Sahih bukhari kitab ilmu 0025-0035s 26/3/22 2
٦١-حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ الشَّجَرِ شَجَرَةً لَا يَسْقُطُ وَرَقُهَا وَإِنَّهَا مَثَلُ الْمُسْلِمِ فَحَدِّثُونِي مَا هِيَ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَوَادِي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ فَاسْتَحْيَيْتُ ثُمَّ قَالُوا حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ هِيَ النَّخْلَةُ
ْ61 – Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya, Isma`il bin Ja`far meriwayatkan kepada kami daripada `Abdillah bin Dīnār daripada Ibni `Umar,
katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di antara sekian banyak pokok, ada satu pokok yang daunnya tidak gugur.⁴⁰ Ia betul-betul seperti orang muslim dalam perumpamaan, ceritakanlah kepadaku apakah pokok itu??”⁴¹ Fikiran para Shaĥabat melayang kepada pokok-pokok yang terdapat di padang pasir. `Abdullah berkata: “Fikiran saya (pula) mengatakan pokok itu ialah pokok tamar,⁴² tetapi saya malu. Kemudian mereka (para Shaĥabat) berkata: “Ceritakanlah kepada kami,⁴³ apakah pokok itu wahai Rasulallah”. Rasulullah bersabda: “Pokok tamar.”⁴⁴
______________
⁴⁰ Sabda Nabi s.a.w.: “pokok yang daunnya tidak gugur” itu menunjukkan kesegarannya dan faedahnya yang berterusan seperti memberikan naungan dan teduhan. Di dalam Kitāb al-Adab, Imam Bukhāri mengemukakan ĥadīts ini sekali lagi dengan riwayat yang ada sedikit tambahan iaitu:
مِثَلُ المُؤْمِنِ كِمَثَلِ شَجَرَةٍ خَضْرَاءَ، لَا يَسْقُطُ وَرَقُهَا ولَايَتَحَاتُ
Bermaksud: Perumpamaan orang mu’min adalah seperti pohon menghijau yang daunnya tidak gugur dan tidak luruh.
Perkataan لَايَتَحَاتُ memberi ma`na tidak gugur walaupun di musim luar tidak seperti pohon-pohon lain. Ia disamakan dengan orang mu’min yang tidak tergugat imannya,
tidak terancam ilmunya dengan berita-berita palsu walaupun berada dalam kesempitan dan kesusahan.
⁴¹ Ĥadīts ini menunjukkan bahawa dalam proses pembelajaran perlu adanya ujian, sama ada dalam bentuk peperiksaan, teka teki, kuiz dan sebagainya, fikiran akan menjadi lebih segar dan aktif dengan timbulnya sesuatu soalan yang akan mencetuskan rasa curiga, dengan itu ilmu akan semakin mudah melekat dan kekal, seolah-olahnya sudah disediakan bekas untuk diisi barangan di dalamnya.
⁴² Ibnu `Umar pula dalam kisah ini masih lagi seorang kanak-kanak dan dalam perjalanan pulang daripada majlis tersebut, beliau memberitahu bapanya `Umar tentang
jawapan yang difikirnya itu sebenarnya sama dengan yang Rasulullah s.a.w. berikan, lalu `Umar bertanya: “Mengapa kamu tidak memberitahu saja jawapannya?” Ibnu `Umar menjawab: “Kerana kamu tidak memberikan apa-apa jawapan, jadi saya tidak mahu berkata apa-apa”. `Umar membalas: “Kalaulah kamu memberitahu jawapannya
itu, tentunya aku lebih bangga daripada mendapat sekian-sekian (benda)” seperti yang ada disebutkan dalam riwayat yang lebih panjang pada Kitāb Tafsir begini:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَخْبِرُونِي بِشَجَرَةٍ تُشْبِهُ أَوْ كَالرَّجُلِ الْمُسْلِمِ لَا يَتَحَاتُّ وَرَقُهَا وَلَا وَلَا وَلَا تُؤْتِي أُكْلَهَا كُلَّ حِينٍ قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ وَرَأَيْتُ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ لَا يَتَكَلَّمَانِ فَكَرِهْتُ أَنْ أَتَكَلَّمَ فَلَمَّا لَمْ يَقُولُوا شَيْئًا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هِيَ النَّخْلَةُ فَلَمَّا قُمْنَا قُلْتُ لِعُمَرَ يَا أَبَتَاهُ وَاللَّهِ لَقَدْ كَانَ وَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ فَقَالَ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَكَلَّمَ قَالَ لَمْ أَرَكُمْ تَكَلَّمُونَ فَكَرِهْتُ أَنْ أَتَكَلَّمَ أَوْ أَقُولَ شَيْئًا قَالَ عُمَرُ لَأَنْ تَكُونَ قُلْتَهَا أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كَذَا وَكَذَا
dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; ketika kami bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Beritahukan padaku suatu pohon yang mirip seorang muslim, daunnya tidak berguguran, dan ia tidak berbuah setiap waktu." Ibnu Umar berkata: Hatiku mengatakan bahwa pohon itu adalah pohon kurma. Aku melihat Abu Bakar dan Umar tidak berbicara sehingga aku tidak mau berbicara atau mengatakan apa pun. Tatkala para sahabat tidak ada yang menjawab sedikitpun, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Yaitu pohon kurma.' Ketika kami sudah beranjak pergi, aku berkata kepada Umar; Wahai bapakku, dalam hatiku juga mengatakan bahwa itu adalah pohon kurma. Lalu ia berkata; Kenapa kamu tidak mengatakannya tadi? Ibnu Umar menjawab; 'Aku melihat kalian semua tidak menjawab, maka aku pun tidak mau menjawab atau mengatakan sesuatu pun. Umar berkata: 'Andai kau mengatakannya, itu lebih aku sukai dari ini dan ini
Ia menunjukkan kepada bolehnya seseorang itu berbangga dengan kejayaan anaknya kerana mempunyai ilmu dan kecerdikan, dengan kebanggaannya itu juga akan
mendorong perkembangan ilmu ke tahap yang lebih tinggi. Ibnu `Umar tidak memberitahu jawapan yang difikirnya itu kerana kecerdikannya juga untuk menjaga adab dan mengambil kira Shaĥabat-shaĥabat yang sudah dewasa ada bersama-sama dalam majlis tersebut.
Bagaimanakah Ibnu `Umar boleh mengagak jawapan yang betul? Mengikut riwayat yang lain, dalam majlis itu Rasulullah s.a.w. diberikan umbut tamar, lalu Baginda
memakannya, soalan tadi di tanya sambil Baginda memakannya, Ibnu `Umar merasakan bahawa persoalan yang ditanya itu mestilah ada kaitan dan ada isyaratnya
dengan situasi semasa. Ia juga menunjukkan bahawa persoalan yang hendak dibuat oleh seorang pengajar ilmu mestilah berkait dengan situasi dan perkara yang telah dipelajari, ada juga isyarat-isyaratnya yang mereka boleh mengagak jawapannya dengan mengetahuinya. Bagaimana pula dengan Shaĥabat-shaĥabat lain yang tidak
memberikan apa-apa jawapan?
Boleh jadi kerana mereka fikirkan tentunya ia tidak berkait dengan pokok yang biasa atau semudah itu seperti kata Ibnu `Umar: “Fikiran para Shaĥabat melayang kepada pokok-pokok yang terdapat di padang pasir”, boleh jadi juga kerana mereka tidak menemui jawapan yang sesuai untuk perumpamaan orang muslim itu. Demikianlah sifat soalan dan jawapan, kadang-kadang soalannya kelihatan susah tetapi jawapannya mudah sahaja.
⁴³ Dua tempat digunakan pecahan perkataan dari akar kata yang sama iaitu تحديث pada
pertamanya pada فحدثوني ما هي dan
keduanya pada حدثنا ما هي .
Kedua-duanya pada menjadi bukti kepada penggunaannya secara istilah.
Untuk istilah yang lain seperti anba’ana dan akhbarana, Imam Bukhāri menggunakan ĥadīts ini sebagai isyaratnya
kepada riwayat yang sama tetapi melalui saluran riwayat Nāfi` daripada Ibnu `Umar pada ĥadīts ke-4698 di dalam Kitāb Tafsir, bukan daripada `Abdullah bin Dīnār
daripada Ibnu `Umar seperti pada dua ĥadīts yang dibawanya di sini.
Lafaz yang digunakan oleh Nabi s.a.w. untuk bertanyakan para Shaĥabat tentang pokok itu ialah dari akar kata إخبار begini adanya:
حَدَّثَنِي عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ عَنْ أَبِي أُسَامَةَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَخْبِرُونِي بِشَجَرَةٍ تُشْبِهُ أَوْ كَالرَّجُلِ الْمُسْلِمِ
Telah menceritakan kepadaku ' Ubaid bin Isma'il dari Abu Usamah dari 'Ubaidillah dari Nafi' dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; ketika kami bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Beritahukan padaku suatu pohon yang mirip seorang muslim.
Di dalam riwayat al-Isma`ili pula disebut dengan lafaz أنبئوني ,begitu juga di dalam riwayat Imam Mālik, beliau ada meriwayatkan ĥadīts ini dengan lafaz dalam Bab: Sikap malu dalam menuntut Ilmu, ia menunjukkan bahawa maksud daripada ketiga-tiga istilah itu sama sahaja dan boleh mengambil tempat masing-masing daripadanya mengikut Imam Bukhāri dan beberapa `ulama’ lain seperti `Ali Ibnu al-Madīni, Ĥumaidi, Sufyān bin `Uyainah, Imam Mālik, Sufyān ats-Tsauri, Imam Zuhri, Ĥasan Bashri dan lain-lain.
Ada juga `ulama’ yang tidak berpendapat begitu, seperti Imam Muslim, Imam Abu Ĥanīfah, Ibnu Abi Dzi’b, Imam Nasā’i, Imam Abu Daud dan lain-lain.
⁴⁴ Apakah persamaan antara pokok tamar dan orang muslim pula? Pelbagai jawapan telah diberikan oleh `ulama’ berkaitan sudut persamaannya, antaranya ialah seperti
berikut:
(1) Pokok tamar sama dengan manusia dari segi kebolehannya untuk terus hidup selagi tidak diselam di dalam air sehingga tenggelam puncaknya agak lama,
seperti manusia yang boleh bernafas selagi kepalanya tidak ditenggelami air.
(2) Sama dengan manusia dari segi ia boleh dikerat dan dipotong mana-mana bahagian selain kepalanya, jika kepala pokok tamar (umbut) itu dikerat, pokok itu akan mati.
(3) Kesuburan pokok tamar ialah apabila ia dikahwinkan dengan pokok tamar yang lain merupakan sudut kesamaan antara manusia dengannya yang akan menjadi lebih subur
setelah berkahwin dan melahirkan zuriat yang disamakan dengan buah. Cuma pendapat ini semua tidak sesuai kerana ia tidak khusus dengan orang Islam.
(4) Ketegakan tumbuhnya dalam keadaan tidak condong, disamakan dengan muslim yang teguh agamanya, tidak mudah jatuh ke arah dunia.
(5) Pokok tamar adalah satu pokok yang sentiasa berbuah dan berdaun walaupun di musim luruh. Keadaannya serupa dengan orang Islam yang sentiasa berguna kepada orang lain dan mempunyai daya dan kekuatan walaupun ketika berada dalam kesusahan.
(6) Manfaat dan kegunaannya yang
banyak kepada makhluk lain ketika hidup dan matinya, pendapat ini adalah yang terbaik dan paling sesuai, kerana Nabi mengumpamakannya dengan orang muslim, bukan
sekadar manusia biasa sahaja, tetapi yang hatinya beriman. Sepertimana hidup seorang muslim dan matinya berguna, pokok tamar yang hidup dan yang mati masing-masing
mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Antara pokok yang banyak tumbuh melebihi yang lain dan manfaatnya banyak ketika hidup dan matinya di negara Malaysia pula ialah pokok kelapa.
Bagaimanakah pula mati seseorang muslim itu menjadi berguna dan bermanfaat? Perumpamaan yang Nabi s.a.w. buatkan ini mengisyaratkan kepada ĥadīts yang masyhur berkaitan terputusnya amalan seseorang hamba itu setelah matinya selain dari 3 perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah yang berterusan dan anak yang mendoakan ibu-bapanya. Selain dari ĥadīts itu, boleh juga difahami daripada firman
Allah berikut:
Ibrahim 14:24
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ
Bermaksud: Tidakkah engkau melihat (wahai Muĥammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah (ajaran) yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (Ibrahim:24)
Adanya persamaan antara pangkal yang teguh dengan iman yang tersimpan di lubuk hati dan buah yang berfaedah dengan ilmu yang disampaikan, `amal kebajikan yang
berterusan manfaatnya dan zuriat yang shaleh. Persamaan orang Islam yang beriman dan berilmu dengan pokok tamar jelas dapat dilihat, ia berguna tidak ketika hidupnya
sahaja, tetapi juga setelah ia meninggal dunia.
Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang terdapat di dalam ĥadīts ini ialah:
(1) Keharusan menggunakan teka-teki dan lain-lain cara yang menarik perhatian ketika mengajar.
(2) Terhadnya ilmu manusia kepada persekitarannya dan apa-apa yang berkait dengan kehidupan sehariannya.
(3) Beradab dengan orang-orang yang lebih tua dengan tidak mencelah dan mengganggu perbualan yang sedang berlaku di antara mereka.
(4) Keharusan menyatakan kesukaan dan kegembiraan apabila mendapat sesuatu yang istimewa.
(5) Tingginya nilai ilmu di sisi para Shaĥabat sehingga kelebihannya tidak dapat dibandingkan dengan dunia.
(6) Perawi-perawi yang dipilih oleh Imam Bukhāri adalah antara individu-individu teristimewa yang mempunyai sejarah hidup yang baik dari awal hingga ke akhirnya, ia
menjadi punca kepada tingginya nilai Shaĥīĥ Bukhāri yang dikarangnya.
(7) Sistem sanad akan menjaga masyarakat dengan mendidik mereka supaya menjaga budi pekerti dan peribadi sehingga terbentuknya kebolehpercayaan terhadap sesama Islam.
(8) Keharusan membuat perumpamaan dan perbandingan untuk sesuatu supaya mudah difahami dan tergambar dengan jelas dalam pemikiran.
(9) Larangan mengemukakan persoalan atau teka-teki dengan maksud memerangkap orang yang ditanya, mendedahkan kelemahannya atau memalukannya.
(10) Dalam perbandingan, sesuatu yang dibandingkan tidak semestinya menyamai sesuatu yang dibandingkan dengannya dari semua sudut.
(11) Kadang-kadang orang-orang tua yang alim dan berpengalaman tidak terlintas akan sesuatu yang terlintas di hati seorang budak yang tidak berpengalaman tetapi berbakat.
(12) Hadits ini menunjukkan kelebihan pokok tamar, kerana Nabi s.a.w. mengumpamakan iman dengannya dari sudut ketetapan iman di dalam hati seseorang muslim sebagaimana tetapnya pokok tamar dengan akar dan umbinya pada tempat tumbuhnya. Amalan orang beriman yang menjulang tinggi ke langit pula diumpamakan
dengan batang pokoknya yang menjulang tinggi dengan buah-buah dan pelepahnya. Sebagaimana orang beriman yang sentiasa mendapat hasil dan pahala daripada
keberkatan imannya sepanjang masa, begitulah juga dengan pokok tamar yang sentiasa menghasilkan buah sepanjang masa. Selain itu segala bahagiannya pula berguna kepada manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan