Halaman

Rabu, April 20, 2022

Kitab ilal 01-15 0005

Kitab ilal 01-15 0005

mutqaddimin tidak memulakankannya dengan tasmiah بسم الله الرحمن الرحيم pun. Sanadnya juga tidak tersebut di pemulaan kitab itu kecuali dalam edisi cetakan India dan Pakistan. Edisi  Arab yang digunakan oleh Ibnu Rajab untuk mensyarahkannya juga tidak bersanad.

Bagaimanapun dicelah-celah perbincangan Imam Tirmidzi di dalam Kitab al 'llalnya itu tetap juga ada di sana sini isyarat-isyarat kepada perbincangan ilmu 'llal. Agaknya itulah sebabnya ia juga terkenal dengan nama Kitab al-'llal.



Sanad Kitab Al 'llal Berdasarkan Edisi Cetakan India Dan Pakistan

Perkara Pertama
Semua hadits dalam Jaami'Tirmizi dipakai kecuali dua hadit sahaja.

قال أبو حفص عمر بن طبرزد البغدايًّ أخبرنا الكروخيّ قال أنا القضي أبو عامر الأزي والشيخ الغوْرجِيُّ وأبو المُظفَّرِ الدِّهَّان قالوا نا أبو مُحَمَّد الجَرَّاحِيّ نا أبو العباس المَحْبوبيِّ قال أخبرنا أبو عسى التِّمِيذِيُّ
Bermaksud: Abu Hafsh 'Umar bin Thabarzad al-Baghdadi ¹ meriwayatkan, katanya: al-Karukhi² meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Qadhi Abu 'Aamir al-Azdi,³ Syeikh al-Ghuraji⁴ dan Abul Muzhaffar ad-Dahhaan⁵ meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Abu Muhammad al-Jarraahi⁶ meriwayatkan kepada kami, katanya: Abul 'Abbaas al-Mahbubi⁷ meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu 'Isa at-Tirmidzi⁸ meriwayatkan kepada kami:


_______


¹ Beliau ialah Abu Hafsh 'Umar bin Muhammad bin Thabarzad al.Baghdadi r.a. (561-608H). 

² Nama dan nasab al-Karukhi sepenuhnya ialah 'Abdul Malik bin 'Abdillah Abu Hafsh alKarukhi al-Hirawi r,a. (462-548H).

³ Beliau ialah Abu 'Aamir Mahmud bin al-Qasim al-Azdi al-Muhallabi asy-Syafi'e r.a (400-487H)

⁴Nama dan nasab al-Ghuraji selengkapnya ialah Abu Bakar Ahmad bin 'Abdis Shamad al-Ghuraji r.a, (m.481)

⁵ Beliau ialah Abul Muzhamar 'Ubaidullah bin 'Ali ad-Dahhaan r.a.

⁶ Nama dan nasab serta nisbah Abu Muhammad al-Jamaahi selengkapnya iatah Abu Muhammad Ábdul Jabbaar al-Jarraahi al-Marzubaani al-Marwazi ra. (m331-461H).

⁷Beliau ialah Abul  Abbas  Muhammad bin Ahmad bin Mahbub al-Marwazi al-Mahbubi r.a. (m.346H),

⁸ Nama dan nasab Abu (Imam at-Tirmidzi) selengkapnya ialah Abu lsa Muhammad bin 'Isa bin Musa bin Saurah at-Tirmidzi r.a. (209-279H). Beliaulah pengarang Kitab al.' llat íni.

5





5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan