Ahad, Oktober 24, 2021

000

000.


Mao Dun ini siapa? Seorang komunis?

Islam adalah agama cara hidup  dan amalan cara hidup itu akan kekal walaupun tidak lagi  hidup  didunia ini kerana  sesaorang manusia akan dibangkit hidup dengan amalannya semasa didunia  di akhirat nanti untuk diberi balasan sesuai dengan amalan itu.

Ya Allah kami memohon kepada Mu syurga dan jauhkan kami dari api neraka.

Berfikir secara postitif adalah salah satu daripada cara hidup Islam.
Bagi orang Islam , proses penuaan bukan sesuatu 'the sky gets dark,slowly.

Bagaimanapun , itu mungkin kenyataan hidup ramai orang yang tidak nampak kebesaran Allah dalam kehidupanya semenjak dari muda atau dari mula mengerti apa itu kehidupan bagi seorang manusia yang benar-benar bertuhankan Allah.

Sebagai orang tua ,sesaorang itu pasti mempunyai masa hidup yang lebih dari seorang yang lebih muda darinya  namun tanpa ilmu petunjuk dari Pencipta manusia, pengalaman hidup semata-mata atau hidup hanya mengikut "kemahuan atau kesukaan" tentunya samalah seperti kanak-kanak kerana kanak-kanak kemampuan akal mereka belum sempurna seperti orang dewasa.

Tetapi orang-orang yang berilmu apalagi ilmu dari Penciptanya samada ia muda atau tua tetap ada kelebihan dari seorang kanak-kanak.

Tua atau panjang umur adalah satu dari nikmat rezeki kurniaan Allah yang tidak terhitung malah adalah peluang untuk  mendapat keampunan disebabkan penuaan itu sendiri dan peluang menambah amal baik  walau mungkin hanya sekadar bersangka baik  didalam fikiran terhadap Allah dan kerajaan Allah .

Dan berakhirnya hidup  didunia bukan bererti berakhirnya kehidupan seorang manusia beriman. 

 عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ تَخَلَّفَ عَنَّا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ سَافَرْنَاهُ فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ حَضَرَتْ صَلَاةُ الْعَصْرِ فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا فَنَادَى وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ

Dari Abdullah bin Amru dia berkata, “Nabi SAW meninggalkan kami (lebih dahulu) dalam suatu perjalanan yang kami lakukan, maka kami mendapati baginda ketika waktu solat Ashar telah tiba, maka kami mulai membasuh kaki-kaki kami, tiba-tiba baginda bersabda: “Celakalah bagi tumit-tumit (yang tidak terbasuh air wuduk) dengan api neraka. Sempurnakanlah wuduk kalian dengan baik’.” (HR Muslim NO: 355)


Doa agar diberi hati yg selamat  & lidah yg jujur.


اللّٰهُمَّ إِنِّي أسْأَلُكَ الثَّبَاتَ فِي الْأَمْر ِوَالْعَزِيمَةَ عَلَى  الرُّشْدِ

وَ أسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ

وَ أسْأَلُكَ شُكْرَ نِعْمَتِكَ وَحُسْنَ عِبَادَتِكَ

وَ أسْأَلُكَ قَلْبًا سَلِيمًا وَلِسَانًا صَادِقًا

وَ أسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا تَعْلَمُ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَعْلَمُ

وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا تَعْلَمُ  إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ


Ya Allah ,Aku memohon kepada Mu keteguhan dalam segala perkara,tekad kuat untuk meniti petunjuk.

Aku memohon kepada Mu segala yg boleh mendatangkan rahmat Mu dan segala yg boleh mengundang ampunan Mu.

Aku memohon kepadaMu rasa syukur atas nikmat Mu dan ibadah yg bagus.

Aku juga memohon hati yg selamat  dan lisan yg jujur.

Aku juga memohon kepada Mu kebaikan yg Engkau ketahui.

Aku berlindung  kepada Mu dari keburukan yg Engkau ketahui.

Aku meminta ampunan kepada Mu atas dosa yg Engkau ketahui.

Sesungguhnya Engkau adalah Maha Memgetahui perkara2 ghaib


Tiada ulasan:

Catat Ulasan