Halaman

Rabu, Disember 15, 2021

Tafsir nota baca 0007(0136-0140)s

Tafsir nota baca 0007(0136-0140)s


Al-Baqarah 2:113
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ لَيْسَتِ ٱلنَّصَٰرَىٰ عَلَىٰ شَىْءٍ وَقَالَتِ ٱلنَّصَٰرَىٰ لَيْسَتِ ٱلْيَهُودُ عَلَىٰ شَىْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ ٱلْكِتَٰبَۗ كَذَٰلِكَ قَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْۚ فَٱللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ فِيمَا كَانُوا۟ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ 
Al-Baqarah 2:114
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَٰجِدَ ٱللَّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا ٱسْمُهُۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَآ إِلَّا خَآئِفِينَۚ لَهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا خِزْىٌ وَلَهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Al-Baqarah 2:115
وَلِلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ 
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itü tidak mempunyai suatu pegangan (ugama yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi itü tidak mempunyai suatu pegangan (ugama yang benar) , sedangkan mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil).¹⁷⁷ Demikian juga orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan (dari kalangan musyrikin 'Arab) mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu.¹⁷⁸ Maka Allah akan mengadili di antara mereka pada hari kiamat mengenai perkara-pcrkara yang dipertikaikan mereka. [113].
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyekat dan menghalangi (orang Iain) dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (bersembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya,¹⁸⁰ dan ia berusaha pula untuk merobohkannya ?¹⁸¹ Mereka tidak sepatutnya memasuki masjid-masjid itu melainkan dengan rasa takut (kepada Allah), Mereka (dengan perbuatan itu) akan mendapat kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat siksa yang amat besar. ¹⁸² [114]
dan kepunyaan Allah jua timur dan barat, oleh itu ke arah mana pun kamu menghadap¹⁸³ di sanalah wajah Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengctahui. [115].



¹⁷⁶ inilah alasan bagi masing-masing yang telah tersebut di dalam ayat ke 111 scbelum ini, iaitu orang-orang Yahudi mendakwa sekali-kali tidak akan maşuk syurga kecuali orang-orang yang beragama Yahudi. Orang-orang Kristian pula  bahawa sekali-kali tidak akan maşuk syurga kecuali orang-orang yang beragama Kristian. Sebabnya ialah orang-orang Yahudi menganggap orang-orang Kristian tidak berada di atas landasan agama yang benar. Demikian juga dengan orang-orang Kristian, mereka menganggap orang-orang Yahudi tidak berada di atas landasan agama yang benar. Untuk maşuk syurga seseorang itu mestilah terlebih dahulu berada di atas landasan agama yang benar. Sedangkan kedua-duanya Ahli alKitab dan kedua-duanya dari kalangan Bani Israil!

¹⁷⁷ Kenapakan orang-orang Yahudi menganggap orang-orang Kristian tidak berada di atas landasan agama yang benar? Antara sebabnya ialah kerana orang-orang Kristian mempercayai 'Isa sebagai anak lelaki Allah. Sedangkan orang-orang Yahudi tidak menerima Isa walaupun hanya sebagai seorang nabi. Orang-orang Kristian pula kenapa menganggap orang-orang Yahudi tidak berada di atas landasan agama yang benar? Antara sebabnya ialah kerana orang-orang Yahudi mempercayai 'Uzair sebagaİ anak lelaki Allah. Sedangkan mereka tidak menerima 'Uzaİr sebagai anak Allah. Anak Allah bagi mereka ialah Isa. Inilah antara punca pertikaian mereka yang disebut Allah di dalam al-Qur'an. Allah berfirman:

At-Taubah 9:30
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ عُزَيْرٌ ٱبْنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَٰرَى ٱلْمَسِيحُ ٱبْنُ ٱللَّهِۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَٰهِهِمْۖ يُضَٰهِـُٔونَ قَوْلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن قَبْلُۚ قَٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ 
Bermaksud: Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah", dan orang-orang Nasrani (pula) berkata: Al-Masih ialah anak Allah" Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri. Mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu; mereka dilaknat Allah, Bagaimana mereka boleh berpaling sampai begitu dari kebenaran? 


¹⁷⁸ Mereka ini pula mempercayai para malaikat itu ialah anak-anak perempuan Allah. Allah berfirman mengenai kepercayaan mereka itu begini:
As-Saffat 37:149 فَٱسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ ٱلْبَنَاتُ وَلَهُمُ ٱلْبَنُونَ 
As-Saffat 37:150 أَمْ خَلَقْنَا ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ إِنَٰثًا وَهُمْ شَٰهِدُونَ 
Bermaksud: (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaik'at itu anak-anak perempuan Allah) Maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: "Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak-anak lelaki? (149).
Atau adakah mereka hadhir sendiri menyak'sikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu perempuan?" (150). 

Al-Isra' 17:40
أَفَأَصْفَىٰكُمْ رَبُّكُم بِٱلْبَنِينَ وَٱتَّخَذَ مِنَ ٱلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنَٰثًاۚ إِنَّكُمْ لَتَقُولُونَ قَوْلًا عَظِيمًا 
Bermaksud: (Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, mak'a patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Dia mengambil untuk diriNya anak'-anak perempuan dari kalangan malaikat?
Sesungguhnya kamu benar-benar mengucapkan kata-kata yang amat besar (dosanya). 

Kesimpulannya ialah segolongan musyrikin Arab juga sama seperti golongan Yahudi dan Nashara daripada segi mempercayai Allah mempunyai anak dan menganggap kebenaran tidak ada pada orang-orang Iain, ia hanya ada pada mereka sahaja. Padahal sifat-sifat dan tingkah laku mereka langsung tidak mencerminkan mereka sebagai orang-orang yang baik dan benar.

¹⁷⁹  Berhubung dengan siapakah yang betul-betul berada di atas landasan yang benar dan dijamin sebagai ahli syurga, telah pun dinyatakan di dalam ayat ke-112 sebelum ini. Lihat sekali lagi ayat berkenaan di bawah ini:

Al-Baqarah 2:112
بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُۥٓ أَجْرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ 
Bermaksud: (Tidak demikian) bahkan sesiapa sahaja )'ang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan beribadat kepadaNya semata-mata) dan dia menjunjung perintahNya dengan sebaik-baiknya, maka ia akan mendapat balasan di sisi Tuhannya, tiada apa-apa kebimbangan kepada mereka dan tidak pula mereka akan berdukacita.

¹⁸⁰ Ayat ini menyatakan orang yang paling zalim ialah orang yang menyekat dan menghalangi orang Iain dari menggunakan masjid-rnasjid Allah untuk beribadat,
termasuklah bersembahyang dan menyebut nama Allah di dalamnya. Adakah sesiapa telah melakukan begitu? Jawabnya ada, mereka adalah orang-orang musyrikin Mekah. 

Dua firman Allah di bawah ini menjelaskan perbuatan mereka itu:
Al-Fath 48:25
هُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَصَدُّوكُمْ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ وَٱلْهَدْىَ مَعْكُوفًا أَن يَبْلُغَ مَحِلَّهُۥۚ وَلَوْلَا رِجَالٌ مُّؤْمِنُونَ وَنِسَآءٌ مُّؤْمِنَٰتٌ لَّمْ تَعْلَمُوهُمْ أَن تَطَـُٔوهُمْ فَتُصِيبَكُم مِّنْهُم مَّعَرَّةٌۢ بِغَيْرِ عِلْمٍۖ لِّيُدْخِلَ ٱللَّهُ فِى رَحْمَتِهِۦ مَن يَشَآءُۚ لَوْ تَزَيَّلُوا۟ لَعَذَّبْنَا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 
Bermaksud: Merekalah orang-orang kafir yang menghalangi kamu dari (masuk) Masjidil Haram dan menghalangi binatang-binatang korban (yang kamu bawa) sampai ke tempat (penyembelihan)nya. Dan kalaulah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir itu, padahal kan1tJ tidak mengetahui mereka beriman, akibatnya kamu akan menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, (tentulah diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang mengancam kamu itu). (Tetapi tidak diizinkan) kerana Allah hendak mernasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya. Kalaulah mereka (penduduk Mekah yang beriman dan yang musyrik) itu berpisahan (di antara satu puak dengan yang Iain), tentulah Kami menyeksa orang-orang yang kafir di antara mereka dengan seksa (di dunia) yang tidak terperi sakitnya. 

Al-Anfal 8:34
وَمَا لَهُمْ أَلَّا يُعَذِّبَهُمُ ٱللَّهُ وَهُمْ يَصُدُّونَ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ وَمَا كَانُوٓا۟ أَوْلِيَآءَهُۥٓۚ إِنْ أَوْلِيَآؤُهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُتَّقُونَ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Dan mengapa mereka tidak patut diseksa oleh, Allah, sedang mereka menyekat (orang-orang Islam) dari Masjidilharam, padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya (kerana mereka kafir musyrik)? Sebenarnya orang-orang yang berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. 

¹⁸¹ Meroboh atau meruntuhkan masjid itu ada dua caranya. Pertama dengan menghancur, merosak atau mengotorkannya. Ini merupakan perobohan lahir (تخريب حسي) Kedua ialah dengan dan menghalang orang-orang daripada beribadah padanya. Ini merupakan perobohan maknawi  (تخريب معنوي)

¹⁸² Ashabul Fiil adalah satu pasukan tentera yang telah berusaha merobohkan Masjidil Haram dan Kaabah secara khusus sebelum kelahiran Rasullah saw.
Kegagalannya dan penghinaan Allah terhadap mereka di dunia telah dirakam Allah sendiri di dalam sebuah Surah al-Qur'an bernama Surah al.Fiil. Allah berfirman:
Al-Fil 105:1 أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَٰبِ ٱلْفِيلِ 
Al-Fil 105:2 أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ 
Al-Fil 105:3 وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ 
Al-Fil 105:4 تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ 
Al-Fil 105:5 فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍۭ 
Bermaksud: Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera bergajah (yang hendak merobohkan Ka'bah)? (1)
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka sia-sia (gagal sepenuhnya)? (2)
Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka burung berpasuk-pasukan; (3) 
yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang keras; (4) 
lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat. (5) (al-Fiil:1-5) 

Itu adalah salah satu contoh akibat buruk daripada usaha menceroboh masjid-masjid Allah. Pencerobohan dilakukan dengan tujuan menghancur musnahkan Ka'bah dan Masjidil Haram yang merupakan masjid yang paling istimewa dan tertua di dunia. Apa yang dilakukan oleh orang-orang musyrikin Mekah terhadap Masjidil Haram pula merupakan perobohan lahir (تخريب حسي) dan perobohan ma'nawi kedua-duanya sekali. Walaupun mereka tidak merobohkan bangunan Ka'bah, tetapi mereka mengotorkannya dengan sekian banyak berhala-berhala yang disembah selain Allah.

Syi'ar-syiar syiriklah yang dijulang mereka di situ. Orang-orang yang hendak menyembah Allah semata-mata dan menegakkan syiar tauhid pula dihalang dan disekat mereka. Itulah yang dilakukan oleh mereka terhadap nabi s.a.w. dan para sahabat Baginda. Tidak lama setelah mereka menghalang dan menyekat rombongan rasulullah s.a.w. dengan para sahabatnya yang berangkat dari Madinah untuk ber'umrah ke Mekah pada tahun ke-6 Hijrah, hanya dua tahun selepas itu iaitu pada tahun ke-8 Hijrah, Mekah jatuh ke tangan Islam. Maka terus menjadi hinalah orang-orang yang sebelumnya begitu sombong.

¹⁸³ ketika bersembahyang dalam keadaan kamu tidak mengetahui arah qiblat dengan pasti, kerana dalam keadaan mengetahui dan pasti arah qiblat, kamu hendaklah menghadap ke arahnya. Itu adalah perintah Allah kepadamu, sesuai dengan firmanNya ini:
Al-Baqarah 2:150
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَٱخْشَوْنِى وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِى عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 
Bermaksud:Dan di mana saja kamu  sekalian berada maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masiidil Haram. 
Dan dari mana saja kamu (sekalian) berada, maka hadapkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada huiiah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka, Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu (sahaja). Dan agar Ku sempurnakan ni'matKu atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk. 

¹⁸⁴ Itulah arah qiblat yang diredhai Allah untukmu dalam keadaan itu.

¹⁸⁵ Walaupun kamu telah tersalah menghadap qiblat, Dia tetap menerima shalatmu dan tetap memberikan ganjarannya kepadamu, kerana Dia Maha Mengetahui niat hati seseorang. Adakah ia sengaja tidak menghadap ke arah qiblat yang sebenar atau ia tidak mempunyai panduan pasti untuknya.

¹⁸⁶ Segolongan beşar orang-orang musyrikin, Yahudi dan Kristian mempercayai Allah mempunyai anak. Kepercayaan mereka itü telah disebut Allah pada beberapa firmanNya di dalam al-Qur'an. Sebahagiannya telah dikemukakan pada nota 177 dan 178 yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan