Rabu, April 20, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0045-0055 16/4/22 2

Sahih bukhari kitab ilmu 0045-0055 16/4/22 2

Al-Hasan, Ats-Tsauri Dan Mâlik Berpendapat; Membaca Di Hadapan Guru Adalah Harus(boleh). Abu `Abdillah (Imam Bukhari) Berkata, Aku Telah Mendengar Aba `Aashim Menyebutkan Bahawa Sufyân Ats-Tsauri Dan Mâlik Berpendapat 
Membaca (Di Hadapan Guru) Dan Mendengar (Guru Membaca) Adalah Harus(boleh). `Ubaidullah Bin Musa Meriwayatkan Kata-Kata Sufyân, "Apabila Dibaca Di 
Hadapan Muhaddits, Maka Tidak Mengapa Seseorang Itu Berkata: حدثني (Dia Menceritakan Kepadaku), Dan سعمتُ ( Aku Telah Mendengar). Sesetengah Mereka (`Ulama')³² Berhujah Untuk Bacaan Murid Di Hadapan Orang `Alim Dengan Hadîts Dhimâm Bin Tsa`labah, Bahawa Dia Berkata Kepada Nabi S.A.W.: “Adakah Allah Menyuruh Engkau Supaya Kami Mengerjakan Sembahyang?” Nabi
 S.A.W. Bersabda: “Ya”. Kata Mereka: “Ini Adalah Bacaan Di Hadapan Nabi S.A.W., Dhimâm Telah Memberitahu Kepada Kaumnya Tentang Perkara Itu Dan Mereka Membenarkannya.”³³  Imam Mâlik Berhujah Dengan Shak (Surat) Yang Dibaca Di Hadapan Orang Ramai, Lalu Mereka Berkata, Si Pulan Telah Menjadikan Kami Sebagai Saksi.³⁴ Dibaca Di Hadapan Muqri’ (Guru Qira’at). Kemudian Qari (Pembaca) Berkata: "Si Pulan Telah Mengajar Saya (Menyuruh Saya Membaca Di Hadapannya).³⁵ Muhammad Bin Salâm Meriwayatkan Kepada Kami, Katanya, Muhammad Bin Al-Hasan Al-Wâsithi Meriwayatkan Kepada Kami Daripada `Auf Daripada Al-Hasan (Al-Bashri),³⁶ Beliau Berkata: “Tidak Mengapa Membaca Di Hadapan Orang `Alim”.³⁷ `Ubaidullah Bin Musa Meriwayatkan Kepada Kami Daripada Sufyân, Beliau Berkata: “Apabila Seseorang Membaca Di Hadapan Muhaddits, Tidak Mengapa Untuk Dia Mengatakan Haddatsani (Dia Telah Meriwayatkan Kepada Saya)”.³⁸  Beliau (Imam Bukhari) Berkata: "Saya Mendengar Abu `Aashim Berkata: Mâlik Dan Sufyân Berpendapat Bacaan Di Hadapan Orang `Alim Dan Bacaannya Sendiri Sama Sahaja”.³⁹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan