Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 047)
______________
amat berat itu. Beban seberat itu tidak tertanggung 'aqal manusia biasa. la mungkin sekali akan menyebabkan manusia biasa kehilangan aqal dan menjadi tidak siuman. Dalam menggambarkan betapa jangkauan manusia mempunyai sempadan batasannya, Ibnu Khaldun telah mengibaratkan saiz 'aqal manusia dengan neraca tukang emas yang hanya mampu menimbang objek-ojek dalam kadar berat atau had saiz yang tertentu sahaja. Jika kita memaksanya menimbang objek-objek yang beratnya bertan-tan, bebannya pasti akan memusnahkannya. Malah perbezaan kemampuan 'aqal sesama manusia biasa pun boleh dijadikan ibarat dalam menggambarkan betapa 'aqal seseorang itu ada kadar dan limitnya. Misalnya dalam bidang penulisan, seseorang yang tidak mempunyai bakat dan kemampuan menulis tidak akan dapat menghasilkan tulisan-tulisan sebaik karya-karya penulis masyhur, biar bagaimana sekalipun dia memaksa dirinya atau dipaksa orang lain. Namun bagi penulis yang berbakat, tugas tersebut tidaklah serumit yang dihadapi penulis amatur atau orang-orang yang tidak biasa menulis. Begitulah perbandingan para anbiya' dengan manusia-manusia yang lain. Meskipun wahyu adalah suatu beban yang amat berat, namun mereka masih mampu menanggungnya. Selain daripada mempunyai keberatan zahir sehingga membenamkan kaki-kaki unta ke dalam pasir, wahyu juga mengandungi keberatan tugas dan tanggungjawab yang tentunya melebihi keberatan zahir tersebut. Sekiranya dahi Baginda bercucuran peluh walaupun dalam cuaca yang amat dingin dan wajah Baginda berubah menjadi merah setiap kali tubuh badan Baginda menanggung beban dan momentumnya, emosi dan perasaan Baginda tidak kurang jerihnya dalam menerima dan menanggung beban tuntutannya. Kerana setiap kali menerima wahyu, Baginda sudah memahami dan akur pada setiap tuntutan, kehendak dan implementasi serta konsikuensi di sebalik wahyu tersebut. Contohnya bila turunnya ayat;
Ash-Shu'ara' 26:214 وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ ٱلْأَقْرَبِينَ
Bermaksud: "Berilah ancaman kepada kaum keluargamu yang terdekat".
Maka tugas yang dituntut itu harus dilaksanakan oleh Baginda dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang alasan atau penangguhan, walaupun Baginda sudah menjangkakan risiko dan tindak balas yang akan diterima daripada kaum keluarga terdekat Baginda s.a.w. la adalah tepat seperti yang dikhabarkan oleh Waraqah Bin Naufal sebaik sahaja Baginda diangkat menjadi rasul di dalam kandungan hadits ketiga akan datang iaitu;
لَمْ يَاْتِ رَجُلٌ قَطُّ بِمِثْلِ بِهِ جِنْتَ بِهِ إِلَّا عُودِيَ
Bermaksud: "Tiada seorang pun yang membawa seperti apa yang kamu bawakan ini melainkan dia pasti akan dimusuhi."
Akibatnya, walaupun seruan Rasulullah s.a.w. hanyalah kepada kebaikan dan kesejahteraan, namun oleh kerana tahap pemahaman keluarga Baginda ketika itu masih belum mampu mengerti, Baginda telah berhadapan dengan berbagai betuk dugaan berupa pendustaan, ejekan, gangguan, penganiayaan, pemulauan malah permusuhan yang membawa kepada peperangan di antara kaum keluarga Baginda sendiri. Sehingga pernah di suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang di hadapan Kaabah, belakang Baginda telah dihempas dengan tembuni unta yang busuk sebagai satu penghinaan terhadap tugas Baginda tersebut. Di samping itu juga sebagai seorang manusia, Baginda juga tidak terlepas daripada dihinggapi kebimbangan untuk memikul tugas yang maha besar itu. Dalam memikirkan tentang tanggungjawab besar yang akan digalas sama ada Baginda mampu melaksanakannya dengan baik sebagaimana yang dikehendaki Allah s.w.t. atau sebaliknya, kebimbangan yang menekan emosi itu menambahkan lagi bebanan perasaan sehingga menyebabkan dahi Baginda bercucuran peluh. Dalam menggambarkan perasaan Baginda selepas menerima wahyu, sesetengah riwayat malah menceritakan bahawa
47
Tiada ulasan:
Catat Ulasan