Sahih bukhari kitab ilmu 0040
kamu Muĥammad?” Nabi s.a.w. ketika itu sedang bertelekan di antara mereka.⁶¹ Kami pun menceritakan: “Lelaki putih yang sedang bertelekan itu.”⁶² Maka orang itu berkata: “Wahai anak `Abdil Mutthalib”. Nabi s.a.w. pun
berkata: “Saya telah pun menyahut panggilanmu”.⁶³ Lelaki itu berkata lagi: “Saya akan bertanya engkau dan saya akan keraskan soalan saya terhadapmu,
______________
melihat perkara ini berlaku di dalam masjid dan tidak mencegahnya, walaupun ada kemungkinan unta itu akan kencing atau berak pada bila-bila masa. Jumhur `ulama’ yang tidak berpendapat begitu menta’wilkan perkataan في pada فَأَنَاخَهُ فِي الْمَسْجِدِ secara tawassu`, dengan maksud ‘di kawasan masjid’, bukan ‘di dalam masjid’.
Mengikut riwayat yang lain lafaznya ialah فَأَنَاخَهُ خَارجَ الْمَسْجِدِ yang bermaksud ‘di luar masjid’ atau فَأَنَاخَهُ فِي رَحْبَةِ الْمَسْجِدِ yang juga membawa maksud ‘di luar’.
Ada juga riwayat Imam Muĥammad yang menyebutkan bahawa diturunkan unta di pintu masjid, tetapi ia masih tempat yang perlu dijaga kebersihannya.
⁶¹ Perkataanظهران pada asalnya adalah tatsniah bagi perkataan ظهر .Kemudian ia dianggap sebagai mufrad, lalu dimasukkan alamat tatsniah padanya, maka jadilah ia ظهرانين .
Setelah ia diidhafatkan kepada dhamir, dibuangkanlah huruf ن di akhirnya sehingga ia menjadi ظَهْرَ انَيْهِمْ َ. Perkataan ini diguna untuk menyatakan perkumpulan yang ramai ketika mana mereka tak kisah membelakangi satu sama lain.
⁶² Putih di sini bukan semata-mata putih seperti kapur, di dalam riwayat yang lain ia disebutkan الأَمْغَرُ المُرْتَفِقُ
yang bermaksud putih merah, bukan juga putih
kuning.
⁶³ Apakah maksud قد أجبتك ,adakah ia bermaksud “aku telah pun menyahut panggilanmu” atau “aku telah pun menjawab pertanyaanmu”? Tentu sekali ia bukan
bererti “aku telah pun menjawab pertanyaanmu”, kerana Dhimām belum lagi bertanya apa-apa. Sesetengah `ulama’ berpendapat, ma`na أَجَبْتُكَ itu ialah سَمِعْتُ bermaksud yang bermaksud ‘saya telah dengar’ atau dengan ma`na ُإِنْشَاء ِالإِجَابَة yang bermaksud ‘bersedia untuk menjawab’.
Pendapat lain yang boleh juga diterima ialah kata-kata Nabi s.a.w. ini merupakan jawapan kepada soalannya yang pertama sekali, iaitu ٌأَيُكُمّ مُحَمَد yang bermaksud ‘Siapakah di antara kamu Muĥammad?’. Sebenarnya nabi s.a.w. telah pun menjawab pertanyaannya itu dengan berkata: أَنَا(saya) ketika Shaĥabat-shaĥabatnya memberitahu “Lelaki putih yang sedang bertelekan itu”, tetapi jawapan baginda tidak
didengarinya. Lalu nabi s.a.w. berkata: قد أجبتك (saya telah menjawab pertanyaanmu).
Ada juga `ulama’ yang mengandaikan bahawa Nabi s.a.w. tidak menyukai cara yang kasar daripada penanya tadi, lalu Baginda menjawab seolah-olahnya dengan merajuk:
“Aku telah jawab pertanyaanmu”, tetapi andaian ini tidak tepat kerana Baginda adalah seorang yang lembut sehinggakan orang yang kencing di dalam masjid pun tidak dihalaunya. Maka terjemahan yang sesuai bagi lafaz قَدْ أَجَبْتُكَialah ‘Aku telah bersedia untuk menjawab (apa-apa persoalanmu)’ atau ‘Aku telah menyahut pertanyaanmu’.
40
Tiada ulasan:
Catat Ulasan