disimpulkan oleh as-Suhaili tersebut. Contohnya ialah Nabi s.a.w. dikunjungi malaikat dalam rupa manusia. la boleh jadi Jibra'il ataupun Israfil. la juga boleh jadi dalam mimpi ataupun sewaktu jaga. Selain itu, hadits al-Haarits bin Hisyaam di atas sekadar menceritakan bentuk-bentuk penyampaian wahyu yang biasa berlaku kepada Rasulullah s.a.w. sahaja atau ia menceritakan tentang bentuk yang tidak dikongsi oleh orang-orang lain yang bukan merupakan para nabi. Bentuk kelima dan keenam misalnya bukan biasa. la berlaku hanya dua kali sahaja kepada Rasulullah s.a.vv. Bentuk pertama dan kedua pula pada zahirnya bukan khusus untuk para nabi sahaja. la juga dialami oleh auliya' Allah atau orang-orang biasa sekalipun. Dalil yang paling lengkap dan mencakupi semua bentuk penyampaian dan penerimaan wahyu ialah firman Allah di dalam Surah as-Syura ini:
Ash-Shura 42:51
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَآئِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِىَ بِإِذْنِهِۦ مَا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ عَلِىٌّ حَكِيمٌ
Bermaksud: Dan tidak mungkin bagi seseorang manusia bahwa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari belakang tabir (dengan mendengar sahaja kalam llahi tanpa melihatNya), atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Tinggi Iagi Maha Bijaksana. (As-Syura:51 ).
Bunyi صاصة الجرس ialah bunyi seperti gemercing loceng atau bunyi seperti rantai besi yang dihentakkan berterusan di atas kepingan besi yang lain. Sebelum melanjutkan perbincangan tentang suara atau bunyi seperti gemercing loceng, kita semua harus ingat bahawa tafsiran sesetengah 'ulama' tentang suara loceng tersebut adalah suara Allah s.w.t, bukan bererti mereka menerima konsep 'Tajsim' iaitu mempercayai Allah berjisim dan menyerupai makhluk. apatah Iagi menyifatkan suaraNya seperti bunyi gemercing loceng. Sebaliknya ia merupakan suatu ibarat daripada Nabi s.a.w. yang menggambarkan bentuk datangnya wahyu tersebut. Bentuk datang wahyu dengan bunyian sebegini disifatkan oleh Nabi s.a.w di dalam hadits riwayat al-Haarits bin Hisyaam di atas sebagai bentuk yang paling berat kepada Baginda s.a.w, صاصة الجرس iaitu bunyi gemercing loceng telah ditafsirkan dengan berbagai-bagai pendapat oleh para 'ulama'. Antara lainnya ialah: (1) Gemercing loceng yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. tersebut bukanlah benar-benar sepert suara loceng, sebaliknya ia merupakan suatu kiasan kepada suara atau nada yang tidak mampu difahami pengertian di sebaliknya oleh 'aqal manusia biasa sama seperti dentingan loceng yang tidak membawa apa-apa masna. Tetapi pengertian di sebaliknya mampu difahami oleh individu-individu yang diberikan keistimewaan tertentu seperti para nabi dan malaikat-
malaikat tertentu. Setelah memahaminya mereka akan mengolahnya dalam bahasa masing-masing, (2) Gemercing loceng yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. bukanlah wahyu itu sendiri, sebaliknya ia merupakan alamat atau tanda untuk menarik perhatian sebelum kedatangan wahyu, Gambaran yang paling mudah untuk memahaminya ialah suara deringan telefon yang berbunyi sebelum gagangnya diangkat. Perbualan sebenar hanya berlaku selepas deringan tersebut. Hal itu disifatkan oleh Nabi s.a.w. sebagai sama seperti suara gemercing loceng. Antara tokoh yang berpendapat begini ialah Syeikhul Islam Pakistan Maulana Syabbiir Ahmad 'Utsmaani, Tetapi pendapat ini disangkal oleh 'ulama'-'ulama' yang berpendapat bahawa suara tersebut sebenarnya adalah kandungan wahyu itu sendiri. Kerana menurut mereka Nabi s.a.w. telah mcnggambarkan bahawa bunyian tersebut sebagai bentuk yang paling berat diterima Baginda, jadi kalaulah ia bukannya kandungan wahyu, kenapakah ia turut mengandungi sesuatu yang berat?! (3) Gemercing loceng yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah suara Jibril a.s. Nabi s.a.w. mendengarnya dalam suatu bahasa yang hanya mampu Baginda sifatkan sebagai suara loceng. Namun Baginda dapat mengingati dan memahaminya dengan baik di samping dapat pula mengolahnya dalam bahasa Baginda sendiri. Suara ataupun bentuk fizikal Jibril hanya mampu didengar dan dilihat oleh para nabi a.s. sahaja, pancaindera manusia biasa di dunia ini tidak akan tertanggung menerima impaknya. (4) Gemercing loceng yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. di dalam hadits ini adalah suara derapan sayap-sayap Jibril a.s. atau bunyi yang terhasil daripada kedatangan Jibril a.s. Di dalam sebuah hadits, Nabi s.a.w. pernah menggambarkan rupa asal Jibril a.s. yang pernah dilihat Baginda. la adalah malaikat yang mempunyai enam ratus sayap. Dan setiap sayapnya bagai bertatahkan permata-permata yang bergemerlapan. Jadi setiap kali Jibril mengepakkan sayapnya, ia akan menghasilkan bunyi gemercing seumpama itu. Ini adalah pendapat Syeikhul Hadits Darul Uloom Deoband Maulana Husain Ahmad Madani r.a. (5) Gemercing loceng yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w, adalah suara deruan gerombolan malaikat yang mengiringi Jibril a.s. Oleh kerana jumlah para malaikat yang mengiringi rombongannya amat besar, ia menghasilkan satu bunyian. sama seperti kumpulan lebah yang juga menghasilkan bunyi deruan yang tersendiri. Keadaan ini juga menggambarkan bahawa kedatangan wahyu adalah melalui suatu kawalan yang amat ketat. Jadi tidak mungkin sama sekali wahyu boleh diganggu atau kesuciannya dapat dicemari oleh tangan-tangan kotor syaitan dan kuncu-kuncunya. Lebih-lebih lagi malaikat Jibra'il yang menyampaikannya disifatkan oleh Allah s.w.t. sebagai malaikat yang gagah perkasa melalui firmanNya: عَلَّمَهُ شَدِيدُ القُوى Bermaksud: "Dia (Muhammad) diajar oleh (Jibril) yang gagah perkasa." (6) Menurut sesetengah 'ulamak, ia merupakan bunyi yang dicipta khusus oleh Allah dengan kekuasaanNya di dalam wahyu terlentu yang disampaikan kepada Nabi s.a.w. (7) Ada juga ulama hadits berpendapat, bunyi itu adalah suara sebenar para malaikat. (8) Menurut Syah Waliyyullah r.a. bunyi seperti itu terhasil akibat daripada terhentinya fungsi panca indera terutamanya deria pendengaran Iahir. Pada masa yang sama ia diganti oleh deria pendengaran batin. Sepertimana apabila deria penglihatan terganggu, pada ketika itu akan kelihatanlah kepada mata bermacam-macam warna yang tidak menentu. Kadang-kadang kelihatan merah. kadang-kadang pula kelihatan kuning, biru, hitam gelap dan sebagainya.Bagi Syah Waliyyullah bunyi seperti gemercing loceng itu kinayah kepada terhentinya fungsi deria pendengaran Iahir daripada mendengar apa-apa bunyi atau suara di alam musyahadahm supaya jiwa Rasulullah s.a.w. tertumpu sepenuhnya kepada wahyu yang disampaikan dan Baginda s.a.w. (9) Wahyu yang datang dalam bentuk bunyi yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. seolah-olah suara gemercing loceng itu adalah suara Allah s.w.t. sendiri yang berbicara secara langsung dengan Baginda s.a.w. Namun sebagaimana telah disebutkan di atas, para 'ulama' yang berpendapat sedemikian tidaklah menyifatkan suara Allah s.w.t. sama seperti suara loceng.
Sebaliknya ia hanya suatu kiasan atau gambaran yang menunjukkan bahawa suara tersebut adalah satu suara yang tidak mampu difahami oleh manusia biasa, sama seperti suara loceng yang tidak membawa apa-apa pengertian atau bahasa kepada mereka. Menerusi pendapat ini juga dapat difahami dan disimpulkan bahawa pendapat sebilangan besar tokoh-tokoh hadits termasuk Imam Bukhari sendiri tentang sifat Allah s.w.t. berbeda daripada pendapat Mutakallimin (ahli-ahli 'Ilmul Kalam) dari kalangan Asya"irah, Maturidiyyah dan sebagainya. Kerana bagi 'ulama' Mutakallimin atau ahli-ahli 'Ilmul Kalam tersebut, walaupun Allah s.w.t. bersifat dengan Mutakallim, iaitu berkata-kata, tetapi kata-kata atau kalamNya tidak bersuara.
Sebaliknya Imam Bukhari dan juga 'ulama' hadits yang lain mengatakan kalam Allah itu bersuara, tetapi suara yang tidak menyerupai suara mana-mana makhluqNya, tidak boleh dieja dengan mana-mana ejaan mahupun disukat frekuensi dan vibrasinya dengan apa-apa alat. Walaupun begitu, pendapat muhadditsin ini tetap tidak bercanggah dengan maksud firman Allah:
لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌۖ
Bermaksud: Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya. (asy-Syura:11). Kerana mereka berpendapat, suara tersebut tidak sama dan serupa dengan suara mana-mana makhluqNya. Dalam menjelaskannya mereka telah mengemukakan satu usul yang disimpulkan daripada beberapa ayat al-Qur'an. Usul itu dapat dilihat umpamanya pada kata-kata mereka seperti berikut: له صوت لا كأصوتنا Bermaksud: Dia (Allah) punya suara, tetapi tidak seperti suara-suara kita (makhluq). له حياة لا كحياتنا Bermaksud: Dia (Allah) hidup, tetapi tidak seperti hidup kita (makhluq). له بصر لا كأبصارنا Bermaksud: Dia (Allah) punya penglihatan, tetapi tidak seperti penglihatan-penglihatan kita (makhluq). Bukankah Allah sendiri di dalam al-Qur'an telah menyifatkan diriNya bertangan? Apakah itu bererti alQur'an mengajarkan kepada kita bahawa Allah berjisim dan menyerupai makhluq? Tidak, sama sekali tidak. Bahkan kita menerimanya sambil beriîtiqad bahawa: له يد لا كأيدينا Bermaksud: Dia (Allah) mempunyai tangan, tetapi tidak seperti tangan kita (makhluq). Samalah juga halnya kalau begitu dengan suara Allah. Dalam menguatkan pendapatnya bahawa kalam Allah mempunyai suara, Imam Bukhari telah mengemukakan dua hadits secara ta'liq di dałam 'Kitab at-Tauhiď di penghujung kitab Sahihnya ini. Pertamanya daripada 'Abdillah bin Unais r.a. Lihatlah haditsnya itu sekarang:
يَحْشُرُ اللهُ العِبَادَ فَيُنَادِيهُمْ بِصَوْتِ يَسْمَعُهُ مَنْ بَعُدَ كَمَا يَسْمِعُهُ مَنْ قَرُبَ
Bermaksud: "Allah s.w.t. akan mengumpulkan manusia dan akan menyeru mereka dengan suatu suara yang boleh didengari oleh orang yang jauh sebagaimana didengari oleh orang yang dekat.”
Di dalam hadits ini Nabi s.a.w. telah menyebutkan dengan jelas sekali bahawa Allah s.w.t. akan menyeru hamba-hambaNya dengan suatu suara, malah suara tersebut mampu didengar oleh mereka dengan begitu jelas dan baik sekali. Dan keduanya adalah satu riwayat mauquf daripada Ibnu Masud r.a. Begini adanya:
إِذَا تَكَلَّمَ اللهُ بِالْوَحْي سَمِعَ أَهْلُ السَّوَاتِ شَيْنًا فَإِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلًبِهِمْ وَكَنَ الصَّوْت؟ عَرَفُوا أَنَّهُ الحَقٌّ وَنَادَوْا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ
Bermaksud: Apabila Allah bercakap dengan (memberi) wahyu, penghuni langit-langit mendengar sesuatu. Setelah dihilangkan ketakutan dari hati mereka dan suara itu telah berhenti, sedarlah mereka bahawa iłu adalah (suara) yang benar. Mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri: 'Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka menjawab "Tuhan telah menitahkan kebenaran".
Hadits ini juga jelas menunjukkan percakapan Allah itu didengari penghuni langit-langit dan ia merupakan suara. lnilah antara hadits yang dijadikan sebagai
sandaran oleh Imam Bukhari dalam menyabitkan pendapat beliau. Dengan suara yang samalah Allah s.w.t. telah berkomunikasi secara langsung dengan Nabi s.a.w. dari balik tabir atau من وراء حجاب. Golongan Asya'irah memang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Ia sekali gus membuktikan bahawa Imam Bukhari bukan dari kalangan Asya'irah. Perbedaan pendapat seumpama itu tidaklah sampai mengeluarkan salah satu daripada dua golongan tersebut daripada keluarga Ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah yang besar. Walaupun percanggahan tersebut berkaitan dengan usul dan aqidah. tetapi ianya masih berada di peringkat Furu al-Usul atau furu aqidah sahaja. Belum Iagi ia sampai ke tahap usul al-usul (betul-betul asas aqidah). Hafiz Ibnu Hajar, Maulana Muhammad Amar Shah al-Kashmiri, Syeikh Zakariya dan ramai ragi tokoh-tokoh hadits yang lain turut mentarjih pendapat Imam Bukhari dan mengaitkannya dengan logik kenapa Nabi s.a.w. menyifatkannya bentuk penurunan dan penyampaian wahyu yang paling berat. Bagi beliau, suara Allah s.w.t. yang sampai secara langsung kepada Nabi s.a.w. tanpa sebarang tapisan itulah yang membuatkannya amat berat. Faktor-faktor yang menyebabkan pancaindera, fizikal dan mental Nabi s.a.w. mampu menerima dan menanggungnya adalah kesesuaian dan kelayakan yang telah disediakan oleh Allah pada diri Nabi s.a.w. Sampai di sini timbul persoalan, kenapakah wujudnya perbezaan di antara penyampaian wahyu al-Qur'an dan wahyu al-Hadis? Kenapa penurunan wahyu al-Quran hanyalah melalui perantaraan Jibril? Bukankah yang terus secara langsung daripada Allah s.w.t. mempunyai kelebihan dan keistimeaan yang tersendiri? Antara jawapan yang diberikan oleh para 'ulama' hadits kepada persoalan-persoalan tersebut ialah: (1) Kandungan al-Qur'an adalah sesuatu yang rasmi daripada Allah s.w.t. (2) Jibril hanya menyampaikan kandungan wahyu yang telah ditetapkan setiap lafaz dan struktur ayatayatnya oleh Allah s.w.t. (3) Sesuatu perutusan rasmi hanslah mengikut prosedur dan melalui unit-unit tertentu yang telah ditetapkan. (4) Penurunan wahyu secara bertapis juga lebih sesuai untuk dihidangkan kepada manusia kerana penurunan al-Qur'an secara langsung tetap merupakan sesuatu yang berat kepada mereka. (5) Bentuk kedatangan yang berat juga bertujuan melatih jiwa Nabi s.a.w. menerima dan menanggung beban yang akan menyusul kemudian. Satu Iagi kemusykilan yang mungkin timbul dan perlu sekali dirungkaikan ialah kenapakah Rasulullah s.a-w. mengumpamakan yang begitu mulia dengan gemercing loceng yang digambarkan oleh beliau s.a.w. sendiri di dalam sesetengah hadits sebagai sesuatu yang tidak baik? Lihat saja misalnya dua hadits berikut ini: لَا تَصْحِبُ المَلَائِكَة رُفْقةً فِيهَا كَلْبٌ وَلَا جَرَسٌ Bermaksud: Para malaikat tidak bersama rombongan musafir yang membawa bersama mereka anjing dan loceng.
(Hadits riwayat Muslim. Ahmad, Ibnu Abi Saibah. Abu Daud, Timizi, Ibnu Hibbaan dan lain-lain). الّجِرَسُ مَزَامِير الشَّيّطِانِ Bermaksud: Loceng itu serulingseruling syaitan.
(Hadits riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud,Ibnu Hibbaan, Baihaqi, Abu Yaâla dan lain-lain). Beberapa jawapan telah diberikan oleh tokoh-tokoh hadits. Antaranya ialah: (1) Sebenarnya ada latar belakang ( سبب الورود ) di sebalik kedua-dua sabda Rasulullah s.a.w. itu. Latar belakangnya ialah sering kali Rasulullah s.a.w. berangkat untuk menyerang musuh pada waktu malam. Dalam keadaan itu perlu sekali segala pergerakan angkatan tentera Baginda s.a.w. dirahsiakan dan tidak sampai ke pengetahuan musuh. Dengan adanya seorang dua anggota tentera yang cuai membawa anjing dan unta atau kuda yang dipasang loceng di lehernya, boleh menarik perhatian pihak musuh dan seterusnya mengancam keselamatan tentera-tentera Islam keseluruhannya. Disebutkan anjing kerana ia biasa menyalak. Salakannya akan rnenyedarkan pihak musuh tentang kehadhiran pihak yang akan menyerangnya. Buny loceng yang boleh didengari dari jauh juga boleh menyedarkan musuh dan membuatkan mereka berwaspada atau bertindak menyerang pihak lawannya dengan lebih terancang dan tersusun sebelum ketibaan mereka lagi. Pendek kata kedua-duanya boleh meletakkan tentera Islam dalam situasi bahaya. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. mengungkapkan kedua-dua hadits tersebut. Dan itulah juga antara situasi yang menyebabkan loceng dipandang Baginda s.a.w. sebagai sesuatu yang tidak baik dan tercela. la tidak bermaksud menghukum semua jenis loceng tidak baik dan tercela dalam semua keadaan dan di semua tempat. (2) Hafiz Ibnu Hajar berkata, di dalam sesuatu perumpamaan tidak semestinya terdapat segala sifat musyabbah bih (sesuatu yang diumpamakan dengannya) pada musyabbah (sesuatu yang diumpamakan). Perkongsian dalam sifat khususnya juga tidak mesti. Yang mesti ada hanyalah perkongsian kedua-duanya dalam sesuatu sifat. Perbandingan dan perumpamaan yang dibuat di dalam hadits al-Haarits bin Hisyaam hanyalah daripada sudut jenis bunyi loceng semata-mata. laitu sejenis bunyi yang dima'lumi semua orang. Rumusan jawapan Hafiz Ibnu Hajar ialah bunyi loceng mungkin bersifat keras dan mendesing atau mungkin juga bersifat menyeronokkan dan enak didengar sehingga boleh mengkhayalkan seseorang. Perumpamaan yang dibuat Rasulullah s.a.w. di dalam hadits itu adalah daripada sudut kekerasan dan desingannya, bukan sudutnya yang enak didengar dan menyeronokkan itu. (3) Mengumpamakan sesuatu yang baik atau mulia dengan sesuatu yang tercela atau hina (تشنه المحمود بامذموم) tidak salah jika sudut keserupaannya (وجه شبه) jelas dan ma'lum. Sudut keserupaan di antara wahyu atau suara malaikat dengan loceng yang tersebut di dalam hadits al-Haarits bin Hisyaam itu adalah bunyi yang berterusan, bertubi-tubi dan tidak dapat dibezakan sebahagiannya daripada sebaghagian yang lain. Bunyi yang tidak mempunyai huruf dan makhraj yang berbeza dan berlainan. Hadits itu seolah-olahnya mengumpamakan wahyu atau suara malaikat dengan suatu bunyi yang sifatnya adalah seperti sifat loceng yang tersebut tadi. Sudut keserupaan seperti itu jelas dan dima'lumi, kerana itu ia tidak salah dan tidak juga jelik. Di dalam hadits-hadits lain juga sering kali terdapat perumpamaan dan perbandingan sebegini. Lihat saja misalnya hadits berikut: إِنَّ الْإِيمَانِ لَيَأّرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا تَأْرِز؟ الْحَيَّة؟ إِلَى جُحْرِهَا
Bermaksud: Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah seperti ular kembali ke lubangnya.
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan, Ibnu Abi Syaibah, Abu 'Awaanah dan lain-lain).
Lihat bagaimana Nabi s.a.w. mengumpamakan iman dengan ular. Di satu pihak iman yang begitu mulia dan memberi keamanan kepada jiwa manusia. Di satu pihak yang lain pula ular yang begitu berbisa dan menakutkan sehingga diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya dibunuh walaupun di tanah Haram. Tentu sekalilah Rasulullah s.a.w. tidak mengumpamakan iman dengan ular daripada segi sifatnya yang menyakiti. Sudut keserupaan di antara iman dan ular yang Baginda s.a.w. maksudkan dengan membuat perumpamaan itu ialah daripada segi kedua-duanya akan kembali ke tempat selamat masing-masing akhirnya, walaupun sebelum itu ia pergi dan sampai entah ke mana-mana. Dalam peristiwa Hudaibiah, apabila sampai di satu tempat (Tsaniyyah) unta Nabi s.a.w. yang bernama Qashwaa' duduk dan tidak mahu berjalan. Walaupun didorong para sahabat supaya bangkit berjalan,خَلَأَتْ الٌقَصْوَاءُ خَلَأَتْ الْقَصْوَاءُ ia tetap tidak bangun. Ketika itu berkatalah para sahabat Bermaksud: "Qashwaa' telah berdegil, Qashwaa' telah berdegil." Nabi s.a.w. pula berkata: Bermaksud: "Qashwaa' tidak berdegil dan bukan begitupun perangainya. Tetapi ia dihentikan oleh Tuhan yang telah menghentikan (tentera bergajah (dahulu). (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, 'Abdur Razzaaq, Thabaraani. Baihaqi dan lain-lain).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan