Khamis, Mac 10, 2022

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0003)

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0003)

telah disebutkan sebelum ini hanyalah sebuah risalah, ia mengandungi 16 perkara yang merupakan metodologi Imam Tirmidzi dałam penyusunan Kitab Sunannya.

Erti 'Ilal 

Perkataan عِلَّل adalah kata jama bagi perkataan عِلَّة. la dari segi bahasa 'Arab bererti sebab, alasan, penyakit, kecacatan dan sebagainya. عَلَّل الشَّيْءَ bererti menerangkan sebab sesuatu.  عَلَّلَ الرَّجُلَ pula bererti mengubati penyakit seseorang. Sementara menurut istilah muhadditsin pula 'illat bererti kecacatan tersembunyi yang terdapat sama ada pada sanad atau matan hadits disebabkan waham perawi, menyebabkan sesuatu hadits kelihatan elok pada zahirnya, padahal ia mempunyai kecacatan atau penyakit. Kecacatan dan penyakit sesuatu hadits itu hanya dapat dikesan oleh pakar-pakar hadits melalui kajian menyeluruh terhadap saluran-saluran riwayatnya dan juga melalui petanda-petanda lain berpandukan usul dirayat hadits.

Definisi 'Illat Atau 'Ilal
Di bawah ini dikemukakan tiga definisi 'illat yang popular di kalangan para muhadditsin:
(١)هِيَ عِلَارَةٌ عَنْ سَبَبٍ غَامِضٍ خَفِىٍّ، قَادِحٍ فِى الحَدِيْثِ، مَعَ أَنَّ الظَاهِرَ السَّلَا مَةُ مِنْهُ
Bermaksud: 'Illat ialah sebab tersembunyi dan tidak mudah dikesan. la mencacatkan hadits, sedangkan zahirnya tidak bercacat.

Inilah definisi 'illat yang dipilih dan dikemukakan oleh kebanyakan 'ulama' hadits, seperti Ibnu as-Shalah, an-Nawawi, as-Sakhawi, az-Zarkasyi, as-Suyuthi dan lain-
lain.
(٢) الْعِلَّةُ عِبَارَةٌ عَنْ سَبَبَ غَامِضٍ يَدُلُّ عَلَى وَهُمِ الرَّاوِي سَوَاءٌ أَكَانَ الرَّاوي ثِقَةً أَمْ ضَعِيْفًا وَسَوَاءٌ أَكَانَ الْوَهْمْ فِيْمَا يَتَعَلَّقُ بِالْإِسْنَادِ أَمْ فِيْمَا يَتَعَلَّقُ بِالْمَتْنِ
Bermaksud: 'Illat ialah sebab tersembunyi yang menunjukkan waham (kekeliruan) perawi, sama ada ia tsiqah atau dan sama ada kekeliruannya berkenaan dengan isnad atau berkenaan dengan matan (teks hadits).

3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan