Daurah tafsir 2019 sesi 30(111)nota 16(483-484)s
111.Surah A-Masad(tali sabut yang dipintal)
Tertib surah 111
Bilangan ayat 5
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya 6
Bilangan paragraf 2
Paragraf 1ayat 1-3 Ramalan tentang akibat buruk yang akan diterima Abu Lahab
Paragraf 2 ayat 4-5 Ramalan tentang akibat buruk yang akan diterima oleh isteri Abu Lahab
Mesej utama.
1.Menurut Islam ,keselamatan dan pelepasan manusia tidak terletak pada keturunan ,sebaliknya terletak pada iman dan amal soleh.
2.Kerabat terdekat Rasullah dan isterinya yang gila dunia dan sangat bakhil telah memusuhi Rasullah saw dan agama Islam , kerananya mereka akan menerima akibat buruk daripada sikap mereka.
Zaman Diturunkan
Besar sekali kemungkinan Surah al-Lahab diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah iaitu sekitar tahun ke-4 Kenabian apabila bermula da'wah secara terbuka Baginda kepada orang ramai.
Mula-mula Rasulullah s.a.w. naik ke atas bukit Shafa dan secara terbuka mengisytiharkan ajaran yang dibawanya, mendengar seruan Rasulullah s.a.w. itu Abu Lahab terus berkata تَبًّا لَّكَ (Binasa engkau! Cis engkau!), inilah perkataan yang digunakan oleh beliau apabila menerima seruan Rasulullah.
Hadits Bukhari, hadits 4,687.
Menurut sesetengah 'ulama' surah ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. dipulau oleh masyarakat kafir Quraisy dan Baginda dipulau selama 3 tahun di Syi'bi Abi Thalib.
Peristiwa itu berlaku di antara tahun ke-7 hingga ke-10 Kenabian. Abu Lahab tidak menyebelahi keluarganya Bani Hashim yang dipulau oleh orang-orang kafir Quraisy, sebaliknya dia telah menyokong orang-orang kafir yang lain dalam memulau dan memboikot Rasulullah bersama-sama keluarganya.
Perkaitan Surah Al-Lahab Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Surah al-Kautsar meramalkan kebinasaan dan kehancuran musuh Rasulullah, Surah an-Nashr pula merupakan berita gembira tentang kemenangan dan pertolongan Allah yang diberikan kepada Rasulullah. Di dalam Surah al-Lahab ini pula dikemukakan ramalan tentang kebinasaan seorang musuh Allah dan RasulNya serta musuh ajaran tauhid dan Islam iaitu Abu Lahab dan isterinya. Di dalam Surah
al-Ikhlas akan datang pula dijelaskan tentang aqidah tauhid zat yang murni الاخلاص yang begitu dimusuhi dan tidak disukai oleh Abu Lahab.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Abu Lahab adalah musuh Islam dan musuh Nabi s.a.w., dia adalah bapa saudara Nabi s.a.w. sendiri, nama sebenamya ialah 'Abdul'Uzza bin 'Abdil Muththalib, Abu Lahab adalah nama panggilannya. Isterinya bernama Arwa binti Harb iaitu saudara perempuan Abi Sufyan, nama panggilannya ialah Ummu Jamil. Surah al-Lahab meramalkan kesudahan buruk yang akan diterima oleh 2 orang musuh Rasulullah dan musuh Islam ini.
2. Abu Lahab adalah satu-satunya rurma musuh Islam yang disebutkan di dalam al-Qur'an dengan maksud mencelanya, padahal dia adalah bapa saudara Nabi s.a.w. sendiri dan dari kalangan Bani Hashim.
3. Islam mementingkan iman dan amal shaleh melebihi kepentingan keturunan dan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan