Ahad, Disember 12, 2021

K999.Tukarkan Gajet Kepada Mainan. Cara Ibu Ini Buat Menjadi, Anak Lebih Dengar Kata.



K999.Tukarkan Gajet Kepada Mainan. Cara Ibu Ini Buat Menjadi, Anak Lebih Dengar Kata.

Kebanyakan ibu bapa anggap gajet akan menarik perhatian anak yang tidak boleh duduk diam dan mudah bosan dengan keadaan sekeliling. Disebabkan alasan itulah, ibu bapa dengan mudahnya membenarkan anak-anak mereka menggunakan gajet ketika waktu makan, terutamanya ketika berada di luar.

Bagaimanapun, cara Puan Lyeen Roslee membiasakan anaknya tanpa gajet dengan membawa mainan atau buku ketika makan diluar memang menjadi sehingga anak lebih ‘behave’ dan mudah dengar kata. 

Begitu juga ketika di rumah pun, anak langsung tak minta gajet sebab dari awal dah dibiasakan dengan cara sebegini.

ATAS MEJA LETAK MAINAN.

Bila makan di luar, kita akan risau bila anak tantrum atau mengada-ngada. Malu bila orang tengok seakan-akan kita tak reti jaga anak. Langkah paling afdhal kita sua gajet berbentuk telefon atau tab kepada anak-anak.

Saya dulu macam anda guna kaedah itu. Tapi, saya pantas tersedar bahawa saya sedang meletakkan anak saya dalam keadaan yang “bahaya”.

Sebab itu saya tukarkan gajet kepada mainan. Alhamdullilah dah nak masuk 4 tahun, Hareez masih tak diberikan apa-apa gajet. Dan dia tak akan tertarik dengan apa-apa gajet.

Dia akan kata:
1) Tak boleh nanti ayah marah.
2) Tak boleh nanti mata rosak.
3) Tak boleh, Eez kecik lagi.

Tapi, tak juga saya tak beri langsung. Ada masanya saya ajak dia tengok telefon. Cukup sekadar 5 minit kami tengok BERSAMA-SAMA cukup!

Dulu, saya malu juga bila anak orang lain atas meja ada telefon tengok kartun. Anak saya main buku dan dinasour dia. Rasa kuno dan tak up to date. 

Tapi, saya cepat setkan semula bahawa BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA.

Alhamdullilah sekarang dah tiada perasaan malu. Tapi, saya bangga bila anak saya tak tertarik pada gajet.

Saya faham tak mudah. “Anak seorang bolehlah.” Tapi, saya juga pernah melalui saat anak ketagih gajet dahulu. Jadi, saya cepat ubah.
Apa yang penting:
1) Bila di meja makan kita letak gajet dalam beg. Kita main dan berbual dengan anak.
2) Pelbagaikan mainan atau buku atau apa-apa aktiviti menyibukkan mereka. (Saya selalu bagi Hareez mainan macam puzzle atau buku flip up, buku mewarna atau aktiviti sensory mudah)
3) Bila anak ‘sibuk’ senang kita nak control. Suap makanan pun mudah. Dia pun tak meragam.

PS: Bukan nak memandai anak sorang dah over, tengoklah nanti anak dah 2,3,4,5 orang. Ermmm, kita cuba dulu ya. Bukan untuk siapa-siapa, untuk anak kita juga. Takkan umur 4 tahun anak dah pakai kaca mata? Takkan umur 4 tahun anak dah mengadu sakit mata silau? Takkan umur 4 tahun anak hanya mampu jadi ‘tukang hafal’?

Kita sama-sama usaha ye. Percayalah tuan-tuan dan puan-puan bahawa gajet sangat memudaratkan. Dia umpama “dadah”. Ketagihan dan merosakkan jika tidak dikawal.

Lyleen Roslee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan