Isnin, Januari 10, 2022

K999.perkongsian jasmin jasmina

K999..
Alhamdullillah, malam ni berkesempatan join kelas bersama Puan Maznah Ibrahim dengan topik bagaimana ibu ibu dan wanita wanita boleh buat terapi untuk diri sendiri di rumah.

Walaupun sibuk dengan anak anak dan juga kerjaya serta bisnes..tapi kita juga kena seimbangkan dengan kestabilan emosi diri.

1 jam perkongsian tips yang sangat berguna untuk mak mak semua. Diantaranya :
1) Jaga kesihatan badan- pemakanan, tidur kena cukup & kena exercise 😎
2) Jaga hubungan dengan Allah, inshaAllah urusan kita yang lain akan dipermudahkan 🤲
3) Utamakan anak anak. Disaat sibuk berbisnes, kalau anak panggil kena stop buat keja layan anak dulu. Sebab moment dengan anak kecil ni takkan berulang 😥
4) 'Breathing technique' - untuk kita lebih rileks dan dapat kawal kemarahan pada anak anak.

Ni satu kelebihan bersama keluarga Mommy Happy, banyak kelas terapi jiwa diadakan untuk ejen ejen semua dan bukan sekadar kelas marketing sahaja 🥰

#mommyhappy 
#kelasterapijiwa
#alhamdulillah 

Selamat Malam 🌹
Jasmin jasmina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan