Khamis, Jun 16, 2022

K701.Bahaya Kalau Anak Tak Pandai Kemas Lepas Sepahkan Mainan, Tanda EF Anak Lemah!

K701.Bahaya Kalau Anak Tak Pandai Kemas Lepas Sepahkan Mainan, Tanda EF Anak Lemah!


“Biarlah, nanti dah besar pandailah dia kemas sendiri” mungkin ada yang berpendapat sebegini. Sebenarnya anak kecil harus di didik supaya mengemas kembali permainan mereka setelah bermain supaya mereka ada rasa tanggungjawab terhadap sesuatu perkara. 


Jika tidak diajar sejak kecil,  Executive Function ( EF ) anak akan menjadi sangat lemah. EF ni adalah skil paling mahal yang ada kat otak manusia. Kenapa EF ini penting? Ikuti perkongsian ini.


Suka sepahkan mainan dan tak pandai kemas balik?


Itu tandanya Executive Function ( EF ) anak sangat lemah. EF ni adalah skil paling mahal yang ada kat otak manusia. Jika lemah EF ni maka 7 fungsi otak kita akan turut lemah.


❌ Growth Thinking

Lemah growth thinking ni maka coping skil dan kognitif thinking anak jadi lemah. Anak akan lemah dalam menyelesaikan masalah dan susah nak belajar ilmu baru.


❌ Planning

Merancang ni adalah satu keistimewaan otak kita. Ia buat otak kita sentiasa dalam keadaan “bersedia” untuk berfikir. Bila lemah part planning ni, mana arah kiri dan kanan pun anak jadi mudah keliru.


❌ Self-Monitoring

Lemah skil ni maka anak susah nak “polish” bakat semulajadi dia. Dari self-monitoring ni la anak belajar untuk sesuaikan diri dengan kelemahan dan kelebihan diri sendiri.


❌ Self-Control

Self-Control ni melibatkan kawalan tingkahlaku, pemikiran, emosi dan jiwa anak. Jika lemah part ni maka semua ni boleh jadi tak terkawal. Itu la senang nak jadi tantrum, mengamuk, stress, depress dan sebagainya.


❌ Working Memory

Apa yang kita nasihat, apa yang anak belajar semua akan di simpan dalam part ni. Jika memori lemah, maka semua yang kita ajar akan jadi sia-sia. Satu pun dia tak ingat!


❌ Time Management

Anak yang lemah part ni susah nak track & faham tentang masa. Kita cakap, “lepas main pergi mandi” dia buat tak tahu je. Kita cakap, “tunggu ibu habis kerja baru boleh keluar”, pun dia tak faham.


Bukan buat buat tak faham tapi memang dalam otak dia tak ada program untuk proses tentang “masa” ni.


❌ Organization

Bagaimana bersepah mainan di sekeliling mereka, begitu juga la bersepahnya maklumat dalam otak dia. Berselirat habis “data data” tak di susun.


Kemampuan anak untuk berfikir dan proses maklumat bergantung penuh pada kemampuan dia “organize” data-data dalam otaknya. Jika selirat macam ni, memang selalu “hang” la otaknya.


Pentingnya kita ajar anak rajin mengemas dan jaga kebersihan bukan untuk dia tak jadi pemalas semata-mata.


Tujuan utama kita galakkan anak rajin mengemas dan jaga kebersihan ni ialah supaya kita dapat latih otak dia supaya jadi rajin berfikir.


Bahaya bila anak boleh tak rasa apa-apa, dan boleh relax lagi bermain dalam keadaan bersepah yang teruk begini. Tolong ajar anak kemas balik please!


Wallahu A’lam,

Mohd Phais

Tiada ulasan:

Catat Ulasan