Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 043)
___________
selesai menjalankan tugasnya, dia akan ketnbali kepada rupa asalnya. Perbandingannya ialah kapas setelah dibusar dengan penbusar. Ketika itu ia kelihatan besar dan kembang. Kalau ditekan dan ditindih dengan sesuatu yang berat pula ia akan menjadi sangat kecil. Ini menunjukkan sesuatu boleh menjadi besar dan kecil tanpa berkurang atau bertambah apa-apa daripada kejadian asalnya. Antara perkara yang dibincnngkan oleh para ulama' tentang Jibril apabila ia menjelma sebagai seorang manusia ialah di manakah terletak rohnya pada ketika itu. Adakah di dalam tubuh asalnya yang mempunyai enam ratus sayap? Kalau begitu, yang datang kepada Rasulullah s.a.w. bukan roh Jibril dan bukan juga tubuhnya. Atau rohnya berada di dalam tubuh manusia jelmaannya? Kalau begitu adakah tubuh asalnya pada ketika itu mengalami kematian atau ia hanyu kosong daripada rohnya? Beberapa jawapan telah diberikan. Antaranya ialah: (1) Roh Jibril pada ketika itu berada di dalam tubuh manusia jelmaannya. Namun itu tidak bererti tubuh asalnya mengalami kematian. Keadaannya tak ubah seperti orang yang sedang tidur. Walaupun rohnya pergi entah ke mana-mana, namun tubuhnya tetap tidak mati. Roh orang-orang yang mati syahid juga meskipun berada di dalam tembolok burung berwarna hijau di dalam syurga, ia tetap mempunyai hubungan dengan tubuhnya di bumi. (2) Hukum 'aqal tidak mewajibkan berlaku kematian apabila roh berpisah dari badan. Sunnatullah atau hukum 'adat jua yang menentukan kematian berlaku dalam keadaan itu. Allah bagaimanapun tetap berkuasa melakukan sebaliknya. (3) Hafiz Ibnu Hajar berpendapat, apabila Jibril menjelma sebagai manusia, itu tidak bererti ia betul-betul telah menjadi manusia. la cuma muncul dalam rupa manusia dengan tujuan menjinakkan orang yang hendak dihubunginya. Dalam keadaan itu awaa'idnya (bahagian-bahagian bukan utama daripada tubuh asalnya) tidak lenyap atau musnah, malah ia tersembunyi saja daripada pandangan orang. (4) Ta'rif malaikat yang diberikan sebelum ini sudah jelas menunjukkan para malaikat itu jisim halus daripada cahaya yang boleh berupa dengan apa-apa rupa yang dikehendaki mereka. Kalau begitu bagaimana akan ada lagi kemustahilan Jibril datang kepada Rasulullah dalam rupa seorang lelaki! Perbahasan tentang sama ada awaa'idnya lenyap musnah atau tidak dan sama ada ia datang dengan rohnya sahaja atau dengan roh dan jasadnya sudah tidak begitu bererti lagi. Tambahan pula tersebut dengan jelas di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah bahawa Jibril telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam berbagai-bagai rupa, maka seharusnya diterima saja kenyataan itu tanpa mempersoalkan kaifiatnya. Jalan tafwidh (menyerahkan hakikatnya kepada Allah) sahaja sebaiknya diambil apabila berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini. Seperkara lagi yang perlu sangat diperjelaskan ialah tentang pertentangan di antara apa yang tersebut di dalam hadits ini dengan apa yang tersebut di dalam hadits-hadits lain berhubung dengan bunyi wahyu yang kedengaran itu. Hadits ini menyatakan bunyinya adalah seperti bunyi gemercing loceng. Hadits yang lain pula ada menyatakan bunyinya adalah seperti bunyi rantai besi yang diseret atau dihempapkan di atas batu besar yang pejal. Lihatlah misalnya hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ini:
إِذَا قَضَى اللَّهُ الْأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتْ الْمَلَائِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَالسِّلْسِلَةِ عَلَى صَفْوَانٍ قَالَ عَلِيٌّ وَقَالَ غَيْرُهُ صَفْوَانٍ
Bermaksud: Apabila Allah memutuskan sesuatu perkara di langit, para malaikat mengepak-ngepakkan sayapnya lantaran tunduknya mereka kepada firmanNya. la (firman Allah itu) bagaikan rantai besi yang diseret atau dihempapkan di atas batu besar yang pejal.
(Hadits riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan dan al-Humaidi).
Satu lagi hadits menyatakan bunyinya adalah seperti bunyi dengungan kumpulan lebah yang terbang. 4.4.A' Lihat hadits yang diriwayatkan . Lihat hadits yang diriwayatkan oleh 'Umar ini pula sebagai contohnya: كَانَ إِذَا نَزِلَ عَلى رَسُولِ اللهِ صلى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الّوِحْيُ يُسْمَعُ عِنْدَ وَجْهِهِ دَوِيٌّ كَدَوِيِّ النَّحْلِ Bermaksud:sebagai contohnya:
43
Tiada ulasan:
Catat Ulasan