Halaman

Isnin, September 06, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 048)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 048)

_________
Baginda s.a.w. ada ketikanya menggigil dan debar-debar. Maka sebagai ubat dan penenang perasaan Rasulullah s,a.w., Allah s,w.t. menganjurkan Beliau s.a.w. menerusi firmanNya:
An-Nasr 110:3 فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًۢا 
Bemaksud: Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha menerima taubat. (an-Nashr:3). 

Rasulullah s.a.w. diminta supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t., sedangkan Baginda tidak pernah melakukan sebarang dosa ataupun kesalahan. Perintah supaya memohon keampunan tersebut adalah terhadap perasaan-perasaan yang bermain-main di benak Rasulullah s.a.w. kerana didorong oleh kebimbangan terhadap kemampuan Baginda selaku seorang manusia untuk menerima dan menggalasnya. Selain daripada faktor-faktor yang telah disebutkan, punca yang membuatkan dahi Baginda berpeluh juga berkemungkinan disebabkan oleh pengetahuan Baginda tentang pendedahan-pendedahan maklumat di dalam kandungan sesebuah wahyu. Situasi yang sama juga akan dialami oleh seseorang yang mampu melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Contohnya seseorang yang melihat kandungan segelas air kosong melalui mikroskop, tidak akan sanggup meminumnya setelah melihat pelbagai oranganisma halus di dalamnya seperti algaalga, pelbagai spesies bakteria dan sebagainya. Sebaliknya bagi orang yang tidak nampak segala macam mikrob tersebut mampu meneguknya dengan penuh ni'mat. Begitulah perbezaannya di antara orang yang dapat dan tidak dapat melihatnya. Walau bagaimanapun, berat atau ringannya timbangan wahyu dan pengajaran yang terkandung di dalamnya adalah sesuatu yang bersifat nisbi dan relatif. la tentu sahaja berbeza mengikut perspektif, kepercayaan dan pengalaman seseorang. Misalnya terdapat sebuah kisah di mana seorang guru hadits ingin mendapatkan sanad hadits
Sahih Bukhari daripada seorang guru hadits yang lain (namanya ialah Maulana Fadhlur Rahman Ganj Muradabaadi r.a. m.1313H). Walaupun beliau (guru hadits yang pertama) sendiri telahpun mempunyai sanad kitab tersebut, tetapi beliau masih ingin menambah koleksi sanadnya dengan menerima jaluran sanad daripada guru yang lain pula. Namun apabila guru berkenaan (Maulana Fadhlur Rahman) meminta agar beliau membaca sekurang-kurangnya sebuah hadits bagi memenuhi syarat upacara pengijazahan sanad, tiba-tiba lidah beliau menjadi kelu dan mata beliau pula kelam sebaik sahaja selesai membacakan tajuknya tanpa sempat membacakan sepatahpun matannya. Murid-murid beliau yang ada bersama kehairanan melihat kekeluan gurunya. Padahal sudah berapa kali guru itu khatam Sahih Bukhari dan entah berapa kali pula mengulang-ngulang membaca hadits pertama Sahih Bukhari. Akhirnya beliau pulang tanpa mendapat sanad tersebut setelah gagal memenuhi syarat yang ditetapkan. Itulah kebesaran wahyu. Lidah guru tersebut menjadi kelu dan matanya menjadi kelam hanya kerana pada ketika iłu Allah s.w.t. telah membuka kebesaran wahyu kepadanya sehingga beliau fana dalam menghayati kebesaranya
(Lihat buku Tazkira Hazat Maulana Fadhlur Rahman Ganj Muradabaadi. Karangan Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi dan Idhaah al-Bukhari oleh Syeikhul Hadits Darul 'Uloom Deoband). 

Hal yang sama boleh dilihat pada sesetengah pembaca al-Qur'an, ada di antara mereka yang tidak mampu untuk meneruskan bacaan sebaik sahaja melewati ayat-ayat yang tertentu. Kesayuan tiba-tiba menyentuh perasaan dan menyebakkan dada lantas mata mereka melinangkan nira. Tidak kurang juga di antara mereka yang menangis teresak-esak malah ada yang dilaporkan sehingga menghembuskan nafas yang terakhir akibat daripada kesan tangisan dan dampak kesedihan amat mendalam. Sebaliknya pembaca-pembaca yang lain tidak pemah menempuh pengalaman-
48

Tiada ulasan:

Catat Ulasan