Jami' Al-Tirmizi 0006
berpandukan ingatan semata-mata hingga selesai semuanya. Guru itu kehairanan.
Tidak yakin dia bahawa Imam Tirmizi dapat mengingati hadits-hadits yang dibacanya
tadi dalam tempoh yang begitu singkat. Dia masih lagi ragu-ragu dan bertanya sama
ada Imam Tirmizi terlebih dahulu menghafal hadits tersebut sebelum berjumpanya.
Imam Tirmizi menafikannya. Untuk meyakinkan tuan syeikh, Imam Tirmizi meminta
beliau mencubanya dengan membacakan hadits-hadits yang hanya diketahui oleh
beliau sahaja, hadits-hadits yang tidak ada pada guru-guru hadits yang lain. Lalu guru
itu membaca sebanyak empat puluh hadits berserta sanadnya. Selesai sahaja dia
membacanya, Imam Tirmizi terus mengulangi apa yang dibaca olehnya tanpa ada
sedikit pun kesilapan. Akhirnya sang guru mengakui kehebatan ingatan Imam Tirmizi
yang luar biasa itu.⁵
Terdapat satu lagi peristiwa yang menunjukkan kehebatan ingatan Imam Tirmizi.
Semasa mudanya beliau pernah melalui suatu tempat di mana terdapat satu pokok
besar yang dahannya meluyut ke tanah dan memaksa orang yang hendak melalui jalan
itu menundukkan kepala mereka masing-masing. Apabila beliau telah tua dan pada
masa itu matanya sudah buta, beliau dibawa melalui tempat tersebut. Apabila sampai
di tempat tersebut Imam Tirmizi (kerana menyangka dahan tersebut masih ada),
mengarahkan semua orang yang melalui tempat itu agar menundukkan kepala supaya
tidak terkena dahan pokok tersebut. Imam Tirmizi lalu menundukkan kepalanya tetapi
orang-orang lain yang bersamanya tidak berbuat begitu. Selepas itu orang ramai
bertanya beliau mengapa beliau menundukkan kepala tadi. Beliau menjelaskan
bahawa terdapat dahan pokok besar yang menghalang jalan tersebut. Pokok itu tidak
adakah sekarang? Kalau tidak ada tentulah ia telah ditebang orang. Jawab orang-orang
yang bersama beliau, tidak ada pun pokok di situ. Kata Tirmizi, kalau benarlah di sini
tidak ada pokok dahulu, bererti ingatanku telah lemah. Dan aku tidak akan
meriwayatkan hadits lagi. Untuk mempastikan kebenaran apa yang disebut oleh Imam
Tirmizi tadi, orang ramai yang bersamanya itu bertanya kepada penduduk di sekitar
kawasan tersebut. Lalu penduduk di situ menjelaskan bahawa memang benar
dahulunya terdapat sebatang pokok besar di tepi jalan yang dahannya menghalang
⁵ Lihat Bustaan al-Muhadditsin m/s 121- Syah `Abdul `Aziz dan Muhadditsin `Izaam m/s
215-216- Dr. Taqiyyuddin Nadwi, Mazaahiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan