Jadi sebab ibubapa berlaga dengan anak remaja.
Anakku nak masuk fasa remaja ..mula ada tannda2 ini:
1. Mereka mahukan kebebasan dalam pilihan tindakan yang berkaitan hidup mereka.
Mereka perlukan autonomi dalam menentukan pilihan hidup yang mereka fikir betul.
Dengari kemahuan mereka dari perspektif mereka dan bimbinglah mereka untuk berfikir lebih jauh secara komunikasi positif dan kreatif.
Kebebasan . Sesuatu yang fitrah dan bermula sejak bayi berusia 1 tahun.
2. Mereka mahukan kuasa seperti orang dewasa walaupun masih dianggap mentah
Mereka perlukan tugas atau skop tanggungjawab seperti menteri kabinet.
Percayai mereka untuk melaksanakan skop tugas itu dengan sebaik mungkin dan pantau melalui meeting mingguan.
3. Mereka mahukan pemilikan hartabenda, ruang, privasi yang unik dan sama seperti orang dewasa walaupun mereja belum berharta/bekerja.
Mereka perlukan autoriti kepada skop kemampuan mereka secara berdikit dan bersesuaian
Trust -kunci kepada latihan bertanggungjawab ini.
Saya juga mahu memilikinya (gajet dll )....pemilikan ini bermula sejak usia 2 tahun.
4. Mereka mahukan sesuatu terjadi seperti yang mereka fikir boleh terjadi/berlaku.
Mereka perlu didengari.
Suara dan pendapat mereka dapat didengari, difahami dan dipertimbangkan.
Mereka ingat sesuatu boleh berlaku dengan mudah seperti mereka mahu ia terjadi. Maka selalulah tanya apa dalam fikiran dan perasaan mereka.
5. Mereka mahukan privasi kepada benda, ruang dan peristiwa yang mereka alami .
Mereka perlukan ruang peribadi yang selamat.
Trust - bila berlaku perkara tidak selamat, mereka akan beritahu kita.
Dulu ruang , benda mungkin berkongsi dengan adikberadik dan ibubapa..kini semua mahu privasikan
Kita perlu respon
Berdebat vs bekerjasama
Agar win- win(mereka dan kita)
Work together, bukan bertelagah tidak menghasilkan buah yang kita mahu..
Maznah Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan