Halaman

Khamis, Februari 10, 2022

Puding koktail




Puding koktail
🌸Bahan-bahan Puding
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair
5 cawan air
3 sudu gula
3 sudu susu pekat

Masukkan semua bahan, gunakan api yang sederhana, kacau tanpa henti sampai puding jadi pekat dan berkilat dan tutup api.

🌸Bahan-bahan kuah
2 tin susu cair
Satu tin koktail ditapis airnya. Buahnya diketepikan, air nya di campurkan dengan susu
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat

Campurkan kesemua bahan, gunakan api yang sederhana dan kacau sehingga mendidih. Matikan api.

(Kemanisan puding dan kuah ikut citarasa masing-masing. Macam saya tak suka manis sangat sebab diri sendiri dah cukup manis cia cia cia)

🌸Hiasan puding koktail
1. Lapisan pertama susun buah-buahan koktail.
2. Lapisan kedua masukkan puding
3. Lapisan atas sekali letaklah buah-buahan segar. Disebabkan puding ni sedikit manis dan berlemak, saya suka letak buah-buahan yang masam untuk menyeimbangkan rasa manis berlemak tu. Buah yang sesuai macam anggur, strawberi, blueberry, kiwi. 
4. Akhir sekali curahkan kuah atas puding. Lagi banyak lagi sedap.

Masukkan puding koktail di dalam peti sejuk dalam 2-3 jam dan boleh la dimakan sejuk-sejuk nyumm.

#kakaidakicen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan