Halaman

Isnin, Oktober 04, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 408)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 408)



48-Muhammad bin 'Ar'arah (al-Bashri m.213H) meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu'bah meriwayatkan kepada kami daripada Zubaid (bin al-Haarits bin 'Abdil Karim al-Yaami al-Kufi m.123H), katanya: saya bertanya kepada Abu Waa'il (Syaqiq bin Salamah al-Asadi al-Kufi m.82H) tentang Murji'ah,³⁴⁰ dia berkata bahawa 'Abdullah (bin Mas'ud) meriwayatkan kepada saya, sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: "Memaki orang muslim itu adalah perbuatan fasiq dan memeranginya adalah perbuatan kafir.³⁴¹

٤٩ - أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ حُمَيْدٍ حَدَّثَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يُخْبِرُ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلَاحَى رَجُلَانِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَقَالَ إِنِّي خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ وَإِنَّهُ تَلَاحَى فُلَانٌ وَفُلَانٌ فَرُفِعَتْ وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمْ الْتَمِسُوهَا فِي السَّبْعِ وَالتِّسْعِ وَالْخَمْسِ

49-Qutaibah bin Sa'id meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail bin Ja'far meriwayatkan kepada kami daripada Humaid (at-Thawil bin Abi Humaid Tiir al-Khuza'i
____________
³⁴⁰  Satu golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Antara fahaman mereka ialah amal bukan sebahagian daripada iman. Amalan yang baik tidak memberi apa-apa erti kepada iman. Amalan yang jahat pula tidak menjejaskan iman. Dan pelaku dosa-dosa besar tidak menjadi fasiq. Zubaid bertanya Abu Waa'il tentang golongan ini, sama ada mereka berada di atas landasan yang benar atau salah.

³⁴¹Berdasarkan hadits ini tidak mungkin golongan itu berada di atas kebenaran. Kerana mereka mengatakan orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar tidak jadi fasiq. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda di dalam hadits ini bahawa memaki orang muslim itu adalah kefasiqan (perbuatan fasiq). Kalaulah amalan jahat tidak menjejaskan iman seseorang, kenapa orang yang memaki orang muslim dikatakan fasiq oleh Rasulullah s.a.w. dan kenapa pula perbuatan memerangi orang muslim dikatakan kekufuran? Daripada hadits ini diketahui penyelewengan golongan itu daripada landasan sebenarnya. Perkataan كفر (kekufuran) yang tersebut di dalam hadits ini tidaklah semestinya dipakai dengan erti kekufuran sebenar yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam. Disebut kufur, untuk memberi erti mubalaghah (menampakkan terlajak teruk), supaya pendengar berwaspada dan berhati-hati dengannya. Ini kerana berdasarkan dalil-dalil yang Iain perbuatan seperti itu masih belum lagi mengeluarkan seseorang muslim daripada agamanya. Boleh jadi juga dikatakan kufur, kerana perbuatan seperti itu menyerupai perbuatan orang-orang yang ber'aqidah kufur. Lantaran merekalah yang menghalalkan darah orang-orang Islam. Mungkin juga perkataan kufur dipakai dalam erti bahasanya, kerana kufur menurut bahasa 'Arab yang asal bererti menutupi. Dengan memerangi orang muslim, seseorang itu seolah-olahnya telah menutupi dan tidak menghiraukan hak-hak saudara seagamanya. Padahal sepatutnya dia membela, membantu dan menolongnya. bukan menyakiti dan memeranginya.

408

Tiada ulasan:

Catat Ulasan