Di Sepanjang Malam Aku Berdoa, Bersujud Dan Meminta..
Dalam surah Al-Ma'arij ayat 19 Allah menyatakan dua sifat manusia - keluh kesah dan bakhil.
Ayat berikutnya (22-34) diikuti dengan satu persatu pengecualian, iaitu sifat dan tabiat mereka yang akhirnya tidak akan bersifat keluh kesah lagi bakhil ini.
Secara ringkasnya ada sembilan.
1. Mengerjakan solat
2. Istiqamah dalam mengerjakan solat
3. Bersedeqah pada orang lain
4. Mempercayai hari pembalasan
5. Takut kepada azab Allah
6. Menjaga kemaluan
7. Memelihara amanah dan janji
8. Tetap dengan penyaksiannya
9. Memelihara solat
Apa yang lebih menarik, 3 daripadanya Allah menyentuh tentang solat.
Begitulah kedudukan pemeliharaan jiwa atau protective factors yang penting dalam menghindarkan manusia dari ujian emosi.
Perlu difahami, penyakit mental tidak berlaku akibat seseorang itu lemah iman. Ini kerana penyakit mental berlaku akibat pelbagai faktor yang saling berinteraksi- biologi, psikologi dan sosial.
Namun, dalam masa yang sama, kita perlu memahami peranan spiritual domain yang terbukti menyumbang sebagai faktor pelindung kepada tekanan emosi dan psikologi.
Jadi sempena Ramadhan yang mulia ini, sama-sama kita manfaatkan untuk memperbaiki amalan, memperteguh kekuatan spiritual agar kesihatan mental kita lebih baik.
#mindfultadabbur
Dr Rozanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan