Daurah tafsir 2021 kuliah 0013s 17-24
002 Al-Baqarah
Ayat-ayat yang akan dibaca ni adalah berbentuk perbandingan atau perumpamaan, jadi samada ia mewakili bagi dua kumpulan ataupun hanya mewakil golongan وَلَا الضَّالِّينَ sahaja maka di sini akan dijelaskan selanjutnya.
Orang-orang munafik zahirnya seperti islam tetapi dalaman masih ada perkara yang tidak betul, sepatutnya apabila ia jelas daripada Allah dan pasti orang yang menyampaikannya adalah Rasulullah maka wahyu hendaklah diterima seluruhnya, oleh itu kita akan dapati bandingan-bandingan tentang mereka di sini sesuai untuk islahkan mereka.
Wahyu adalah perkara yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad ﷺ dan ianya dipakai dari zaman nabi, zaman para sahabat nabi, zaman tabiin, zaman kita dan sampai bila-bila walaupun nabi sudah wafat, jika masih ada keraguan dalam hati, bawalah datang satu surah seumpama Al-Qur’an jika benar dakwaan mereka ia rekaan.
Ayat 17
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَا يُبْصِرُونَ
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
-ada yang berpendapat perbandingan untuk 2 kumpulan (dimurkai dan sesat) atau untuk munafik sahaja.
-perumpamaan مَثَلُهُمْ
-seperti seorang yang menyalakan api كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا
Makna menyalakan api= berikral (buat pengakuan saya Islam )saya bersih.
-apakala api itu menyinari sekelilingفَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ
=ajaran Islam seperti api yang menyinari semuanya
-api itu adalah dalil-dalil ayat alquran.
-dia tak ambil cahaya itu walaupun peluang ada dengannya,
-lama-lama Allah hilangkan ( peluang untuk dapat ) cahaya.
dengan cara وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ walaupun hanya tolak satu sahaja dari rukun iman.
-amal hati, rukun iman.
-amal zahir, rukun Islam.
-cahaya2 itu boleh melengkapkan imannya.
- menyalakan api adalah ikral sebagai seorang Islam.
-orang yang menyalakan api= nabi yang membaca ayat2 Allah
-cahaya sekeliling حَوْلَهُ
Ayat 18
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
-mereka tidak boleh kembali kepada iman dan tetap munafik.
-nifaq tidak boleh dilihat.
-tapi Allah kenal dan tahu.
Seorang yg menyalakan api=nabi yg menyalakan api.
Cahaya yg dinyalakan tidak diambil,lalu Allah hilangkan cahaya itu.
Tapi musyrikin Mekah tak diambil kerana degil.
Kedegilan tahap 4,
Ia sepatutnya membaca quran.
Ambil cahaya=bc Quran.
pekak, bisu dan buta dari kebenaran.
Kufur dan syirik tetap tak ditinggalkan.
Minit 23
Ayat 19
أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ ۚ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
-ini contoh khusus tentang orang munafik.
- perumpamaan seperti air hujan yang turun dari langit أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ
-Awan yg menakung hujan كَصَيِّبٍ
- hujan=wahyu alquran.
- pada suasana hujan ada kegelapan awan adalah
-gelap = kekufuran
-petir = ancaman kufur.
-kilat= hujjah2 yang membatalkan syirik.
Ayat 20.
يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ ۖ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉contoh ke 3 Munafikin
Hampir kilat menyambar mata merekaيَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ
-hampir hujjah yang mantap memang mampu mematahkan kesyirikan mereka.
-Seperti itulah hujjah menyambar mereka.
Yakni hampir hujjah2 alquran memberi kebenaran kepada mereka tapi sebab degil mereka tak mahu.
Setiap kali Ada untung dunia mereka ikut.jika tiada untung atau gelap ,mereka tinggalkannyaلَهُمْ مَشَوْا فِيهِ
Allah berkuasa untuk tarik segala nikmat.
Jika Allah nak buat boleh ( dihilangkanNya) tapi Allah tak buat.
Cahaya dan hujan adalah Quran.
Minit 35
Tiada ulasan:
Catat Ulasan