Halaman

Selasa, September 14, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 051)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 051)

3 -Yahya bin Bukair (Abu Zakariya Yahya bin 'Abdillah bin Bukair al-Qurasyi alMakhzumi al-Mishri m.231 H) meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits (bin Saad m. 157H) meriwayatkan kepada kami, diambilnya daripada 'Uqail (bin Khalid bin 'Aqil al-Aili m. 141H) daripada Ibni Syihab (Abu Bakr Muhammad bin Muslim bin 'Ubaidillah bin Syihaab az-Zuhri m.124H) daripada 'Urwah bin az-Zubair daripada 'Aaishah Ummil Mu'minin r.a. Sesungguhnya beliau ('Aaishah) berkata; "Wahyu yang mula-mula diberikan kepada Rasulullah adalah berupa mimpi yang baik¹⁷. Tidak Baginda s.a.w.


____________________________
¹⁷ Wahyu yang mula-mula diberikan kepada Rasulullah adalah berupa mimpi yang baik". Berhubung dengan perbincangan tentang tajuk yang dibuat oleh Imam Bukhari sebelum ini, anda akan dapati hanya hadits yang ketiga inilah yang paling tepat dengan tajuk tersebut iaitu: "Bab Bagaimana Permulaan (Datangnya) Wahyu Kepada Rasulullah S.A. W." Ini kerana hadits ini mengandungi kenyataan 'Aisyah r.a. yang mengatakan bahawa wahyu yang mula-mula diterima oleh Nabi s.a.w. adalah dalam bentuk mimpi yang baik (الرؤيا الصالحة) ataupun dalam riwayat yang lain disebutkan mimpi yang benar (الرؤيا الصادقة ). Kesesuaiannya dengan tajuk yang diadakan Bukhari itu jelas sekali kelihatan. Hadith ini juga menunjukkan bahawa mimpi Baginda juga merupakan salah satu bentuk wahyu dan tidur para nabi itu tidaklah sama dengan tidur manusia biasa sebaik sahaja mereka melelapkan mata. Sebaliknya tidur para nabi itu tidak ada bezanya dengan keadaan jaga mereka yang tidak pernah lalai atau terdedah kepada gangguan syaitan. Oleh yang demikian, apa yang disampaikan kepada mereka semasa tidur samalah seperti apa yang datang kepada mereka sewaktu jaga. Hakikat ini telah difahami dengan baik oleh Nabi Ibrahim a.s. apabila Baginda bertindak nekad untuk menyembelih putera kesayangan Baginda a.s. setelah mendapat mimpi melakukan demikian. Namun apa yang menimbulkan persoalan ialah jika mimpi itu benar, kenapakah putera Baginda Ismail a.s. akhirnya telah ditukar dengan seekor kibasy sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan pisau di leher puteranya itu, sedangkan di dalam mimpi tersebut Baginda a.s. benar-benar hendak menyembelih Ismail a.s.? Ini menunjukkan bahawa mimpi para nabi terbahagi kepada dua bahagian. Pertama: Mimpi yang memerlukan ta'bir dan ta'wilan. Kedua: Mimpi yang tidak memerlukannya kerana kemudian ia berlaku tepat seperti apa yang dimimpikan mereka. Kadang-kadang sesuatu perintah melalui mimpi harus dilaksanakan mengikut zahirnya terlebih dahulu. Jika Allah s.w,t. mengubah hakikat pelaksanaannya, itu bererti perintah di dalam mimpi tersebut adalah sesuatu yang memerlukan 
ta'bir dan tawilan, Hakikat ini telah disedari oleh Nabi Ismail a.s. apabila meminta Nabi Ibrahim a.s. melaksanakan sahaja apa yang ditunjukkan di dalam mimpi Baginda, sebaik sahaja ayahandanya itu meminta pendapatnya. Lihatlah bagaimana Allah menggambarkan peristiwa itu dan lihat juga bagaimana pengubahan hakikat mimpi seorang nabi dalam pelaksanaannya telah berlaku menerusi beberapa ayat berikut:



51


Tiada ulasan:

Catat Ulasan