Isnin, Oktober 04, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(112)nota 16(486)

Daurah tafsir 2019 sesi 30(112)nota 16(486)

Zaman Diturunkan
1. Surah al-Ikhlas diturunkan sebaik sahaja da'wah secara terbuka bermula iaitu pada tahun ke-4 Kenabian, daripada tahun itu bermulalah siri kecaman dan tuduhan musuh-musuh Islam terhadap Rasulullah dan para sahabat yang baru memeluk agama Islam. Perkataan أَحَد yang tersebut di dalam surah ini sudah mula bergema pada ketika itu, setelah zaman kezaliman dan kekejaman orang-orang kafir Quraisy terhadap orang-orang Islam bermula, ucapan itulah juga yang bergema di mana-mana.
Apabila Umayyah bin Khalaf, seorang ketua kafir Quraisy menyiksa Bilal dengan membaringkannya diatas padang pasir yang panas setelah diletakkan batu besar di atas dadanya, perkataan أَحَد ituluh yang terus kedengaran di bibir Bilal.

2. Daipada perkataan permulaan di dalam surah ini iaitu قُلْ dapat juga dikesan bahawa surah ini diturunkan selepas da'wah secara terbuka bermula.

Kelebihan Surah Al-Ikhlas
1. Surah ini menyamai ⅓ al-Qur'an. Shahih Bukhari, hadits 4,726.
2. Surah al-Ikhlas menyamai ⅓ al-Qur'an, ia hendaklah dibaca sebelum tidur pada waktu malam.
Shahih Muslim, hadits 1,922.

3. Rasulullah s.a.w. selalu membaca Surah al-Ikhlas di dalam rakaat yang ke-2 sembahyang sunat subuh.
Shahih Muslim, hadits 1,723.

4. Cintakan Surah al-Ikhlas membawa seseorang masuk syurga. Sunan Tirmizi, hadits 2,.901 bertaraf hasan shahih.

5. Surah ini juga sunat dibaca dalam rakaat terakhir sembahyang witir. Sunan Abi Daud, hadits 1,426
bertaraf shahih.

6. Surah ini juga sunat dibaca dalam rakaat kedua sembahyang sunat selepas thawaf. Sunan Tirmizi,
hadits 869 bertaraf shahih.

7. Sebuah istana di dalam syurga disediakan untuk orang yang membaca 10 kali Surah al-Ikhlas. Musnad Ahmad, hadits 15,648 bertaraf dha'if.

Perkaitan Surah Al-Ikhlas Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah-surah sebelum ini menyebutkan sikap orang-orang musyrikin Mekah, khususnya pemimpin-pemimpin mereka apabila berhadapan dengan seruan tauhid oleh Rasulullah s.a.w., di dalam Surah al-Ikhlas ini dinyatakan tentang tauhid zat yang murni.

2. Di dalam surah akan datang pula disebutkan tentang tauhid rububiyyah dan manusia diminta supaya
memohon perlindungan kepada rabb daripada segala macam keburukan dan kejahatan.

486

Tiada ulasan:

Catat Ulasan