Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 049)
______
pengalaman seperti itu meskipun mereka mengalunkan ayat-ayat yang sama. Apabila senario ini direnungi, anda akan dapati antara hikmah Allah s.w.t. hanya membuka kebesaran wahyu tersebut kepada individu-individu tertentu sahaja ialah untuk menjaga kemashlahatan seluruh hambaNya. Kerana jika kesemua pembaca mampu melihat dan menghayati kebesaran di sebalik setiap ayat al-Qur'an atau al-hadits, nescaya bumi ini akan sepi daripada keriangan dan aktiviti-aktiviti keduniaan yang Iain. Hikmah yang sama juga boleh dikesani terdapat pada penghijaban-penghijaban yang Iain, kerana selain ianya sebagai suatu ujian dalam keimanan kepada perkara-perkara yang ghaib, ia juga sebagai suatu pengimbang kepada kehidupan duniawi hambaNya. Demi kemashlahatan hamba-hambaNya Allah s.w.t. tidak membuka hijab-hijab kebanyakkan perkara. Terlalu banyak contoh yang mampu anda hayati. Lihatlah kepada kejadian manusia sendiri, pasti anda akan menemui banyak hikmah di sebalik kekurangan dan kelemahan manusia itu. Contohnya kenapa kemampuan jangkauan pancaindera manusia hanya dihadkan kepada suatu jarak yang terbatas sahaja? Bayangkanlah jika jarak deria bau dan bunyi kita dilebarkan lagi kepada seribu meter persegi umpamanya, adakah kita akan dapat menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan selesa? Penghayatan kepada maksud-maksud al-Qur'an tidak hanya mampu diperolehi melalui pemahaman ma'nanya sahaja. Kerana terdapat pembaca-pembaca yang mampu menjiwainya walaupun langsung tidak memahami ma'na-ma'nanya. Fenomena ini juga boleh dilihat pada sang kekasih yang menerima surat cinta daripada kekasihnya. Perasaan cintanya sudah berbunga sebaik sahaja memandang sampul suratnya. Melihat tulisan kekasihnya sahaja sudah cukup menenangkan kecamuk jiwanya, walau sepatah perkataan pun tidak mampu difahaminya. Itulah ibaratnya iman. Ianya bagaikan cinta sang kekasih yang amat gembira menatap warkah kekasihnya, walaupun dia tidak pandai membaca. Kerana orang-orang yang tidak memiliki iman tidak mampu menyingkap rahsia di sebalik ayat-ayat al-Qur'an, walaupun dia mampu memahami ma'nanya dengan baik. Menurut Syah Waliyyullah r.a. di dalam kitab beliau Hujjatullahil Baalighah, sebabnya dahi Rasulullah s.a.w. memercikkan peluh sebaik menerima wahyu dari Allah walaupun di musim yang sangat sejuk ialah pada ketika itu terkumpul beberapa nuur atau cahaya. Salah satu sifat tabi'i nuur yang paling ketara ialah panas. Bukankah Kalaam Allah yang turun ke atas hati Nabi s.a.w. itu nuur, malaikat pembawa wahyu itu nuur dan jiwa Rasulullah s.a.w. juga penuh tepu dengan nuur? Pertemuan tiga nur itulah yang mencetuskan semacam kepanasan. Tabi'at semula jadi tubuh manusia ialah menolak ke luar kepanasan yang menjalar di dalamnya. Dan yang ditolak ke luar itulah dia peluh, agar tubuh terus berada dalam kestabilannya. Antara pengajaran, panduan dan pedoman yang dapat diambil daripada hadis ini ialah:
(1) Kewujudan malaikat adalah benar di sisi agama Islam. Sebahagian besar orang-orang kafir sama ada dari kalangan ateis, ahli falsafah dan Iain-Iain tidak percaya kepada kewujudan malaikat,
(2) Allah menjadikan malaikat boleh bertukar-tukar rupa dan boleh juga menjelma sebagai manusia.
(3) Para sahabat tidak segan bertanya Rasulullah s.a.w. tentang pelbagai perkara termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan Ciri khusus kenabian. Baginda
s.a.w. pula menjawab pertanyaan mereka dengan penuh mesra.
(4) Soalan jika diajukan dengan ikhlas untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang perkara ghaib tidak dianggap salah oleh Rasulullah s.a.w.
(5) Wahyu adalah sesuatu yang berat berdasarkan keterangan al-Quran dan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Tetapi sebahagiannya lebih berat daripada sebahagian yang Iain. Hadits di atas menceritakan wahyu yang bagaimana dirasai Baginda s.a.w. sebagai yang paling berat.
(6) 'Aaishah isteri nabi s.a.w. digelarkan dengan Ummu al-muminin. Demikian juga isteri-
49
Tiada ulasan:
Catat Ulasan