Halaman

Rabu, September 22, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 058)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 058)

 
Nabi s.a.w. mcnceritakan, Saya menjawab: "Saya tidak pandai membaca"²⁶. Malaikat itu memegang aku lalu menekan aku sehingga habis dayaku kemudian ia melepaskan daku²⁷
_______
buah fikiran Nabi s.a.w. semata-mata. Ayat berikutjuga dengan jelas menolak pandangan mereka iłu:
An-Najm 53:3 وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ 
An-Najm 53:4 إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحَىٰ 
Bermaksud: dan tiadalah dia (muhammad) mengucapkan (sesuatu berhubung dengan ugama Islam) menurut hawa nafsunya. (3) 
Apa yang diucapkannya itu (sama ada al-Qur'an atau hadits) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4) (an-Najm:3-4).

Berdasarkan andaian-andaian yang pelbagai, di sana terdapat beberapa tafsiran para 'ulama' tentang arahan Jibril a.s. supaya Nabi s.a.w. membaca. Antara lainnya ialah: 
(1) Jibril a.s. telah mengemukakan sesuatu objek dalam bentuk tulisan agar Nabi s.a.w. membacanya.
Andaian ini berdasarkan kepada arahan membaca tersebut. lni kerana jika Jibril a.s. tidak mengemukakan sebarang tulisan di hadapan Nabi s.a.w., apa ertinya Baginda s.a.w. berkata: "Saya tidak pandai membaca." Sekiranya Jibril telah mengemukakannya dalam bentuk sebutan yang dituturkannya terlebih dahulu sama ada dalam pertemuan itu atau dałam pertemuan sebelum itu jika diandaikan telah berlaku, dan itulah yang disuruh Jibril Nabi s.a.w. membacanya, sudah tentu Nabi s.a.w. mampu mengikut sebutannya, kerana Baginda adalah seorang 'Arab yang paling fasih lidahnya dan sangat kuat ingatannya. Jawapan Baginda s.a.w. pada ketika iłu sepatutnya berbunyi: "Saya tidak boleh menyehutnya” atau "Saya tidak ingal "dan sebagainya. Bukan saya tidak pandai membaca! 
(2) Arahan membaca di sini hanyalah untuk menarik perhatian Nabi s.a.w. sahaja. lanya bolehlah diibaratkan seperti seorang guru tadika yang mengarahkan murid-muridnya supaya membaca sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke dałam kelas. Sedangkan murid-muridnya masih belum mampu membaca. Arahan membaca tersebut sebenarnya adalah meminta murid-muridnya menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaan yang akan diajarkannya sejurus selepas itu. Selain daripada dua pendapat di atas terdapat berbagai lagi pendapat mengenainya. Namun pendapat yang paling baik bagi penulis ialah Jibril a.s. memang telah mengemukakan sesuatu yang berbentuk tulisan di hadapan Nabi s.a.w. Menurut sebuah hadits, ia tertulis di atas sehelai kain sutera. Malangnya hadits tersebut tidak boleh dijadikan hujah untuk menyokong pendapat berkenaan kerana statusnya yang lemah.

²⁶ Menurut pendapat yang mengatakan Nabi s.a.w. sememangnya telah dikemukakan sesuatu yang berbentuk tulisan oleh Jibril, maka kemampuan Nabi s.a.w. menyebutnya selepas itu adalah kerana kebolehan Baginda s.a.w. membacanya. Persoalannya sekarang ialah adakah Nabi s.a.w. itu sebenarnya seorang yang tidak pernah boleh membaca dan menulis di sepanjang hayat Beliau? Atau dalam istilah yang lebih kasar, adakah Rasulullah s.a.w. itu seorang buta huruf hingga ke akhir hayatnya?? Adakah sifat tidak boleh membaca dan menulis (kebutahurufan) itu merupakan suatu kelebihan atau kekurangan? Terutamanya di sisi anda yang hidup di zaman moden yang terkenal dengan zaman ilmu, dan tentu sekali semua ilmu itu berasaskan pembacaan dan penulisan??

Jawapan Rasulullah s.a.w. terhadap arahan Jibril a.s. di dałam hadits di atas telah ditanggapi para ulama dengan pelbagai tanggapan. Antaranya ialah: (1) Nabi s.a.w. memang tidak boleh membaca hingga ke akhir hayat Baginda. Apa yang Baginda 'baca' di kala itu tidak lebih daripada mengikut sebutan yang disebut Jibril sahaja. Pendapat ini merupakan pegangan


58

Tiada ulasan:

Catat Ulasan