Halaman

Ahad, April 17, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 103(320-330)s3/4/22

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 103(320-33p)s3/4/22

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 103(320)

٥٥-باب مَا جَاءَ فِي بَوْلِ مَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ: 
55 - Bab Air Kencing Binatang Yang (Halal) Dimakan Dagingnya. 
- kita sudah bincang tentang air kencing binatang yag halal dimakan.

 ٧٢ - (وبه قال) حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُحَمَّدٍ الزَّعْفَرَانِيُّ (قال) حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِمٍ (قال) حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ (قال) حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ وَقَتَادَةُ وَثَابِتٌ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَاسًا مِنْ عُرَيْنَةَ قَدِمُوا الْمَدِينَةَ فَاجْتَوَوْهَا فَبَعَثَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي إِبِلِ الصَّدَقَةِ وَقَالَ اشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا فَقَتَلُوا رَاعِيَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا الْإِبِلَ وَارْتَدُّوا عَنْ الْإِسْلَامِ فَأُتِيَ بِهِمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ مِنْ خِلَافٍ وَسَمَرَ أَعْيُنَهُمْ وَأَلْقَاهُمْ بِالْحَرَّةِ قَالَ أَنَسٌ فَكُنْتُ أَرَى أَحَدَهُمْ يَكُدُّ الْأَرْضَ بِفِيهِ حَتَّى مَاتُوا وَرُبَّمَا قَالَ حَمَّادٌ يَكْدُمُ الْأَرْضَ بِفِيهِ حَتَّى مَاتُوا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَنَسٍ وَهُوَ قَوْلُ أَكْثَرِ أَهْلِ الْعِلْمِ قَالُوا لَا بَأْسَ بِبَوْلِ مَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ

72- Al-Hasan bin Muhammad az-Za`farāni meriwayatkan kepada kami, katanya: `Affān bin Muslim meriwayatkan kepada kami, katanya: Ĥammād bin Salamah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ĥumaid, Qatādah dan Tsabit meriwayatkan kepada kami 

(Jika tak mahu baca sanad, boleh kata Imam tirmizi dengan sanadnya telah meriwayatkan )

daripada Anas, beliau berkata: “Beberapa orang dari puak `Urainah⁶⁵¹ datang ke Madinah, lalu mereka tidak suka berada di Madinah.⁶⁵²  Maka Rasulullah s.a.w. pun mengirim mereka ke (tempat/ternakan) unta 

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 102(321)

zakat (hasil pungutan zakat). Beliau s.a.w. bersabda: “Minumlah kamu susu dan air kencingnya.”⁶⁵³  Lalu mereka membunuh penggembala⁶⁵⁴ Rasulullah s.a.w. dan menggiring (bawa lari)


Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 102(328)

unta-unta berkenaan serta murtad.⁶⁵⁵ Kemudian (setelah ditangkap) mereka dihadapkan kepada Nabi s.a.w., beliau memotong tangan dan kaki mereka secara bersilang, mata mereka (pula) dicelak dgn besi panas (paku besar yg 
dipanaskan dgn api)⁶⁵⁶  dan mereka dibuang ke Ĥarrah.”⁶⁵⁷ Anas berkata: “Aku 

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 103(329) 

Melihat salah seorang dari mereka jatuh tersungkur hingga pasir masuk ke dalam mulutnya, lalu mereka mati.” Kadang-kadang Ĥammād (bin Salamah)berkata: “Ia menggigit tanah dengan mulutnya, sehingga mereka semua mati.”⁶⁵⁸
 
Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 103(330)

Abu `Isa berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.⁶⁵⁹  Ia telah diriwayatkan daripada Anas bukan hanya melalui satu saluran riwayat sahaja. Itu adalah pendapat kebanyakan (majoriti) ahli ilmu, Mereka mengatakan: “Tidak mengapa dengan air kencing binatang yang boleh dimakan dagingnya.”⁶⁶⁰
Minit 7

_______________________
-tajuk tirmizi paling ringan dan jelas.
- ia murid imam Bukhari.
- perhatiankan tajuk 
باب مَا جَاءَ فِي بَوْلِ مَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ
Bab Air Kencing Binatang Yang (Halal) Dimakan Dagingnya. 

- kenapa tak sebut ketiadaan najis pada binatang yang halal dimakan dagingnya.
- sebab dia nak raikan pendapat lain yang bertentangan, jadi seperti gurunya imam bukhari.
- nak tau hukum kena rujuk hadits.
- nabi suruh minum susu unta dan air kencingnya.
- sudah maklum nabi saw tak suruh buat perkara haram.
- juga tak buat tajuk menunjukan air kencing itu najis juga.
Minit 14

Arif baca

⁶⁵¹ Di dalam sesetengah riwayat di tempat perkataan `Urainah ini tersebut perkataan `Ukl. Di dalam salah satu riwayat Bukhāri tersebut مِنْ عُكُلٍ وَعُرَيْنَة   dengan huruf wau 
`athaf di antara dua lafaz tersebut. Di dalam satu riwayat lain pula tersebut  مِنْ عُكُلٍ أَوْ عُرِيْنِة dengan lafaz syak (ْأَو)
Di dalam sesetengah riwayat pula tersebut: ْإِنَّ  رَهْطًا أَوْ  مِن عُكُلٍ ثَمَانِيَة (sekumpulan lapan orang puak `Ukl). 

Para `ulama’ berkata, sebenarnya mereka terdiri daripada lapan orang. Empat orang dari qabilah `Urainah, tiga orang dari qabilah `Ukl dan seorang lagi dari qabilah lain. 
Dengan mengatakan begitu semua riwayat-riwayat tentangnya dapat dijama' (diterima semuanya).

- syarah2 hadits sunan tirmizi, antaranya tuhfatul ahwazi kitabnya maarifussunan.


⁶⁵² Pada asalnya perkataan (اِجْتَوَى  (اَلْبَلَد bererti tidak suka berada di sesuatu negeri atau tempat kerana sesuatu sebab. Ada `ulama’ mengertikan اِجْتَوَوْهَا itu dengan “mereka mendapati keadaan kesihatan mereka tidak sesuai dengan cuaca Madinah”. Ada juga `ulama’ mengatakan اِجْتَوَوْهَا itu bererti mereka ditimpa semacam penyakit perut yang

320

dipanggil مَرَضُ الجَوَى  ,menyebabkan perut mereka menjadi kembung dan buncit luar biasa, mereka juga berasa amat dahaga. Mungkin juga ia penyakit busung. 

Berdasarkan satu riwayat Bukhāri, di tempat perkataan اِجْتَوَوْهَا itu tersebut perkataan اِسْتِوْخَمً المَكَانَ  اِسْتَوْخَمُوْا المَدِينَة 
bererti tidak selesa berada d sesuatu tempat atau mendapati sesuatu tempat tidak sesuai di diami.

⁶⁵³ Di sebalik potongan sabda Nabi s.a.w. ini terdapat dua hukum fiqh yang sangat luas perbincangannya. Para `ulama’ terbahagi kepada dua golongan dalam
menyimpulkan hukum daripadanya, iaitu hukum air kencing binatang yang dagingnya halal di makan. Adakah ia najis atau tidak? Dan hukum berubat dengan bahan-bahan
(ubat) yang haram.
- seolah2 hadits ini punca hukum dan khilaf

Pertama, berhubung dengan air kencing binatang yang dagingnya halal dimakan:

(1) Menurut Imam Malik, Sufyān ats-Tsauri, Muhammad bin al-Ĥasan asy-Syaibāni, Zufar, Aĥmad bin Ĥambal (menurut satu riwayat yang masyhur daripada beliau), al-Auzā`i, Ibnu al-Mundzir dan lain-lain, ia tidak najis, demikian juga tahinya. Itu juga pendapat tokoh-tokoh besar hadits seperti Bukhāri, Tirmidzi, Nasā’i, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Ĥibbaan dan lain-lain. Antara yang berpendapat demikian di kalangan para Tābi`īn ialah asy-Sya`bi, `Athā’, an-Nakha`i, az-Zuhri, Ibnu Sīrīn, al-Ĥakam dan lain-lain. Pendapat segolongan tokoh-tokoh besar dalam mazhab asy-Syāfi`e, seperti al-Ishtakhri, ar-Rūyāni dan lain-lain juga demikian.
- imam tirmizi pun kata tidak najis
Minit 28

(2) Menurut Imam Abu Ĥanīfah, asy-Syāfi`e, Abu Yusuf, Abu Tsaur, Ahmad bin Ĥambal (menurut satu riwayat yang lain daripada beliau), dan sekumpulan `ulama’ yang lain, semua air kencing najis. Sama ada air kencing manusia, air kencing binatang yang halal di makan atau yang tidak halal di makan. Demikian juga dengan tahinya. Hafiz Ibnu Hajar mengatakan ini adalah pendapat jumhur `ulama’.

- beberbeza dengan  imam tirmizi.

Imam Abu Hanifah bagaimanapun menganggap najisnya adalah najis ringan, disebabkan terdapatnya dalil-dalil yang membawa kepada timbulnya khilaf para fuqaha’ mengenainya.

Terdapat beberapa dalil berupa hadits yang menjadi pegangan Imam Malik dan orang-orang yang sependapat dengannya berhubung dengan ketidaknajisan air kencing binatang yang halal di makan. 

Antaranya:
(1) Hadits ke-72 di atas. Sabda Nabi s.a.w. berupa perintah terhadap puak-puak `Urainah dan `Ukl supaya mereka meminum susu dan air kencing unta itu adalah jelas. Kalau air kencing unta atau binatang yang halal di makan najis, tentu Nabi s.a.w. tidak akan menyuruh mereka meminumnya.

(2) Dalil kedua mereka ialah sabda Rasulullah s.a.w.: 
صَلُّوا فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ
Bermaksud:bersembahyanglah kamu di kandang kambing. (Hadits riwayat Bukhāri, Aĥmad, Tirmidzi, at-Thabarāni, Ibnu Ĥibbān, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain).

Sebagaimana diketahui umum, kandang kambing adalah tempat yang tidak terpelihara daripada air kencing dan tahi kambing dengan banyak sekali, walaupun begitu Nabi 
s.a.w. menyuruh juga para sahabatnya bersembahyang di situ. Kalau air kencing dan

321
نَهَى عَنِ الْمُثْلَةِ

tahi kambing memang najis, tentu Baginda tidak menyuruh mereka bersembahyang di kandang kambing. Hadits ini menunjukkan selain air kencing binatang yang halal 
dimakan, tahinya juga tidak najis. 

(3) Rasulullah s.a.w. sendiri berdasarkan riwayat anas bersembahyang di kandang kambing. Kata anas: 
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ كَانَ يصلى مَرَابِضَ الغَنَمِ
Bermaksud :Sesungguhnya Nabi s.a.w. selalu bersembahyang di kandang kambing. 
(Hadits riwayat Tirmidzi). 

Di dalam kebanyakan riwayat tersebut tambahan selepasnya  begini: ُقَبْلِ أَنْ يُبّنَى الْمَسْجِد
Bermaksud: Sebelum dibina masjid Nabi s.a.w. ini. 
(Lihat riwayat Bukhāri, Muslim dan lain-lain).

(4) Rasulullah s.a.w. bertawaf di Baitillah dengan menaiki untanya. Padahal unta mungkin saja kencing atau berak di mana-mana, termasuk di dalam masjid. Apabila Baginda tidak kisah terhadap kemungkinan itu, menunjukkan air kencing binatang yang halal dimakan atau tahinya tidak najis. Kalau ia najis, tentulah Nabi s.a.w. telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak memasukkan untanya ke dalam masjid. 

(5) Orang-orang Islam semenjak zaman Salaf lagi telah menggunakan lembu atau unta untuk mengirik bijirin mereka (supaya terpisah dari tangkainya). Semasa 
mengirik, bijirin selalu terdedah kepada air kencing atau tahi binatang seperti itu. Namun tidak ada pula larangan tentangnya. Semua ini menunjukkan air kencing dan 
tahi binatang yang halal di makan tidak najis.

(6) Segala benda pada asalnya hendaklah dianggap suci. Seseorang tidak harus menganggap sesuatu benda najis kecuali apabila ada dalil yang terang menunjukkan 
ia najis. Dalam masalah ini tidak ada dalil terang tentang najisnya air kencing dan tahi binatang yang halal di makan, sama ada berupa nas, ijmā` atau pun qias yang sahih.

(7) Berhubung dengan air kencing dan tahi binatang yang dagingnya tidak halal dimakan pula, kenapakah mereka membezakan hukumnya daripada hukum air kencing dan tahi binatang yang halal dimakan, dan kenapa mereka menganggapnya najis?

Pelajar Aminudin(Kangar) baca

Jawapan mereka ialah kerana adanya hadits-hadits tentang kenajisannya. Antaranya ialah:

(i) Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang memerintahkan supaya menjaga diri daripada terkena air kencing sendiri. Atau seperti hadits yang menceritakan ada orang yang
disiksa di dalam kuburnya kerana tidak memelihara diri daripada air kencing sendiri. Itu tidak kerana lain melainkan kerana kenajisannya. Hadits itu telah pun berlalu pada 
nombor 70 yang tersebut di bawah bab ke-53 sebelum ini.
Manusia adalah makhluk yang tidak halal dimakan. Hukum air kencing dan tahinya najis. Maka begitu juga dengan binatang-binatang lain yang tidak halal dimakan. 
Semuanya diqiaskan dengan manusia daripada segi `illat tidak halal dimakan.

(ii) Di dalam satu hadits tersebut bahawa ketika dibawakan kepada Rasulullah s.a.w. seketul tahi binatang yang telah kering untuk kegunaan beliau beristinja’, beliau
menolaknya dengan bersabda: إِنَّهِا رِكْسٌ ، إِنَّهَا رَوْثَةِ حِمَار  ،  
Bermaksud: Sesungguhnya ia kotor, ia adalah tahi himar (keledai). (Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah).

322

Nabi s.a.w. tidak mahu menerimanya dengan alasan ia kotor kerana ia tahi himar. Sabda Baginda ini kata mereka, menunjukkan air kencing dan tahi binatang yang tidak halal dimakan adalah najis.

Sekarang penulis kemukakan pula dalil-dalil dan hujah-hujah yang menjadi pegangan golongan `ulama’ yang mengatakan air kencing, tidak kira sama ada air kencing manusia atau binatang semuanya najis. Binatang itu pula sama ada yang halal dimakan atau tidak halal dimakan.

Demikian juga dengan tahi semua yang tersebut itu. Semuanya najis. 
Di bawah ini adalah hujah-hujah mereka:

(1) Salah satu ajaran pokok dalam agama Islam ialah menjaga kebersihan. Islam sangat menekankan kebesihan dalam segala perkara, baik dalam perkara zahir  mahupun batin. Akidah batil orang-orang musyrikin dikatakan kotor. Padahal ia adalah suatu yang tidak nyata kekotorannya. Allah berfirman: At-Taubah 9:28
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا۟ ٱلْمَسْجِدَ ٱلْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَاۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦٓ إِن شَآءَۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-
Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (at-Taubah:28).

(2) Berhubung dengan kebersihan zahir pula Allah berfirman: Al-Muddaththir 74:4 وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ 
Maksudnya: Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan (al-Muddattsir:4).

Allah juga berfirman:  إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah:222).



(3) Antara prinsip ajaran Islam ialah mengelakkan diri daripada segala bentuk kekotoran. Kerana kekotoran itu adalah suatu yang menjijikkan. Dan segala benda 
yang haram itu memang menjijikkan. Pada hakikatnya ia memang kotor. Sama ada baunya, rupanya atau rasanya, pasti tidak disukai pancaindera manusia yang normal.
Itulah sebabnya Islam mengharamkan persetubuhan pada ketika isteri sedang berhaidh. Kerana ia pada ketika itu dalam kekotoran. Padahal persetubuhan dengan
isteri pada asalnya dibenarkan. Begitu juga mendatangi isteri pada duburnya, ia dilarang kerana dubur sememangnya tempat yang kotor sepanjang masa. 
Allah berfirman: Al-Baqarah 2:222
وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْمَحِيضِۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَٱعْتَزِلُوا۟ ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلْمَحِيضِۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ 
 
Bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haidh. Katakanlah: “Darah haidh itu adalah suatu yang kotor (dan menjijikkan)”. Oleh

323

sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haidh itu, dan janganlah kamu hampiri 
mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang  sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah: 222).

Nabi s.a.w. bersabda:مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا
Bermaksud: Dila`nat (terkutuk) orang yang mendatangi isteri pada duburnya. 
(Hadits riwayat Aĥmad, Abu Daud dan an-Nasā’i). 

Nabi s.a.w. juga bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي مِنْ الْحَقِّ  لَا تَأْتُوا النِّسَاءَ فِي أَدْبَارِهِنَّ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak malu menyatakan kebenaran. Jangan kamu datangi isteri-isterimu pada dubur mereka. 
(Hadits riwayat ad-Daarimi, an-Nasā’i, Aĥmad, Ibnu Majah, at-Thabaarani dan lain-lain). 

(4) Hadits ke-72 inilah satu-satunya hadits yang dengan jelas mengandungi perintah Nabi s.a.w. supaya meminum air kencing unta. Orang-orang yang terlibat dalam
peristiwa ini sahaja yang telah menjunjung perintah Rasulullah s.a.w. itu, jika benar sekalipun ia memang merupakan perintah Baginda. Di dalam sejarah sahabat, tidak diketahui seorang pun daripada mereka meminum air kencing unta sebagai mengamalkan perintah Rasulullah s.a.w. itu. Sama ada sebagai tonik atau untuk tujuan-tujuan kesihatan yang lain. Apa yang diterima dan difahami 
oleh semua sahabat ialah meminum susu unta untuk merawat penyakit yang dideritai puak-puak berkenaan.

Menurut sesetengah `ulama’ penyakit yang dideritai mereka ialah penyakit busung. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam hadits itu. Ia semata-mata menggambarkan suatu peristiwa yang hukumnya hanya terbatas pada orang-orang tertentu sahaja. Hukumnya tidak melarat kepada orang-orang lain. Punca hukum seperti ini menurut Ilmu Usul Fiqh dipanggil وَاقِعَةُ حِال لا عُمُوم لها     

(5) Sabda Nabi s.a.w. yang dikemukakan oleh pengarang- pengarang kitab-kitab hadits daripada Abu Hurairah dan lain-lain sahabat yang saling menguatkan. Ia  menunjukkan air kencing secara umum, tidak kira sama ada air kencing manusia, air kencing binatang yang halal dimakan atau air kencing binatang yang tidak halal di makan, semuanya adalah najis. 

Lihat hadits yang dimaksudkan di bawah ini:
تَنَزَّهُوْا / اسْتَنْزِهُوا   مِنَ البَوْلِ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ القَبْرِمِنْهُ
Bermaksud: Peliharalah dirimu daripada (terkena) air kencing, kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya. 
(Hadits riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, ad-Daaraquthni dan al-Haakim).

Minit 45

Hadits ini dihukum sahih oleh Ibnu Khuzaimah, al-Haakim dan adz-Dzahabi.
Air kencing yang tersebut di dalam hadits ini merangkumi semua air kencing. Kerana ال yang ada   di permulaan perkataan الْبَول  ada yang  itu boleh saja dipakai sebagai istighrāqiyyah  yang memberi erti semua air kencing.
- bg orang yang kata khusus untuk manusia dia pakai hadits lain.

Termasuk di dalamnya air

324

kencing manusia, air kencing binatang yang haram dimakan dan juga air kencing binatang yang halal dimakan. Tidak ada tersebut di dalamnya pengecualian mana-mana air kencing pun.

(6) Golongan kedua yang terdiri daripada Imam Abu Hanifah, Syafi`e dan lain-lain itu berpendapat, air kencing semuanya najis, termasuk air kencing binatang yang halal di makan. Mereka meta’wilkan hadits ke-72 ini dengan beberapa ta’wilan berikut:

Minit 48

Ali Hanifa(sg  petani) baca
(i) Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu melalui wahyu bahawa puak-puak `Urainah dan `Ukl yang menderita penyakit itu tidak akan sembuh melainkan dengan meminum susu unta dan air kencingnya. Kerana itulah Baginda menyuruh mereka meminumnya. Mereka sebenarnya berada dalam keadaan dharurat. Orang-orang yang berada dalam keadaan dharurat seperti itu memang dibenarkan oleh Syari`at menggunakan sesuatu yang najis dengan maksud berubat dan merawat, termasuk juga meminum sesuatu yang najis seperti air kencing unta.
-kes ketika darurat bukwn keadaan biasa

(ii) Nabi s.a.w. sebenarnya tidak menyuruh mereka meminum air kencing unta. Apa yang disuruh Baginda ialah meminum susu unta dan menggunakan air kencing unta 
sebagai ubat luaran seperti menghidu baunya apabila berada di kawasan penternakan unta atau dengan melumurnya. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang memakai qaedah idhmār atau tadhmīn itu disalah faham oleh mereka. Padahal ia diguna secara meluas dalam bahasa `Arab. 

Umpamanya mereka (orang-orang `Arab) berkata:
عَلَفْتُهَا تِبْنًا وَمَاءً بَارِدًا
Bermaksud: Aku memberi makan kepadanya (unta) jerami dan air sejuk.

Kata-kata ini pada asalnya ialah:
عَلَفْتُهَا تِبْنًا وَسَقَيْتُهَا مَاءً بَارِدًا 
Bermaksud: “Aku memberi makan kepadanya (unta) jerami dan memberi minum kepadanya air sejuk.” 

Apa yang dibuangkan daripada ibarat asal sebelumnya ialah perkataan سَقَيْتُهَا

-qaedah idhmār atau tadhmīn; ajak kawan makan, maka secara tak langsung termasuk minum juga.
- nabi saw guna cara biasa yang digunakan masyarakat semasa itu.
-semalam sahih bukhari , nabi saw guna tasybih matlub
-qaedah idhmār atau tadhmīn, kaedah balagha yg tinggi.
-guna perkataan عَلَفْتُهَا dengan makna yang lebih merangkumi untuk kedua2 maful itu.
- kita pun juga guna kaedah ini, besuk pergi makan dirumah...makan shj kah?minum tak akan diberikan....
Minit 1jam

Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini اشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا

Ia sebenarnya adalah:اشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَاسْتَنْشِقُوا من أِبْوْالِهَا
Bermaksud: “Minumlah susunya dan hidulah bau air kencingnya.” Apa yang dibuangkan pada ibarat asalnya ialah perkataan  اسْتَنْشِقُوا . Penggunaan seperti ini memang lumrah dan meluas dalam bahasa `Arab.
-ini takwilan yang digunakan

Zul izi nordin (kedai Mulong)
(iii) Di dalam sesetengah saluran riwayat ini daripada Anas tidak tersebut pun perkataan air kencing (األبوال )sebagai sesuatu yang disuruh juga oleh Rasulullah s.a.w. supaya diminum mereka. Di dalamnya Beliau s.a.w. hanya menyuruh mereka meminum susu unta sahaja. 

Lihat sebagai contohnya hadits yang dikemukakan oleh 
at-Thaĥāwi melalui saluran riwayat `Abdullah bin Bakr as-Sahmi daripada Ĥumaid  daripada Anas di bawah ini: 

حدثنا بكار بن قتيبة قال حدثنا عبدالله بن بكر السهمي قال حدثنا حميد الطويل عنةأنس بن مالك رضي الله عنه قال قدم ناس من عرينة على رسول الله صلى الله صلى الله عليه وسلم المدينة فاجتووا فقال لو خرجتم إلى ذود لنا فشربتم من ألبانها
325

Bermaksud: Kata Anas, Sekumpulan orang dari puak `Urainah mengunjungi Rasulullah s.a.w. di Madinah. Lalu mereka mendapati keadaan kesihatan mereka tidak 
sesuai dengan cuaca Madinah. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalaulah kamu pergi ke tempat (ternak) unta-unta kami, niscaya kamu dapat meminum susunya.”

-ada hadits lain ini yang menyebut dengan jelas nabi saw suruh minum air kencingnya.
-keliru ?
-kemungkinan silap ada, tetapi yang banyak memang ada nabi saw suruh.


Berdasarkan riwayat ini, ada kemungkinan mereka sendiri yang meminum air kencing unta itu, lalu lantaran terkeliru dengan perbuatan mereka, dikatakanlah Rasulullah 
s.a.w. juga menyuruh mereka meminum air kencing unta.

- dalam riwayat Anas tiada sebut air kencing, sebut susu sahaja..

(iv) Sesetengah `ulama’ dari golongan kedua berpendapat, hadits ke-72 dan hadits-hadits seumpamanya telah mansukh. Ia dimansukhkan oleh hadits yang telah
dikemukakan pada poin (5) sebelum ini. Ia adalah satu hadits marfū` yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan lain-lain sahabat. 
Rasulullah s.a.w. dikatakan telah bersabda:
تنزهوا/ استنزهوا من البول فإن عامة عذاب القبر منه
Bermaksud: Peliharalah dirimu daripada (terkena) air kencing, kerana kebanyakan azab kubur berpunca daripadanya. 
(Hadits riwayat Ibnu Majah, ad-Daaraquthni dan al-Haakim).

Antara bukti hadits ke-72 itu telah dimansukhkan ialah peristiwa puak `Uraniyyīn dan `Ukl itu telah berlaku pada tahun ke-6 Hijrah, walaupun ahli-ahli sejarah berbeda 
pendapat tentang bulannya. Ada yang mengatakan pada bulan Jumadal Ula, ada yang berpendapat pada bulan Syawwāl dan ada pula yang berpendapat ia berlaku pada 
bulan Dzil Qa`dah.

Hadits Abu Hurairah itu pula disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-7 Hijrah. Ini kerana Abu Hurairah baru memeluk agama Islam pada tahun ke-7 Hijrah. 
Bererti salah satu syarat yang diperlukan untuk hadits nāsikh (memansukhkan) telahpun terdapat pada hadits riwayat Abu Hurairah itu, iaitu ia mestilah terkemudian 
daripada hadits yang dimansukhkannya.

Selain itu, di dalam hadits peristiwa puak `Uraniyyīn dan `Ukl itu terdapat semacam hukuman “mutslah” seperti mencelak mata dengan besi panas yang hanya telah
digunakan di peringkat permulaan pemerintahan Islam di Madinah sahaja, dan ia telah pun dimansukhkan kemudian oleh sekian banyak hadits. Salah satunya ialah hadits:
ان النبى صلى الله عليه وسلم نهى عن المُثْلَةِ
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang daripada (perbuatan) mutslah.

Hadits larangan Nabi s.a.w. daripada melakukan mutslah ini telah diriwayatkan daripada sekian ramai sahabat. Antaranya Anas bin Malik, Mughirah bin Syu`bah, Buraidah, `Imraan bin Ĥushain, Ibnu `Umar, Samurah bin Jundub dan lain-lain. Ia dapat anda temui di dalam kitab-kitab hadits seperti Sahih al-Bukhāri, Musnad Aĥmad, Sunan Abi Daud, Sunan at-Tirmidzi, Sunan an-Nasā’i, Sunan ad-Daarimi, Sahih Ibnu Hibbaan, Musnad al-Bazzaar, al-Mu`jam al-Ausath, al-Mu`jam al-Kabīr, al-Mu`jam as-Shaghīr, al-Mustadrak `Ala as-Shaĥīĥain, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain. 

Bagaimanapun ta’wilan ini tidak diterima oleh `ulama’ golongan pertama. Malah ramai juga `ulama’ dari golongan kedua tidak menyenanginya. Alasan mereka ialah tidak semestinya kalau sesuatu hadits itu diriwayatkan oleh seseorang sahabat seperti

326

Abu Hurairah yang memeluk agama Islam pada tahun ke-7 misalnya, maka hadits itu disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. kemudian. Kerana mungkin sekali hadits berkenaan disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. lebih dahulu lagi daripada apa yang disabdakan oleh Baginda apabila berlaku peristiwa puak `Urainah dan `Ukl yang dikatakan telah berlaku pada tahun ke-6 itu.

Cuma ia diriwayatkan oleh sahabat-sahabat seperti Abu Hurairah yang memeluk agama Islam pada tahun ke-7. Kemungkinan ia didengar oleh Abu Hurairah daripada
sahabat-sahabat lain yang telah mendengarnya sebelum tahun ke-6 tetap ada, dan beliau hanya meriwayatkannya secara mursal. Kesimpulannya ialah ta’wilan (i) dan (ii) yang telah dikemukakan sebelum ini nampaknya lebih kuat berbanding ta’wilan (iii) dan (iv) ini.

- mmay sendiri cenderung kepada pendapat yang kata najis sebab ini hanya satu hadits dan hadits  suruh jaga kebersihan pula sangat banyak.

(7) Hadits-hadits yang melarang daripada memakan daging atau meminum susu binatang yang memakan najis, yang disebut sebagai “al-jallālah” juga menjadi pegangan golongan kedua. Antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu `Umar, kata beliau:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ لُحُومِ الْجَلَّالَةِ وَأَلْبَانِهَا
Bermaksud: “Rasulullah s.a.w. melarang daripada memakan daging-daging binatang “jallālah” dan (meminum) susu-susunya.” 
(Hadits riwayat Aĥmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain).

Jallālah ialah binatang yang halal dimakan menurut Syara`, tetapi ia memakan najis-najis atau tahi-tahi binatang lain, termasuk juga tahi manusia. Sebab larangan bukanlah kerana ia tidak halal dimakan, tetapi kerana ia memakan najis atau tahi. Maka dapatlah difahami berdasarkan “Dalālatu an-Nash” bahawa air kencing dan tahi binatang yang halal dimakan juga najis. 

Berhenti disini 1jam 16 minit.

Dan kedua ialah hukum berubat dengan bahan-bahan (ubat) yang haram. Para `ulama’ juga berbeda pendapat tentang berubat dengan bahan-bahan atau benda-benda 
yang haram, adakah ia diharuskan atau tidak?
Dalam keadaan dharurat, di mana tanpa menggunakan sesuatu bahan yang haram nyawa pesakit terancam, tiada khilaf `ulama’ tentang keharusan menggunanya 
sekadar diperlukan.
Dalam keadaan tidak terancam nyawa pula, tetapi penggunaan ubat daripada bahan yang haram diperlukan, memang terdapat perbedaan pendapat `ulama’tentangnya. 

Imam Malik berpendapat harus secara mutlaq menggunakannya dalam keadaan ini. 
Imam Syafi`e pula berpendapat, berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang diharamkan tidak harus secara mutlaq. 
Imam Abu Hanifah dan muridnya Imam Muhammad juga sependapat dengan Imam asy-Syafi`e. 
Imam Baihaqi berpendapat, tidak harus berubat dengan segala benda yang memabukkan, tetapi harus berubat dengan benda-benda lain yang diharamkan. 
Imam at-Thaĥāwi juga berpendapat demikian.
Di kalangan Ĥanafiyyah, Abu Yusuf berpendapat, jika doktor yang pakar memutuskan pesakit tidak mungkin akan terlepas daripada penyakitnya tanpa diberikan ubat daripada bahan yang haram, maka haruslah dia berubat dengannya.

327

Hadits ke-72 ini merupakan salah satu dalil yang menjadi pegangan golongan pertama, bahawa air kencing unta atau binatang-binatang lain yang halal dimakan tidak najis, kerana itu tiada halangan berubat dengannya.Itulah sebabnya Nabi s.a.w. menyuruh mereka berubat dengannya. Jika ia najis atau sesuatu yang haram, tentu Nabi s.a.w. tidak akan menyuruh mereka meminumnya.

Kerana Baginda pernah bersabda:
إن الله تعالى لم يجعل شفاءكم فيما حرمةعليكم
Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penawar kamu pada apa yang diharamkanNya kepadamu.” 
(Hadits riwayat Abu Ya`la, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani, al-Haakim, al-Baihaqi dan lain-lain).

Orang-orang yang menganggap air kencing unta najis pula mengatakan hadits ke-72 ini membuktikan bahawa dalam keadaan dharurat berubat dengan sesuatu yang najis 
atau sesuatu yang diharamkan adalah diharuskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan