Halaman

Ahad, Mei 29, 2022

K999.Jangan anggap anak mudah lupa.

K999.Jangan anggap anak mudah lupa. 

Empat tahun dahulu anak saya pernah tercekik tulang ikan siakap stim di satu restaurant. Balik dari makan, kami singgah ke kecemasan. Doktor ENT check tapi tak jumpa. Masuk mini scope ke dalam tekak. Memang dia meronta-ronta sebab takut. Discharge dari kecemasan malam itu dan diminta datang semula keesokkannya. Sepanjang malam dia tak boleh tidur. Pagi itu isteri saya suluh semula dengan lampu, dia dapat locate tulang halus. Terus ke kecemasan semula Dan Alhamdulillah dapat keluarkan. 

Sejak hari itu dia memang takut makan ikan. Tapi masih makan kalau diasingkan tulangnya. 

Baru-baru ini kami kembali semula ke restaurant itu setelah sekian lama. Kami hanya berbual santai pasal kisah dia tercekik tulang. 

Kebetulan set yang kami order memang ada siakap stim. Saya tak menyangka ia jadi satu pilihan yang silap. 

Bila ikan tadi sampai, anak saya terus berubah wajah, terus dia menyorok di bawah meja dengan muka cemas. 

Kisah ini bantu saya reflek sesuatu sebagai seorang ayah. Peringatan yang kadangkala saya juga terlepas pandang. 

Peringatan tentang jangan sesekali memperkecilkan pengalaman anak, sekalipun ia kecil dan remeh bagi kita sebagai dewasa. 

Kedua, ketahuilah anak sangat-sangat ingat apa yang berlaku dalam hidup mereka, terutama pengalaman yang bersifat traumatik. 

Maka jaga-jaga dengan apa yang kita perkatakan, lakukan dan dedahkan pada anak. 

Kita tak mahu memahat kekal dalam ingatan mereka sesuatu yang memberi parut pada jiwa mereka. 

Alhamdullillah dengan sedikit psychological first aid, dapatlah juga bawa dia keluar dari zon panic. Kalau tak, entahlah. Makan bawah meja ramai-ramailah agaknya. 

Sapa berminat boleh relate kisah ini dengan beberapa bab dalam buku saya Psikologi Si Kecil seperti - Bab Kenapa bulan ikut kita, Kisah Husnun yang takut hujan. 

#psikologisikecil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan