Rabu, Mac 02, 2022

Jami' Al-Tirmizi 0002

Jami' Al-Tirmizi 0002

Atsir di dalam Jaami' al-Ushul memperincikan lagi tarikh wafat Tirmizi dengan katanya: Pada malam Isnin, 13 hari bulan Rejab. 

Imam at-Tirmizi dan Ilmu Hadits
Sewaktu beliau dilahirkan, ilmu hadits telahpun popular dan berada di kemuncak kegemilangannya. Tirmiz dan kawasan sekitarnya terutama di Khurasan dan Mawra' an-Nahr merupakan pusat pengajian ilmu hadits. Pada ketika itu, pengaruh Imam Bukhari amat kuat di sana.
Semenjak dari zaman kanak-kanak lagi Imam at-Tirmizi telah berada dalam suasana di mana ilmu hadits disebar dengan meluas dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Suasana tersebut juga telah mempengaruhinya. Kerana itu, sejak dari kecil lagi beliau telah merantau ke beberapa buah negeri, sama ada dekat mahupun jauh untuk mempelajarinya.


Guru-guru Imam at-Tirmizi
Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan bahawa Imam at-Tirmizi telah menjelajah serata negeri dan mendengar daripada ramai sekali guru dari kalangan orang Khurasan, Iraq dan Hijaz ².

Antara 'ulama' masyhur yang pernah menjadi guru beliau ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Ali bin Hujr al-Marwazi, Hannaad bin as-Sariyy, Qutaibah bin Said dan Muhammad bin Basysyaar (Ghundar). Imam Tirmizi juga pernah berguru dengan Imam Abu Daud. Walaupun Imam Ahmad dan Imam Muslim adalah guru beliau, tetapi tidak tsabit beliau ada meriwayatkan sesuatu hadits daripada Ahmad.
Daripada Imam Muslim pula beliau hanya mengambil satu hadits sahaja untuk dimasukkan ke dalam kitab Jaami'nya, iaitu hadits:أحصوا هلا شعبان لر مضان
[Hitungkanlah (pastikan) anak bulan Sya'ban untuk (menentukan bulan) Ramadhan]. Pendek kata sebahagian besar pengarang kitab-kitab hadits yang masyhur itu adalah guru beliau.

_________________

¹ Khurasan sekarang ini berada didalam Negara Afghanistan, manakala Ma WaraAn-nahr pula terletak di Samarqand,Uzbekistan.
² Sesaorang perawi sudah dikira sebagai guru sesaorang dalam ilmu hadits, walaupun dia hanya  menerima sebuah sahaja daripadanya. Untuk di iktiraf sebagai guru tidaklah disyaratkan sesaorang menerima hadits daripada guru itu sehingga berpuluh-puluh atau beratus-ratus buah.

2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan