Tafsir nota baca 0006(0103-0105)s
Al-Baqarah 2:78
وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ ٱلْكِتَٰبَ إِلَّآ أَمَانِىَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
Al-Baqarah 2:79
فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ ٱلْكِتَٰبَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشْتَرُوا۟ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًاۖ فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ
Al-Baqarah 2:80
وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَةًۚ قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِندَ ٱللَّهِ عَهْدًا فَلَن يُخْلِفَ ٱللَّهُ عَهْدَهُۥٓۖ أَمْ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Al-Baqarah 2:81
بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَٰطَتْ بِهِۦ خَطِيٓـَٔتُهُۥ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Al-Baqarah 2:82
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْجَنَّةِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Dan di antara mereka (Ahli Kitab) ada golongan Ummi yang tidak mengetahui (apa yang dikatakan) Al-Kitab (Taurat) kecuali bacaan-bacaan (zahir) dan dongeng-dongeng sahaja.¹³⁹ Mereka hanya menduga-duga sahaja. [78].
Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab (Taurat) dengan tangan mereka sendiri, kemudian mereka menda'wa; Ini dari sisi Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu.¹⁴⁰ Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat perbuatan yang dilakukan mereka itu.¹⁴¹ [79].
Dan mereka berkata lagi: ”Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali beberapa hari yang boleh dibilang sahaja.” Katakanlah: ”Apakah kamu telah menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya,¹⁴² atau kamu hanya mengata-ngatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. [80].
(Bukan begitu), malah sebenarnya (ialah) sesiapa sahaja yang melakukan kejahatan (dosa) dan ia diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka akan kekal di dalamnya. [81].
Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh,¹⁴³ merekalah penghuni syurga, mereka akan kekal di dalamnya. [82].
_______________________
¹³⁹ Antara yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Qur'an tentang dongeng-dongeng yang menjadi pegangan mereka ialah:
Al-Ma'idah 5:18
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ وَٱلنَّصَٰرَىٰ نَحْنُ أَبْنَٰٓؤُا۟ ٱللَّهِ وَأَحِبَّٰٓؤُهُۥۚ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُمۖ بَلْ أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنْ خَلَقَۚ يَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۚ وَلِلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَاۖ وَإِلَيْهِ ٱلْمَصِيرُ
Bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: "Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya.” Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), Maka mengapa Dia menyiksa kamu kerana dosa-dosamu?” (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya), bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Dia mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan serta hükum SyariatNya), demikian juga Dia menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) kepunyaan Allah jua kerajaan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Dan kepada Allah jualah tempat kembali (segala sesuatu).
Al-Baqarah 2:80
وَقَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَةًۚ قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِندَ ٱللَّهِ عَهْدًا فَلَن يُخْلِفَ ٱللَّهُ عَهْدَهُۥٓۖ أَمْ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Bermaksud: Dan mereka berkata lagi: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali beberapa hari yang boleh dibilang sahaja." Katakanlah: ''Apakah kamu telah menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janjNya, atau kamu hanya mengata-ngatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?
Al-Baqarah 2:111
وَقَالُوا۟ لَن يَدْخُلَ ٱلْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصَٰرَىٰۗ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْۗ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ
Bermaksud: Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) mendakwa: "Sekali-kali tidak akan maşuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani.” İtü (hanya) dakwaan-dakwaan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: "Tunjukkanlah bükti kebenaranmu jika kamu memang orang-orang yang benar."
¹⁴⁰ Biar bagaimana banyak sekalipun harta dunia yang diperolehi mereka namun ia tetap sedikit di sisi Allah. Allah berfirman:
An-Nisa' 4:77
..... قُلْ مَتَٰعُ ٱلدُّنْيَا قَلِيلٌ وَٱلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا
Katakanlah:....Kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun. (anNisaa':77).
¹⁴¹ laitu mengatakan sesuatu yang tidak pernah dikatakan oleh Allah. Allah berfirman:
Yunus 10:69 قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya. (Yunus:69).
¹⁴² Kerana Dia telah berfirman:
Aal-e-Imran 3:9
رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَيْبَ فِيهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ
Bermaksud: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada sebarang keraguan tentangnya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
¹⁴³ sesuai dengan ketetapan agama Islam dan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Kerana Allah berfirman:
Al-Baqarah 2:198
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا۟ فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْۚ فَإِذَآ أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَٰتٍ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ عِندَ ٱلْمَشْعَرِ ٱلْحَرَامِۖ وَٱذْكُرُوهُ كَمَا هَدَىٰكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِۦ لَمِنَ ٱلضَّآلِّينَ
Bermaksud: Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhanmu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari 'Arafat (menuju ke Muzdalifah), maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di Masy'aril Haram (di Muzdalifah). Dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana yang ditunjukkanNya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk di dalam golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan