Halaman

Rabu, April 20, 2022

Kitab ilal 01-15sssP06 2

Kitab ilal 01-15sssP06 2
Bermaksud : Kata Abu Isa at-Tirmidzi,
1- Muhamad bin Ismail (Imam Bukhari ) meriwayatkan kepada ku , katanya  Muhamad bin Yahya bin Said al-Qattaan meriwayatkan  kepada kami, katanya  :ayahku meriwayatkan kepadaku, katanya:Aku  telah bertanya Sufyan ats-Tsauri ,Syu'bah  Malik bin Anas dan Sufyan bin U'yainah tentang perawi tertuduh atau ada padanya kelemahan, adakah aku perlu mendiamkan diri (daripada memperkatakan sesuatu mengenainya) atau perlu aku terangkan (kepada orang ramai tentangnya)?' Jawab mereka, "Terangkanlah.⁴³

Bermaksud: Kata Abu Isa at-Tirmidzi, 
2- Muhammad bin Rafi' an-Naisaburi meriwayatkan kepadaku, katanya: Yahya bin Adam meriwayatkan kepada kami, katanya: "Pernah dikatakan kepada Abu Bakar bin 'Ayyaasy, "Sesungguhnya ramai orang duduk mengajar, maka ramailah pula orang-orang duduk menghadapnya (untuk belajar). Padahal yang duduk mengajar itu tidak berkelayakan pun." Kata Yahya bin Adam, "Maka berkatalah Abu Bakar bin 'Ayyaasy: "Setiap orang yang duduk mengajar, akan adalah orang duduk menghadapnya untuk belajar. Cuma pejuang Sunnah apabila mati, Allah akan menghidupkan namanya (dia akan dikenang orang).
Ahli bidâ ah pula tidak akan disebut.⁴⁴


Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi, 
3- Muhammad bin 'Ali bin al-Hasan bin Syaqiq meriwayatkan kepada kami, katanya: an-Nadhr bin Abdillah bin al-Asham meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma'il bin Zakariya meriwayatkan kepada kami daripada 'Aashim (al-Ahwal) daripada Ibni Sirin, kata beliau: ”Di zaman permulaan Islam orang ramai tidak bertanya pun tentang isnad. Tetapi setelah berlaku fitnah,⁴⁵ baru mereka bertanya tentangnya untuk mereka ambil hadits ahli as-Sunnah dan meninggalkan hadits ahli biďah.⁴⁶

Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi, 
4- Muhammad bin 'Ali bin al-Hasan berkata, aku telah mendengar 'Abdaan berkata, kata 'Abdullah bin al-Mubarak: ”lsnad itu di sisiku adalah sebahagian daripada agama. Jikalau tidak ada isnad, niscaya berkatalah sesiapa sahaja apa saja yang dikehendakinya. Tetapi kalau ia ditanya, ”Siapa menceritakan kepadamu?, ia akan tercengang!”⁴⁷


Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi, 
5- Muhammad bin 'Ali meriwayatkan kepada kami, katanya: Hibbaan bin Musa meriwayatkan kepada kami, katanya: ”Pernah disebut kepada 'Abdullah bin al-Mubarak satu hadits. Maka beliau berkata: ”Untuk hadits ini diperlukan tiang-tiang daripada batu-bata (yang kuat)".⁴⁸ Kata Abu 'Isa , maksud Ibnu al-Mubarak dengan kata-katanya itu ialah isnadnya dha'if.


Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi, 
6- Ahmad bin 'Abdah meriwayatkan kepada kami, katanya: Wahab bin Zam'ah meriwayatkan kepada kami daripada 'Abdillah bin al-Mubarak: bahawa beliau tlh meninggalkan hadits 
(1) Hasan bin 'Umaarah,⁴⁹ 
(2) Hasan bin Dinaar, ⁵⁰ 
(3) Ibrahim bin Muhammad al-Aslami,⁵¹ 
(4) Muqatil bin Sulaiman,⁵² 
(5)Utsman al-Burri,⁵³
(6) Rauh bin Musafir,⁵⁴
(7) Abu Syaibah al-Waasithi⁵⁵
(8) 'Amar bin  Tsabit ⁵⁶    
(9) Ayyub bin Khauth,⁵⁷ 
(10) Ayyub bin Suwaid,⁵⁸
(11)Nashr bin Tharif Abi Jaz'in⁵⁹
(12)Al-Hakam⁶⁰ dan 
(13)Habib .⁶¹ 
Ibnu al-Mubarak pernah meriwayatkan hadits al-Hakam di dalam kitab az-Zuhd Wa ar-Riqaaq. Kemudian beliau meninggalkannya (tidak menerima riwayatnya).⁶² Habib,  aku tidak pasti (siapa orangnya).⁶³

Bermaksud: Abu 'Isa at-Timidzi berkata, 
7- Kata Ahmad bin 'Abdah: Aku juga mendengar 'Abdaan berkata: 'AbduIlah bin al-Mubarak dahulu membaca hadits-hadits Bakr bin Khunais. Tetapi kemudian, apabila sampai kepada hadits-haditsnya, beliau meninggalkannya dan tidak menyebutnya lagi.⁶⁴

Kata Abu Isa at-Tirmidzi, 
8- Ahmad meriwayatkan kepadakan katanya: Abu Wahab meriwayatkan kepada kami, katanya: "Orang ramai nama seorang laki-laki yang tertuduh dalam meriwayatkan hadits. Terus Ibnu al-Mbarak berkata, "Aku menjadi perompak lebih baik lagi daripada aku meriwayatkan  hadits daripadanya."

Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi, 
9- Musa bin Hizaam meriwayatkan kepadaku, katanya: Yazid bin Harun meriwayatkan kepada kami, katanya: ”Tidak halal kepada seseorang meriwayatkan (hadits) daripada Sulaiman bin 'Amar an-Nakha'i al-Kufi."⁶⁵

Bermaksud: Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi, 
10- Mahmud bin Ghailan meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Yahya al-Himmaani meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku mendengar Abu Hanifah berkata: "Tidak pernah aku melihat sesiapa pun yang lebih pendusta daripada Jabir al-Ju'fi⁶⁶ dan (tidak pernah juga aku melihat sesiapa pun yang) lebih mulia (kerana berilmu) daripada 'Athaa' hin Abi Rabaah kata Abu 'Isa, aku mendengar at-Jaarud berkata, aku mendengar Waki' berkata: Jikalau tidak ada Jabir al-Ju'fi niscaya penduduk Kufah (hidup) tanpa hadits. Dan jikalau tidak ada
Hammad, niscaya penduduk Kufah (hidup) tanpa fîqh.⁶⁷

Bermaksud.Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi, 
11- Dan aku mendengar Ahmad bin al-Hasan berkata "Pernah  kami berada di samping Ahmad bin Hambal. Lalu mereka berbincang siapakah yang wajib ke atasnya sembahyang Juma'ať? Maka mereka menyebutkan pendapat sesetengah ahli ilmu dari kalangan Tabi'in dan lain-lain. Lantas aku berkata "Ada hadits Nabi s.a.w. berhubung dengan perkara ini."   Ahmad terus mencelah dengan katanya,  "Daripada Nabi s,a.w..?" Jawabku. "Ya, Hajjaaj bin Nushair dengan katanya,meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Mu'aarik bin 'Abbaad meriwayatkan kepada kami daripada 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi daripada ayahnya daripada Abi Hurairah, kata beliau:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang Juma'at itu wajib ke atas orang yang sempat pulang ke rumahnya sebelum masuk waktu malam." Ahmad bin Hasan berkata, "Maka marahlah Ahmad bin Hambal kepadaku. 

Dan beliau berkata, "Beristighfarlah engkau kepada Tuhanmu! Beristighfarlah engkau kepada Tuhanmu!" 
Sebanyak dua kali beliau berkata begitu. Sebabnya Ahmad bertindak demikian ialah kerana beliau tidak membenarkan hadits itu daripada Nabi saw, lantaran lemah isnadnya. Beliau juga tidak mengetahuinya daripada Nabi saw. 

Hajaaj bin Nushair dianggap dha'if dalam hadits. 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi pula dikatakan dha' if sangat dalam hadits oleh Yahya bin Sa'id al-Qatthaan.⁶⁸

Tiada ulasan:

Catat Ulasan