Halaman

Jumaat, April 15, 2022

K999.Mengira Apa yang Patut disyukurkan

K999.Mengira Apa yang Patut disyukurkan

Dalam keadaan tertekan, memang lumrah, minda kita akan dengan mudah activate pemikiran negatif (dalam istilah psikologi di sebut - automatic negative thoughts). Pemikiran negative ini pula biasanya datang dengan pattern yang sememangnya akan memburukkan lagi emosi. 

Contohnya pemikiran 'langsung  tak pernah' - aku ni langsung tak pernah happy, tak pernah senang, bahagia, cantik, pandai, kaya dan sebagainya. Walaupun secara statistiknya, ia mungkin tidak tepat (takkanlah keadaan yang membahagiankan/gembira langsung tak pernah hadir). namun disebabkan emosi yang bercelaru, pemikiran ini akan menguasai kita, dan kita dengan mudah mengakuinya. 

Akhirnya ia akan mula sedikit demi sedikit menghakis keyakinan diri, harga diri dan kita mula percaya bahawa kita memang 'ditakdirkan' hidup malang. 

Jika itu berlaku pada kita, cuba tarik nafas dalam-dalam dan tadabbut ayat ini

Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)? 

Ayat ini meyampaikan arahan yang sangat spesifik dari Allah - kenaglah, ingatkan, carilah sampai jumpa - nikmat yang Allah kurniakan. Pasti kita akan jumpa. 

Sebab itu antara teknik dalam terapi emosi yang juga boleh diamalkan adalah menyediakan gratitude journal - jurnal kesyukuran, yang mana kita tulis setiap hari untuk mengenang kembali perkara yang baik, yang patut disyukuri dalam hidup - sekalipun kecil. 

Dr Rozanizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan