Kitab ilal 01-15sssP06 3
⁴³ Atsar yang dikemukakan oleh Tirmidzi ini telah diriwayatkan oleh Bukhari di permulaan Kitab ad-Dhu'afa'nya.
Imam Muslim di dalam Muqaddimah Sahihnya juga mengemukakannya menerusi saluran riwayat 'Amar bin 'Ali al-Fallaas daripada Yahya bin Sa'id, kata beliau: "Aku telah bertanya Sufyan ats-Tsauri, Syu'bah, Malik dan Ibnu 'Uyainah tentang perawi yang tidak kuat dalam hadits dan ditanya orang tentangnya?" Jawab mereka: "Ceritalah tentang dia bahawa dia tidak kuat." la juga diriwayatkan oleh Abu Bakar an-Najjaad, katanya: Ja'far bin Muhammad as-Sha'igh meriwayatkan kepada kami, katanya: 'Affaan meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa'id meriwayatkan kepada kami, katanya: "Aku telah bertanya Sufyan ats-Tsauri, Syu'bah, Malik bin Anas dan Sufran bin 'Uyainah tentang perawi tertuduh dalam hadits atau dia tidak ingat hadits?" Jawab mereka: "Ceritalah keadaannya kepada orang."
Imam Ahmad juga turut meriwayatkan atsar yang sama ma'na dengannya daripada 'Affaan.
(Lihat Muqaddimah Sahih Muslim m/s 13 dan
al-Kifayah m/s43).
Kata Ya'qub bin Syaibah, Musa bin Manshur meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Salamah al-Khuz'i meriwayatkan kepadaku, katanya: "Aku telah mendengar Hammaad bin Salamah, Malik bin Anas dan Syarik bin 'Abdillah berkata tentang orang yang meriwayatkan hadits, "Ceritalah tentangnya."
Maksud mereka ialah ceritalah tentang lemah atau kuatnya, benar atau dustanya. Perawi berkata, "Kata Syarik, bagaimana kita akan mengetahui lemah atau kuatnya seseorang perawi kalau kita tidak diceritakan tentangnya?"
⁴⁴ Maulana Rasyid Ahmad Ganggohi di dalam Syarah Tirmidzinya yang bernama al-Kaukabu ad-Durri menghuraikan maksud kata-kata Abu Bakar bin 'Ayyaasy ini dengan katanya, ”Ahli ilmu hendaklah menjauhi muhaddits jadian seperti itu. Hadits-haditsnya janganlah diterima. Ahli ilmu hendaklah memberitahu kepada orang ramai tentang hakikatnya yang sebenar, supaya mereka tidak terpedaya dengannya. Ajarannya yang salah juga jangan dibiarkan tersebar.”
Apa yang disebut oleh Abu Bakar bin 'Ayyaasy ini tepat sekali dengan firman Allah berikut:
فَأَمَّا ٱلزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَآءًۖ وَأَمَّا مَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ فَيَمْكُثُ فِى ٱلْأَرْضِۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ
Maksudnya: ... Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; dan adapun sesuatu yang memberi menafa'at kepada manusia, maka akan tetaplah ia di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. (ar-Ra' d: 17)
Ar-Ra'd 13:17
أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌۢ بِقَدَرِهَا فَٱحْتَمَلَ ٱلسَّيْلُ زَبَدًا رَّابِيًاۚ وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِى ٱلنَّارِ ٱبْتِغَآءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَٰعٍ زَبَدٌ مِّثْلُهُۥۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْحَقَّ وَٱلْبَٰطِلَۚ فَأَمَّا ٱلزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَآءًۖ وَأَمَّا مَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ فَيَمْكُثُ فِى ٱلْأَرْضِۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ
Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah ia (air) di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti (buih arus) itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan tentang yang benar dan yang batil. Adapun buih, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada gunanya; tetapi yang bermanfaat bagi manusia, akan tetap ada di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan.
Muhaddits jadian yang terdiri daripada ahli biďah itu memanglah sesuai dengan perumpamaan buih yang dibuat oleh Allah di dalam ayat al-Qur'an ini.
⁴⁵ Maksud setelah berlaku fitnah ialah setelah berlaku perang Shiffin. Selepas perang Shiffin timbullah fahaman Syi'ah, Nashibiyyah dan juga Kharijiyyah. Seruan kepada masing-masing fahaman tersebut mula disebarkan. Para sahabat yang masih hidup pada ketika itulah antara yang bertanggungjawab meletakkan asas isnad hadits. Merekalah generasi yang mula bertanya dan memeriksa ttg perawi-perawi hadits.
⁴⁶ Ahli biďah yang dimaksudkan di sini ialah ahli bid'ah dalam bab akidah yang mana biďahnya membawa kepada kekufuran dan pemahaman yang batil dalam agama. Atsar Ibnu Sirin yang dikemukakan oleh Tirmidzi ini dikemukakan juga oleh Muslim di dalam Muqaddimah Sahihnya daripada Abu Ja' far Muhammad bin as-Shabbaah al-Bazzaaz daripada Ismail bin Zakariya daripada 'Aashim al-Ahwal daripada Ibni Sirin. Lafaznya adalah seperti berikut:
قَالَ لَمْ يَكُونُوا يَسْأَلُونَ عَنْالْإِسْادِ فَلَمَّ وَقَعَتْ قَالُو سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِثُهُمْ وَيُنْظَرُ إِلَىالْبِدَعِ فَلَا يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ١.
Kata beliau (Ibnu Sirin): "Mereka dahulu tidak bertanya tentang isnad. Setelah berlaku fitnah baru mereka berkata, "Sebutkan nama perawi-petawi kamu kepada kami. Lalu dilihat, perawinya dari kalangan ahli as-Sunnah maka haditsnya diterima. Dan kalau perawinya kalangan ahli bid'ah pula, maka haditsnya tidak diambil (tidak diterima)," (Sahih Muslim m/s 34).
Khathib al-Baghdadi juga di dalam al-Kifayah turut meriwayatkannya daripada Ahmad bin Saiyyaar, katanya: an-Nadhr bin 'Abdillah. Abu 'Abdillah al-Asham meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma'il bin Zakariya meriwayatkan kepadä kami....
Beliau (Khathib al-Baghdadi) juga meriwayatkannya menerusi saluran riwayat Muhammad bin Humaid ar-Razi daripada Jarir daripada 'Aashim daripada Ibni Sirin... (Lihat al-Kifayah Fi'llmi ar-Riwayah m/s122).
Ibnu Sirin adalah orang yang mura-mula memberi perhatian khusus dalam mengkritik perawi-perawi. Beliaulah orang yang mula-mula membezakan antara perawi tsiqah dan tidak tsiqah. Diriwayatkan menerusi beberapa saluran rivtayat bahawa beliau berkata:
إِنَّ هَذَا العِلْمِ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ
Bermaksud: "Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Oleh itu kamu hendak!ah melihat daripada siapa kamu mengambil agamamu."
Di dalam satu riwayat lain beliau dilaporkan berkata:
إِنَّ هَذَا الحَدِيثَ دِينٌ فَانْظُرُوا الرِّجُلُ عَمَّنّ يَأْخُذُ دِيْنِهُ
Bermaksud: "Sesungguhnya hadits ini adalah agama. Maka seseorang itu hendaklah melihat dari siapakah dia mengambil agamanya"
Kata Ya'qub bin Syaibah, pemah aku bertanya kepada Yahya bin Ma'in: "Adakah kamu mengetahui sesiapa dari kalangan Tabi'in yangg memilih perawi-perawi sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Sirin. Beliau menggeleng kepala mengisyaratkan kepada tidak ada, Kata Ya'qub lagi, aku pernah mendengar 'Ali bin al-Madini berkata: "Tidak kita ketahui ada sesiapa mendahului Muhammad bin Sirin dalam mengkaji hadits dan memeriksa isnad. Kemudian itu barulah Ayyub, Ibnu 'Aunt Syu'bah, Yahya bin Sa'id dan 'Abdur Rahman." Aku bertanya 'Ali: "Malik bin Anas. Jawab beliau: "Sufyan bin 'Uyainah menceritakan kepadaku. kata beliau: Alangkah teliti dan tegasnya Malik dalam menilai dan memilih perawi-perawi."
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Nuh daripada A'masy daripada Ibrahim, kata beliau: "Isnad baru ditanya setelah munculnya al-Mukhtar.
Sebabnya ialah di masa itu dia banyak berdusta atas nama 'Ali, sebagaimana diriwayatkan oleh Syarik daripada Abi Ishaq, kata beliau: "Aku mendengar Khuznimah bin Nashr al-'Absi yang salah seorang sahabat 'Ali r.a, berkata di zaman fitnah al-Mukhtar. ketika mana dusta begitu berleluasa: "Apalah yang telah dilakukan oleh mereka ini (al-Mukhtar dan pengikut-pengikutnya)! Berapa ramai orang baik-baik telah mereka cacatkan dan berapa banyak pula hadits telah mereka rosakkan?!
Yunus meriwayatakan daripada Abi Ishaq daripada Shilah bin Zufar al-'Absi. kata beliau: "Semoga Allah membinasakan al-Mukhtar! Berapa ramai pengikut sebenar 'Ali telah dirosakkannya dan berapa banyak pula hadits telah dimusnahkannya." Beliau (Shilah bin Zufar al-'Absi) juga berkata: "Al-Mukhtar memberikan seribu dinar dan dua ribu dinar kepada orang-orang yang bersedia mereka hadits untuk menguatkan kedudukannya".
Al-Mukhtar bin Abi 'Ubaid ats-Tsaqafi adalah seorang pendusta besar dari kalangan Bani Tsaqif. Dia berpura-pura minat kepada Ahlul Bait dan membela mereka. Untuk
mempopularkan seruan dan ajarannya dia memilih jalan mereka hadits. Dia akhirnya telah menda'wa dirinya sebagai seorang nabi dan terbunuh pada tahun 67 Hijrah. Az-Zahabi di dalam Mizan al-l'tidaal berkata: "Tidak boleh diriwayatkan apa-apa daripadanya, kerana dia seorang yang sesat lagi menyesatkan. Dia menda'wa Jibril turun dengan membawa wahyu kepadanya.
Masalah Meriwayatkan Hadits Daripada Ahli Bid'ah.
Para ulama' berbeda pendapat dalam masalah meriwayatkan hadits daripada ahli bid'ah dari dahulu hingga sekarang. Segolongan ulama' melarang meriwayatkan hadits daripada mereka.
Inilah yang dinukilkan daripada Ibnu Sirin, Malik, Ibnu 'Uyainah, al-Humaidi, Yunus bin Abi İshaq, 'Ali bin Harb dan lain-lain. Abu Ishaq al-Fazaari meriwayatkan daripada Zaa'idah daripada Hisyam daripada al-Hasan, kata beliau: "Jangan kamu dengar (menerima hadits) daripada ahli bid'ah. Demikianlah dikemukakan oleh Ibnu Abi Haatim. (Lihat ibnu Rajab Syarh 'llal at-Tirmidzi m/s 539 Ibnu Abi Haatim al-Jarh Wa at-Ta'dil j.2 m/s 33).
Segolongan 'ulama' pula membenarkan meriwayat hadits daripada mereka, jika mereka tidak tertuduh berduşta. Antara tokoh yang dinukilkan berpendapat demikian ialah Abu Hanifah, Syaffi'e, Yahya bin Sa'id dan 'Ali bin al-Madini. Kata 'Ali bin al-Madini: "Jika ditinggalkan penduduk Bashrah kerana fahaman Qadar dan penduduk Kufah kerana Syi'ah mereka, niscaya robohlah kitab-kitab.” Maksud beliau ialah niscaya hilanglah hadits. (Lihat alKhathib — al-Kifayah mis 129).
Segolongan yang lain pula membezakan antara ahli bid'ah yang menyeru orang kepada bid'ahnya dan yang tidak menyeru orang kepada bid'ahnya. Mereka hanya menegah meriwayatkan hadits daripada ahli bid'ah yang menyeru orang kepada bid'ahnya. Adapun yang tidak menyeru kepada bid'ahnya, maka tidaklah ditegah meriwayatkan hadits daripadanya. Antara tokoh ulama' yang berpendapat demikian ialah Ibnu al-Mubarak, Ibnu Mahdi, Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Ma'in. Malik juga ada dinukilkan berpendapat demikian.
Golongan ulama' yang melarang meriwayatkan hadits daripada ahli bid'ah mempunyai tiga alasan berikut:
(i) Kerana bagi mereka, ahli bid'ah itü sama ada telah menjadi kafir atau fasiq kerana bid'ahnya. Menurut sesetengah ulama' pula di sini masih terdapat perincian. Bukan semua ahli bid'ah ditolak riwayatnya.
Ahli bid'ah yang bid'ahnya menyebabkan jadi kafir sahaja yang disepakati tidak boleh diterima riwayatnya oleh sekalian ulama'. Adapun ahli bid'ah yang bid'ahnya tidak sampai ke peringkat kekufuran, maka riwayatnya masih boleh diterima dengan syarat ia tidak menyeru orang lain kepada bid'ahnya atau riwayatnya tidak menyokong fahamannya.
(Lihat perbincangan berhubung dengan masalah ini di dalam Tadrib ar-Raawi mis 216, Laqthu ad-Durar Hasyiah Nuzhatu an-Nazhar mis 89-90),
(ii) Walaupun kita tidak mengkafir atau memfasiqkan Ahli bid'ah, namun mereka perlu sekali dihina, dipulau dan dihukum sekurang-kurangnya dengan tidak menerima riwayat mereka dan seterusnya tidak meriwayatkan hadits-hadits mereka kepada orang-orang lain.
(iii) Golongan ahli bid'ah bagaimana akan dipercayai tidak berbohong dan terpelihara daripada duşta, terutamanya apabila riwayat yang dikemukakan mereka sememangnya menyokong bid'ah yang menjadi anutan mereka.
Abu 'Abdir Rahman al-Muqri' meriwayatkan daripada Ibnu Lahi'ah bahawa beliau mendengar seorang ahli bid'ah yang telah meninggalkan bid'ahnya berkata: "Perhatilah daripada siapa kamu mengambil hadits. Kerana kami dahulu memang mereka hadits untuk menyokong fahaman kami.”
Al-Mu'aafa meriwayatkannya daripada Ibnu Lahi'ah daripada Abi al-Aswad, katanya: Al-Mundzir bin al-Jahm meriwayatkan kepadaku. Lalu beliau menyebutkan rawayat tadi. 'Ali bin Harb berkata, "Sesiapa yang boleh tidak menulis hadits kecuali daripada Ahli as-sunnah (maka elok sekalilah sikapnya itu), kerana ahli bid'ah itu memang berdusta. setiap .ahli bid'ah tak kisah pun untuk berdusta."
(Lihat atsar ini dan juga atsar sebelum ini dim/s 123)
Ahli ilmu dari kalangan ahli bid'ah yang terkenal dengan kebenaran dan keilmuannya mungkin boleh dikecualikan daripada qaedah yang tersebut tadi. Sebagaimana kata Imam Abu Daud, "Tidak ada di kalangan ahli bid'ah golongan yang lebih sahih (lebih benar) haditsnya daripada golongan Khawarij."
(Lihat Ibnu Rajab - Syarh 'Ilal at-Tirmidzi m/s 55).
Kemudian beliau menyebut nama 'Imraan bin Hitthaan dan Abu Hassaan al-A'raj.
Adapun golongan Rafidhahs maka sebaliknya. Kata Yazid bin Harun, "Tidak boleh ditulis hadits daripada golongan Rafidhah, kerana mereka berdusta.
(Lihat Ibnu Abi Haatim- al-Jarh wa dil j.2 m/s 28).
Sesetengah 'ulama' membezakan antara ahli bid'ah yang melampau dan tidak melampau. Riwayat ahli bid'ah yang melampau tidak diterima. Sementara riwayat ahli bid'ah yang tidak melampau pula diterima. Kerana itulah Ibnu Khuzaimah tidak menerima hadits 'Abbaad bin Ya'qub. Kerana itulah juga Bukhari tidak menerima hadits Abi at-Thufail. Ibnu al-Akhram pemah ditanya, "Kenapa Bukhari meninggalkan (tidak menerima) hadits Abi at-ThufaiI?"
Jawab beliau, "Kerana ia melampau dalam fahaman Syiahnya."
Sesetengah 'ulama' pula membezakan antara bid'ah yang teruk dan bid'ah yang ringan. Bid'ah yang teruk ialah seperti berfahaman Jahmiyyah, Syi'ah Rafidhah, Khawarij dan Qadariyyah. Bid'ah yang ringan pula ialah seperti sesetengah golongan Murji'ah dan ahli bid'ah yang terkeliru. Kata Ahmad, "Terimalah hadits daripada golongan Murji'ah. Dan boleh ditulis hadits daripada perawi Qadari (berfahaman Qadariyyah) jika ia tidak menyeru kepada bid'ahnya." Al-Marwazi menceritakan, "Imam Ahmad meriwayatkan hadits daripada perawi berfahaman Murji'ah jika ia tidak menyeru kepada bid'ahnya."
Abu Haatim bin Hibbaan al-Busti berkata, "Menurut sekalian imam-imam dan 'ulama'-ulama' kita, ahli bid'ah yang menyeru kepada bid'ahnya tidak harus dijadikan hujah.
Saya tidak mengetahui ada sebarang khilaf di kalangan mereka tentang perkara ini."
(Lihat Abu Haatim bin Hibbaan al-Busti - al-Majruhin j.3 m/s 64).
Ringkas ceritanya ialah para 'ulama' kita bersepakat tentang tidak harus sama sekali menerima riwayat daripada ahli bid'ah yang mukaffirah (bid'ah yang membuatkan penganutnya menjadi kafir). Adapun ahli bid'ah yang tidak mukaffirah maka riwayatnya boleh diterima dengan beberapa syarat.
(i) Jika bid'ahnya tidak melampau.
(ii) Dia tidak menyeru orang kepada bid'ahnya.
(iii) Riwayat yang diterima daripadanya tidak menyokong bid'ahnya.
Keharusan menerima riwayat ahli bid'ah yang sederhana dan ringan bukanlah bererti riwayat mereka boleh dijadikan hujah dan sandaran dalam semua perkara dan urusan agama Sebaliknya ia mungkin bererti:
(i) Hanya menerima riwayat mereka sebagai riwayat mutaba'ah semata-mata, bukan sebagai riwayat usul.
(ii) Menerima riwayat mereka untuk i'tibar dan perbandingan sahaja.
(iii) Menerima riwayat mereka kerana ia tidak menyokong fahamannya, malah sebaliknya menyokong fahaman Ahli as-Sunnah.
(iv) Boleh dicatat dan ditulis sahaja riwayat mereka,
tetapi tidak boleh diriwayatkan kepada orang lain.
⁴⁷ Kata-kata 'Abdullah bin al-Mubarak ini menunjukkan betapa perlunya isnad untuk sesuatu hadits. Oleh itu para pelajar tidak boleh sama sekali memandang enteng terhadapnya. la adalah suatu yang amat diperlukan demi menjaga kelangsungan hadits. Tanpa isnad, hadits Rasulullah s.a.w. akan terdedah kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sesiapa sahaja mungkin menda'wa apa yang dicakapkannya sebagai hadits. Isnadlah yang dapat menjadi sebagai pengekang kepada pendusta-pendusta. Dengan menanyakan isnad bagi sesuatu cerita yang disampaikannya, ia akan tercengang dan akan pecahlah tembelangnya. Perkataan بَقِيَ di penghujung kata-kata Ibnu al-Mubarak perlu ditaqdirkan dengan:بقي حائرا أو ساكتا
bererti ia akan berada dalam keadaan tercengang atau terdiam. Di dalam sesetengah nuskhah pula bukan perkataan بَقِيَ tersebut di situ, tetapi perkataan بَقِيَ, maka perlulah ditaqdirkan begini: يقي نفسه من الكذب, bererti ia akan memelihara dirinya daripada dusta”.
Lihat Syifaa' al-Ghulal Syarah al-'llal di akhirjilid ke-empat Kitab Tuhfatu al-Ahwadzi, m/s 388.
Selain Tirmidzi, Muslim juga mengemukakan kata-kata lbnu al-Mubarak ini di dalam Muqaddimah Sahihnya. Tetapi melalui saluran riwayat Muhammad bin 'Abdillah bin Quhzadz al-Manvazi daripada 'Abdaan daripada lbnu al-Mubarak hingga kepada kata beliau, ماشاء”.
Riwayat selengkapnya seperti yang dikemukakan oleh at-Tirmidzi dikemukakan oleh Ibnu Hibbaan di permulaan kitabnya melalui saluran riwayat al-Husain bin al-Faraj daripada 'Abdaan (Lihat Muqaddimah Muslim m/s 12 dan al-Majruhin Oleh lbnu Hibbaan j.1 mls 18).
⁴⁸ Ini adalah bahasa kiasan yang diguna oleh Ibnu al-Mubarak untuk menyatakan kedha'ifan isnad hadits yang dikemukakan kepadanya itu. Demikianlah ia difahami oleh at-Tirmidzi. Para 'ulama' mempunyai bermacam-macam cara dan gaya bahasa untuk menunjukkan kedha'ifan sesuatu hadits. Dan ini adalah salah satu daripadanya.
⁴⁹ Al-Bajali, Abu Muhammad al-Kufi. Walaupun Hasan bin 'Umaarah pernah menyandang qadhi di Baghdad, namun dalam meriwayatkan hadits beliau dianggap sebagai perawi yang sangat lemah. Beliau malah dianggap perawi matruk (yang ditinggalkan dan tidak diterima periwayatannya). Bukhari hanya mengemukakan haditsnya secara ta'liq. Sementara Timmidzi dan Ibnu Majah pula mengambil riwayatnya secara musnad,
⁵⁰ Abu Sa' id at-Tamimi. Imam Bukhari berkata, "Yahya bin Sa'id al-Qatthaan, Ibnu alMubarak, Waki', Ibnu Mahdi dan lain-lain muhadditsin tidak menaruh kepercayaan kepada perawi ini."
⁵¹ Abu Ishaq al-Madani. Beliau berfahaman Jahmiyyah. Dan dianggap salah seorang perawi yang sangat lemah.
⁵² Abul Hasan al-Balkhi. Terkenal sebagai seorang ahli tafsir. Kata Ibnu al-Mubarak, "Kalau orang ini tsiqah, tentulah dia terbilang sebagai imam dalam bidang tafsir." Berkata Imam Abu Hanifah, "Golongan Jahmiyyah terlajak dalam menafikan tasybih (Allah dengan makhluk), sehingga mereka berkata, الله ليس بشيء (Allah bukan sst). Muqatil pula terlajak dalam menerima zahir tasybih (yang terdapat di dalam Qur'an dan hadits), sehingga Allah diserupakannya dengan makhluk."
⁵³ "Utsman al-Burri ialah 'Utsman bin Miqsam al-Burri, Abu Salamah al-Kindi al-Bashri, Yahya bin Sa'id al-Qatthaan dan lain-lain mengatakan dia perawi dha'if,
⁵⁴ Abu al-Bisyr al-Bashri. Dia meriwayatkan hadits-hadits dengan mengaitkannya kepada perawi-perawi tsiqat.
⁵⁵Nama sebenarnya ialah 'Abdur Rahman bin Ishaq. Menurut kebanyakan muhadditsin, dia adalah perawi mafruk. Namun begitu riwayatnya terdapat juga di dalam Sunan Abi Daud dan Sunan an-Nasaa'i.
⁵⁶ 'Amar bin Tsabit adalah Ibnu Abi al-Miqdaam al-Kufi. Dia adalah seorang perawi yang memaki hamun dan menyeranah para Salaf. Abu Daud berkata, ”Dia seorang Rafidhi yang jahat."
⁵⁷ Abu Umaiyyah al-Bashri. Seorang perawi yang tidak dipercayai para muhadditsin.
⁵⁸ Abu Mas'ud ar-Ramli. Ibnu al-Mubarak pernah berkata, ''Campakkan riwayat-riwayatnya ke dalam tong sampah.” Dia adalah salah seorang perawi kitab-kitab Sunan Abi Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah.
⁵⁹Al-Qasshaab. Salah seorang pereka hadits.
⁶⁰ Bin 'Abdillah bin Sa'id al-Aili. Seorang perawi sangat dhaîif.
⁶¹ Habib bin Tsabit adalah seorang perawi majhul. Ibnu al-Mubarak tidak mahu menerima hadits-haditsnya. Inilah nama-nama 13 orang perawi hadits yang ditinggalkan atau tidak diterima hadits mereka oleh Ibnu al-Mubarak menurut apa yang dinukilkan oleh Wahab bin Zam'ah.
⁶²Ibnu al-Mubarak pernah memasukkan hadits al-Hakam ke dalam kitabnya yang bernama Kitab az-Zuhd Wa ar-Riqaaq. Ketika itu beliau belum lagi mengetahui keadaan sebenar alHakam. Setlh mengetahui keadaannya yang sebenar, beliau tidak mahu lagi menerima apa-apa riwayatnya,
Ini adalah kata-kata Imam at-Tirmizi. Beliau tidak dapat mempastikan siapakah sebenarnya orang yang bernama Habib yang ditolak riwayatnya oleh Ibnu al-Mubarak itu.
⁶⁴ 'Abdaan menceritakan: 'Abdullah bin al-Mubarak dahulu membaca hadits-hadits Bakr bin Khunais yang tercatat di dalam bukunya di hadapan murid-murid. Tetapi kemudiannya, hadits-hadits Bakr bin Khunais tidak lagi disampaikannya kepada murid-muridnya."
⁶⁵Dia juga dikenali dengan Abu Daud an-Nakhaîi. Seorang pereka dan pemalsu hadits.
Ibnu Ma'in berkata, "Dia seorang yang paling pendusta." Ahmad berkata. "Pendusta besar. Ibnu 'Adi bahkan berkata, 'para muhadditsin berijma' ttg dia memang mereka hadîts."
⁶⁶Jabir al-Ju'fi ialah Abu Abdillah Jabir bin Yazid al-Ju'fi , Meninggal dunia pada tabun 167 Hijrah. Beliau adalah seorang perawi masyhur tetapi dhaif. Jabir adalah perawi Sunan Abi Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah. Di peringkat permulaannya dia sebagai seorang yang bagus. Tetapi kemudiannya dia tlh menjadi Syi'ah Saba'iyyah. Itulah sebabnya ada ulama' menganggapnya tsiqah Ialu menerima riwayatnya. Keadaan spt ini berlaku di peringkat permulaannya. Sementara segolongan besar ulama' hadits . Yang mengenalinya kemudian pula mertajrihkannya dan tidak mahu menerima riwayat-riwayatnya. Keadaan ini berlaku kepada orang-orang yang mengenalinya kemudian. Inilah yang menyebabkan Abu Hanifah mentajrihkannya sebegitu rupa, sementara Waki' pula menjulang namanya sampai ke Iangit biru.
⁶⁷ kata-kata Waki' ini ialah penduduk Kufah begitu terhutang budi kepada Jabir bin Yazid al-Ju'fi dan mereka juga begitu terhutang budi dalam fiqh kepada Hammaad. Kedua orang ini amat berjasa dalam bîdang masing-masing kepada penduduk Kufah.
⁶⁸ Ada dua sebab kenapa Imam Ahmad tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Ahmad bin al-Hasan ini.
Pertama, kerana ia dha'if disebabkan kedha'ifan tiga orang perawinya, iaitu
(1) Hajaaj bin Nushair dan
(2) Al-Mu'aarik bin 'Abbaad dan
(3) 'Abdullah bin Sa'id al-Maqburi.
Kedua, Beliau tidak mengetahui ia sebagai hadits Nabi melalui saluran-saluran riwayat lain yang sahih.
13 orang perawi hadits yang ditinggalkan atau tidak diterima hadits mereka oleh Ibnu al-Mubarak
(1) Hasan bin 'Umaarah,⁴⁹
(2) Hasan bin Dinaar, ⁵⁰
(3) Ibrahim bin Muhammad al-Aslami,⁵¹
(4) Muqatil bin Sulaiman,⁵²
(5)Utsman al-Burri,⁵³
(6) Rauh bin Musafir,⁵⁴
(7) Abu Syaibah al-Waasithi⁵⁵
(8) 'Amar bin Tsabit ⁵⁶
(9) Ayyub bin Khauth,⁵⁷
(10) Ayyub bin Suwaid,⁵⁸
(11)Nashr bin Tharif Abi Jaz'in⁵⁹
(12)Al-Hakam⁶⁰ dan
(13)Habib .⁶
Tiada ulasan:
Catat Ulasan