Daurah tafsir 2022 kuliah 0001(09-10)s
Dalam Quran ada lima jenis ilmu.
1. Ilmu tentang sifat Allah. Kita hanya disuruh tahu sifat Allah sahaja, tidak sampai nak kena tahu Dzat Allah.
2. Ilmu Ahkam Allah. Inilah yang dinamakan Syariat. Ianya adalah cara untuk taat kepada Allah. Ianya merangkumi hubungan dengan Allah dan cara hubungan dengan hamba Allah yang lain.
3. Ilmu Muqaasamah – soal jawab dengan orang yang kenal Allah kerana ada orang yang kenal wahyu dan orang yang tidak kenal wahyu. Soal jawab itu ada supaya seseorang itu terima wahyu. Allah ajar kita bagaimana memperkenalkan Dia kepada hamba yang lain yang masih tak kenal, atau ada silap faham tentang Allah. Ini ilmu perbincangan dan soal jawab. Supaya dia terima kebenaran. Kerana peluang semasa di dunia sahaja.
Dengan belajar Qur’an kita sedia untuk berdakwah.
Ada empat jenis orang yang sesat yang disebut dalam Qur’an :
A. Yahudi dan yang sejenis dengannya
B. Nasara dan yang sejenis dengannya
C. Musyrikin dan yang sejenis dengannya
D. munafikin dan yang sejenis dengannya
Nama orang yang tersesat mungkin macam-macam, tapi perangainya salah satu dari yang empat jenis itu sahaja. Dalam masyarakat kita, ada semua jenis ini. Munafik mudah sikit untuk didakwah kerana mereka boleh duduk sekali dengan orang Islam.Sejarah telah membuktikan Nabi saw telah berjaya menjadikan orang munafik benar-benar beriman. Oleh itu, kita kena periksa diri kita supaya tidak masuk dalam keempat empat jenis ini.
4. Peringatan kepada peristiwa yang boleh berlaku di dunia ini lagi kalau kita derhaka kepada Allah. Kita belajar bagaimana Allah telah azab mereka yang menentang dan
bagaimana Allah membantu mereka yang menolong agama Allah. Kerana manusia mudah terkesan dengan kejadian di dunia.
5. Ilmu tentang peringatan peristiwa semasa nak mati dan selepas mati. Kepada yang beriman dan yang sesat.
Kita belajar lima perkara ini untuk mendapat tiga perkara:
1. Memurnikan jiwa manusia. Dari kotor jadi bersih dan layak masuk syurga. Kalau tak bersih atau suci, kena cuci dalam neraka pula nanti dan kita tentunya tidak mahu dimasukkan ke dalam
neraka walau sekejap pun. Sekarang ini kita ada Qur’an untuk menjadi panduan kita. Jadi, tiada
alasan untuk kata kita tidak mendapat hidayah kerana hidayah itu sudah terpampang di depan mata kita.
2. Membasmi faham yang salah. Fahaman salah yang dalam otak dan hati kita. Kalau rosak, tidak ada ubat. Boleh kekal dalam neraka. Tidak sama dengan rosak amalan dengan rosak akidah. Kerana kalau rosak amalan, boleh lagi cuci dalam neraka. Tapi kalau rosak akidah, akan kekal selama-lamanya dalam neraka. Dan pegangan salah ini tidak nampak di luar kecuali tuan badan sahaja yang tahu. Bukan ada orang yang akan periksa dan tanya kita pun. Kalau amalan, boleh lagi orang nampak dan tegur kesalahan kita dalam amalan. Tapi kalau akidah, kita kena periksa sendiri dengan belajar tafsir Quran samada ada fahaman kita betul atau salah.
3. Menolak resam dan budaya yang bertentangan dengan Islam. Tidak ada dua budaya untuk kita melainkan budaya Islam sahaja.
Ketiga-tiga perkara ini akan bawa kepada dua perkara yang besar:
1. Menyempurnakan keyakinan tentang Allah. Kalau tak belajar tafsir Qur’an, mungkin kita tahu dan yakin terhadap Allah, tapi tidak sempurna.
Kita nak kena tahu setakat yang Allah beritahu dalam Quran 30 juzuk ini dan tidak boleh kurang dari itu.
Dan kita juga kena tahu tentang Akhirat.
1/4 Quran adalah tentang akhirat . Ianya diberitahu dengan banyak sebab ianya adalah perkara yang amat penting.
2. Mengenalpasti kepatuhan dan ketundukan kita dalam syariat Islam menepati jejak langkah Nabi Muhammad SAW.
Dua perkara ini terkandung dalam kalimah syahadah kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan