Rabu, April 06, 2022

Jami' Al-Tirmizi 0005

Jami' Al-Tirmizi 0005

Mempunyai Ingatan Luar Biasa 
Imam Tirmizi terkenal dengan ingatannya yang kuat. Kata Abu Sa`id al-Idrisi: 
“Ingatan Imam Tirmizi yang luar biasa itu telah dijadikan orang sebagai perumpamaan.” Boleh dikatakan semua penulis biografi Imam Tirmizi akan membawakan satu kisah di mana beliau pernah menerima hadits seorang syeikh yang terdiri daripada dua juzuk (risalah) melalui seseorang (perawi). Imam Tirmizi telah pun mencatit hadits syeikh berkenaan. Namun hati beliau masih belum puas 
menerima hadits seseorang syeikh dengan perantaraan begitu, dalam keadaan ia masih lagi hidup.⁴

Imam Tirmizi ingin sekali berjumpa dengan guru tersebut untuk menerima semula hadits beliau secara langsung.
Secara kebetulan beberapa lama selepas itu Imam Tirmizi bertemu dengannya di Mekah. Imam Tirmizi menyatakan hasratnya untuk mendengar secara langsung 
hadits-hadits yang disebutkan tadi daripadanya. Guru itu bersetuju dan mengarahkan Imam Tirmizi supaya mengambil risalah yang telah ditulisnya untuk diperiksa dan seterusnya diperbetulkan jika ada yang tidak tepat atau tersalah. 

Maka pergilah Imam Tirmizi mencari risalah itu. Tetapi malang sekali kerana beliau tidak menemuinya. Untuk tidak menghampakan harapan guru itu, Imam Tirmizi menggantikannya dengan dua buah buku yang kosong. Lalu sang guru mengarahkan Tirmizi supaya mendengar dengan teliti hadits-hadits yang akan dibacanya dan menyemaknya dengan apa yang ada di dalam buku beliau itu. Imam Tirmizi berpura-pura menulis apa yang didengarnya daripada guru tersebut. Akhirnya, 
sang guru itu sedar bahawa Imam Tirmizi sebenarnya tidak menulis apa-apa dan mendapati buku tadi masih kosong. Dia betul-betul naik marah dan menyangka Imam 
Tirmizi sebenarnya hendak mempermain-mainkannya sahaja (seolah-olah mahu memperli beliau). Imam Tirmizi kemudiannya menjelaskan kedudukan sebenar bahawa dia betul-betul mahu mendengar hadits, cuma buku yang asal tidak ditemuinya. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau telah pun dapat 
mengingati semua hadits-hadits yang dibaca oleh guru tadi.

Maka sang guru mengarahkan Imam Tirmizi supaya membaca hadits-hadits yang dibacanya sebelum itu. Imam Tirmizi pun membaca hadits-hadits tersebut 

_______________
⁴`Ulama’ hadits dahulu amat mementingkan sanad hadits yang lebih tinggi.

5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan