Ahad, Mac 27, 2022

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 018(0068)

Kecacatan('Ilal)hadis sesi 018(0068)

حدثنا ....... الزهرى
Bermaksud: Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada 'Amar bin Dinar, kata beliau: "Tidak pernah ku lihat siapa pun yang lebih hebat daripada [5] az-Zuhri dalam mengemukakan hadits marfu'
حدثنا.....كثير
Bermaksud: Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ayyub asSakhtiani, katanya: "Aku tidak tahu ada orang lain yang lebih alim daripada [6] Yahya bin Abi Katsir¹¹⁹ tentang hadits orang-orang Madinah selepas az-Zuhri

___________
selipar tuan?" Begitulah manusia, biar bagaimana kuat sekalipun ingatannya, ia tetap terlupa juga. Qataadah terlupa yang dia telah pun memakai selipar!¹¹⁸ [5] Az-Zuhri adalah contoh ke-lima tokoh hadits yang dikemukakan oleh Imam Tirmidzi. Nama sebenar az-Zuhri dan susur galur beliau adalah seperti berikut: Muhammad bin Muslim bin 'Ubaidillah bin 'Abdillah bin Syihaab. Beliau dikenali sebagai az-Zuhri kerana mempunyai pertalian dengan Bani Zuhrah yang merupakan salah satu cabang kaum Quraisy. Az-Zuhri dikenali dengan dua kuniah (nama panggilan), Ibnu Syihaab dan Abu Bakar. Beliau adalah salah seorang hafiz hadits dan imam mujtahid. Kehebatannya dalam bidang hadits diakui semua pihak. Meninggal dunia pada tahun 125 Hijrah. Oleh kerana az-Zuhri agak mesra dengan para khulafa' di zamannya, sesetengah orang menuduh beliau sebagai 'ulama' dunia atau 'ulama' pengampu dan upahan. Sedangkan gurunya 'Amar bin Dinar berkata, "Zuhri adalah seorang yang paling tidak mempedulikan wang ringgit. Dinar dan dirham pada pandangannya tidak lebih daripada tahi kambing saja." Bolehkah orang alim seperti ini dikatakan 'ulama' dunia atau 'ulama' upahan?
Perkataan    أَنَصَّ  yang disebut oleh 'Amar bin Dinar adalah isim tafdhil daripada  نَصَّ.  Ayat     نَصَّ الحَدِيْثِ  bererti memarfu'kan hadits iaitu mengemukakan hadits dengan sanad sampai kepada Nabi s.a.w. Az-Zuhri ingat sanad-sanad hadits marfu' dengan baik. 'Setiap hari sebelum tidur beliau akan mengulangi membaca hadits-hadits riwayatnya lengkap dengan sanad berdasarkan ingatannya. Riwayat-riwayat mursal beliau bagaimanapun dianggap dha'if


¹¹⁶[6] Yahya bin Abi Katsir at-Tha'i adalah contoh ke-enam tokoh hadits yang oleh Imam Tirmidzi. Beliau meninggal dunia pada tahun 129 Hijrah. Kata Syu'bah, "Yahya lebih banyak ingat hadits daripada az-Zuhri." Yahya bin sa'id al-Qatthaan bagaimanapUn menganggap hadits.hadits mursalnya sebagai dha'if. Beliau mengatakan, ia seperti angin(tidak boleh dipegang). Imam Ahmad Juga tidak suka dengan hadits-hadits mursalnya, kerana beliau meriwayatkan daripada perawi-perawi dhai'if.

68

Tiada ulasan:

Catat Ulasan