Halaman

Khamis, Jun 02, 2022

Tafsir nota baca 0007(0116-0124)s 01/5/22

Tafsir nota baca 0007(0116-0124)s 01/5/22

Al-Baqarah 2:102
وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنْ خَلَٰقٍۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Dan mereka telah mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan (Nabi) Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman mengamalkan ilmu sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengamalkan ilmu sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengamalkan sihir). Mereka mengajarkan (ilmu) sihir kepada orang ramai, dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut,¹⁶⁰ tetapi keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah engkau jadi kafir." Lalu mereka mempelajari dari kedua mereka itu ilmu yang dapat memisahkan di antara seorang (suami) dengan isterinya. Sedangkan sebenarnya mereka itu (ahli sihir) tidak berkuasa memberi mudharat dengan sihirya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah.¹⁶¹ Mereka mempelajari ilmu yang memberi mudharat, bukan memberi manfa'at. Demi, sesungguhnya mereka memang tahu bahawa sesiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, niscaya tiadalah baginya apa-apa habuan di akhirat dan itulah seburuk-buruk perbuatan menjual diri sendiri jika mereka mengetahui. [102]

¹⁶⁰ Siapakah Harut dan Marut yang tersebut di dalam ayat ini? Malaikatkah atau manusia atau jin? Kerana perbedaan pandangan para sarjana berhubung dengan i'raab ayat ke-102 ini, maka berlakulah pula perbedaan pandangan tentangnya. 
Segolongan sarjana mengi'raabnya begini:
Perkataan ما  di permulaan ayat 102 Surah al-Baqarah
(وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَٰنَۖ)
[Dan mereka telah mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan (Nabi) Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman mengamalkan ilmu sihir)]
yang dikemukakan di atas ialah ما موصولة. 
Dan perkataan ما yang terletak sebelum perkataan أُنْزِلَ على الملكين  juga ما. 
(وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ)
[padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengamalkan ilmu sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengamalkan sihir). Mereka mengajarkan (ilmu) sihir kepada orang ramai, dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut,¹⁶⁰]
Perkataan (haraf)و  sebelum  ما موصولة kedua adalah haraf 'athaf. Ma'thuf alaihnya ialah yang pertama. 
Maka mafhum yang terhasil daripadanya ialah ramai orang-orang Yahudi yang hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s. mengikut ilmu sihir yang diajarkan oleh syaitan-syaitan. Mereka juga mengikut ilmu sihir yang diturunkan kepada dua orang malaikat yang bernama Harut dan Marut di Babil.

Oleh kerana Allah menyebut dua orang malaikat (الملكين) di dalam ayat itu, maka zahir ma'nanyalah yang harus diterima. Soal bagaimana mereka boleh melakukan dosa mengajar ilmu sihir yang diharamkan, yang pada umumnya mengandungi unsur-unsur kekufuran, padahal mereka ma'shum tidak timbul. Kerana mereka hanya melaksanakan perintah Allah berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan makhluk kejadian Tuhan (أمور تكوينية), bukan berkaitan dengan perkara-perkara agama atau syari'at (تشريعية تكليفية) Segala perbuatan para malaikat itu tidak terikat dengan dosa dan pahala. Makhluk Allah yang terikat segala perbuatannya dengan dosa dan pahala hanyalah jin dan manusia. Harut dan Marut hanya ujian Allah kepada manusia pada ketika itu. Antara bukti mereka hanya ujian dan cubaan daripada Allah dan mengajar ilmu sihir hanya kerana mengikut perintah Allah ialah setiap kali hendak mengajar ilmu sihir kepada sesiapa pun mereka akan berkata: "Sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu jadi kafir.

Antara hikmat mereka berdua diutus Allah mengajar sihir kepada orang-orang di zaman Nabi Sulaiman a.s. ialah supaya mereka mengetahui perbedaan di antara sihir yang sangat dikagumi mereka dengan wahyu yang diutuskan Allah kepada para nabi a.s, supaya mereka juga mengetahui perbedaan di antara para nabi a.s, dan tukang-tukang sihir. Dengan mempelajarinya mereka akan mengetahui dan betul-betul sedar tentang betapa palsu, bahaya dan karutnya ilmu sihir dan betapa suci, mulia dan bergunanya pula wahyu yang diberikan kepada para nabi a.s. untuk dijadikan pedoman oleh manusia sekaliannya.

Segolongan sarjana pula tidak menerima cara i'raab yang diterima oleh golongan pertama tadi. Tetapi mereka tetap memakai perkataan  الملكين dalam ma'na haqiqinya seperti golongan pertama. Bagi mereka, perkataan  ما  di permulaan ayat berkenaan memanglah ما موصولة , tetapi perkataan ما  yang terletak sebelum firman Allah:  أنزل على المكين bukan ما موصولة, ia bahkan ما نافية yang bererti tidak atau bukan. Perkataan و yang terletak sebelumnya pula tetap واو عطف , tetapi ma'thuf s alaihnya bukan  ما تتلو sebaliknya ما كفر سسايمان. 

Maka mafhum yang terhasil daripadanya ialah sebagaimana Sulaiman tidak (pernah) kafir, tidak (pernah) juga ilmu sihir diturunkan kepada dua orang malaikat tertentu untuk diajarkan kepada orang ramai. Menurut mereka, Harut dan Marut yang tersebut selepasnya bukan menjadi badal kepada perkataan    الملكين  yang tersebut sebelumnya. Kerana itu mereka bukan malaikat. Malah ia merupakan badal bagi perkataan الشياطين yang tersebut sebelum itu. Bagi mereka, di dalam ayat ini terdapat taqdim dan ta'khir (perkataan-perkataan tertentu) yang merupakan salah satu seni bahasa 'Arab popular di kalangan sasterawan-sasterawan bahasa Arab.

Berdasarkan i'raab ini, Harut dan Marut hanya dua syaitan (sama ada dari kalangan manusia atau syaitan jin yang menyamar sebagai manusia) yang hebat dan menonjol di kalangan guru-guru sihir di Babil (Babylon). Pengajaran ilmu sihir oleh mereka berdua tersebar dengan meluas di Babil. Kerana itu mereka disebutkan secara khusus dengan nama masing-masing. Namun itu tidak bererti mereka sahaja yang mengajar ilmu sihir di sana. Masih ada ramai lagi yang lain. Kerana itulah disebut dalam bentuk jama' sebelum disebut nama mereka berdua.
Ketika mentafsirkan firman Allah:  وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ 
Imam al-Qurthubi menulis:......
Maksudnya: (Perkataan) ما memberi ma'na nafi. (Perkataan)و  (sebelumnya) untuk 'athaf kepada firmanNya {وَمَا كَفَرَ سُلَيْمننُ}. Ini kerana orang-orang Yahudi mengatakan, Allah telah menurunkan Jibril dan Mikail membawa sihir. Maka Allah menafikannya. Di dalam firman Allah itu terdapat taqdim dan ta'khir. Taqdirnya ialah: وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ
وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ
وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ
ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ
بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ
Harut dan Marut merupakan badal bagi di dalam firmanNya وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟
Ini adalah yang terbaik bagi ayat berkenaan dan ia merupakan pendapat paling sahih
Yang pernah diutarakan tentangnya. Dengan adanya pendapat (tafsiran) ini, maka tidak perlu lagi dihiraukan pendapat-pendapat yang Iain. 
(Lihat Tafsir al-Qurthubi j.2 hal.5)
Petunjuk-petunjuk dari dalam dan luar ayat 102 Surah al-Baqarah dengan jelas menolak kemungkinan para malaikat terlibat dengan pengajaran dan penyebaran ilmu sihir di Babil.

10 Bukti Dari Dalam Ayat 102 Surah Al-Baqarah Itu Sendiri.
Di bawah ini dikemukakan 10 bukti dari dalam Ayat 102 Surah Al-Baqarah itu sendiri yang menolak kemungkinan mana-mana malaikat terlibat dalam pengajaran dan penyebaran ilmu sihir.

(i)Setelah Allah menyangkal tuduhan orang-orang Yahudi tentang kekufuran Sulainnan a.s. kerana kononnya Baginda a.s. mengamalkan ilmu sihir, bagaimana mungkin dikatakan pula ada dua orang malaikat yang diutus Allah membawa ilmu sihir kepada manusia! Bukankah ilmu sihir itu penuh dengan kekufuran? Bagaimana mungkin Allah menurunkan dua orang malaikat membawa kekufuran??

(ii) Setelah Allah berfirman وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ )hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia...), tidak mungkin Allah menurunkan pula malaikat untuk mengajarkan sihir kepada manusia? Kalau begitu samalah kerja malaikat dan syaitan!

(iii)Ayat 102 Surah al-Baqarah yang dibincangkan ini jelas menyebutkan pengajaran ilmu sihir itu sendiri adalah suatu kekufuran. Kalau begitu bagaimana mungkin Allah menyuruh dua orang malaikat melakukannya dalam keadaan mereka itu menurut sifat semulajadinya adalah suci dan ma'shum (terpelihara daripada dosa-dosa)?!

(iv)Apa ertinya kedua-dua malaikat berkenaan berkata kepada orang-orang yang hendak belajar ilmu sihir dengan mereka janganlah engkau jadi kafir' dengan mengamalkan ilmu sihir yang akan kami berikan kepadamu, kemudian mereka perturunkan juga ilmu itu kepada orang ramai?!

(v)Sesuatu yang dikatakan keji dan jelik oleh Allah, ditambah pula dengan perisytiharan bahawa orang yang melakukannya tiada habuan di akhirat nanti, sukar diterima ia diturunkan Allah kepada malaikat tertentu untuk diajarkan kepada manusia!!

(vi)Ayat 102 ini dengan terang menyebutkan pertentangan di antara ilmu wahyu dan ilmu sihir. Wahyu punca petunjuk. Sihir pula punca kesesatan. Allah menyebutkan di dalamnya bagaimana orang-orang Yahudi telah sesat kerana telah mengikut ilmu sihir dan meninggalkan Kitab Allah yang berpunca daripada wahyu. Dalam keadaan ini mustahil diterima ada malaikat tertentu diutus Allah sendiri membawa kesesatan kepada manusia!

(vii)  Antara yang dipelajari dan diajarkan dalam ilmu sihir ialah cara-cara memporak-perandakan rutnah tangga seseorang. Ilmu seperti ini tentunya tidak berpunca daripada wahyu dan tidak layak sama sekali dengan malaikat.

(viii) Ilmu sihir disebut Allah sebagai ilmu yang memudharatkan dan tidak berguna. Kalau begitu bagaimana akan diterima Allah menurunkannya melalui dua orang malaikat Yang dimuliakanNya?

(ix) Di dalam ayat 102 Surah al-Baqarah ini disebutkan tempat di mana dua malaikat berkenaan diturunkan dan mengajarkan sihir. Tempat itu bernama Babil. Di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat juga tersebut nama itu, bahkan dikatakan di situlah mereka berdua dihukum hingga hari kiamat. Tetapi ia tidak pernah dapat dikesan oleh sesiapa pun, baik pengembara, penjelajah mahupun penduduk setempat.

(x) Kalau benarlah ada malaikat tertentu diutus membawa ilmu sihir ke bumi, maka tentulah terlebih dahulu mereka menyampaikan dan mengajarkannya kepada Nabi Sulaiman a.s. Kerana malaikat itu sememangnya diutuskan kepada para nabi dan rasul. Tetapi di sini Allah menyangkal dengan sekeras-kerasnya penglibatan Sulaiman dengan ilmu sihir. Ilmu sihir dikatakan sebagai ajaran syaitan-syaitan yang kafir.

Bukti-Bukti Dari Luar Ayat 102 Surah Al-Baqarah
Sekarang mari pula kita lihat beberapa bukti berupa firman Allah selain dari ayat 102 Surah al-Baqarah yang menolak kemungkinãn mana-mana malaikat terlibat dalam pengajaran dan penyebaran ilmu sihir.

(i) Salah satu sifat malaikat yang digambarkan oleh Allah sendiri di dalam al-Quran adalah begini:
Al-Hijr 15:8 مَا نُنَزِّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ إِلَّا بِٱلْحَقِّ وَمَا كَانُوٓا۟ إِذًا مُّنظَرِينَ 
Bermaksud: Tiadalah Kami menurunkan malaikat melainkan dengan kebenaran dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh Iagi. (al-Hijr:8).

Menerima Harut dan Marut sebagai malaikat yang diturunkan untuk mengajar manusia ilmu sihir yang penuh dengan kekufuran bererti menerima Allah ada juga menurunkan malaikat dengan kebatilan.

(ii) Menerima Harut dan Marut sebagai dua orang malaikat yang diturunkan di Babil untuk mengajar ilmu sihir seolah-olahnya menerima ilmu itu sebagai ilmu yang sah, tidak salah dan tidak bertentangan dengan ajaran agama yang dibawa nabi-nabi sebelumnya. Walaupun ia juga merupakan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh syaitan-syaitan, Apa yang penting ialah jangan jadi kafir! Menjadi tukang sihir sahaja tidak mengapa. Mungkin ada juga untungnya. Padahal Allah telah berfirman:
Ta Ha 20:69
وَأَلْقِ مَا فِى يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوٓا۟ۖ إِنَّمَا صَنَعُوا۟ كَيْدُ سَٰحِرٍۖ وَلَا يُفْلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ 
Bermaksud: Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu. niscaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu hanyalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan beruntung (mendapat kemenangan) tukang sihir itu. dari mana saja ia datang. 

Adakah malaikat boleh mengajar manusia melakukan tipu daya dan sesuatu yang sia-sia?!

(iii)Kejadian malaikat itu sendiri sememangnya sunyi daripada kecenderungan melakukan ma'shiat dan dosa. Mereka hanya melakukan apa yang diperintah oleh Allah semata-mata lihat firman Allah berikut:
At-Tahrim 66:6
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap mengerjakan segala apa yang diperintahkan. 

Mengamalkan sihir dan mengajar ilmu sihir bukankah merupakan dosa besar? Lalu bagaimana pula boleh malaikat melakukannya dan bagaimana pula Allah akan menyuruh mereka melakukan dosa??

(iv)Amalan-amalan jahat dan keji seperti sihir itu hanya dilakukan oleh penghuni bumi. Malaikat bukannya penghuni bumi. Mereka adalah penghuni langit. Mereka hanya sekali-sekala datang ke bumi untuk melaksanakan sesuatu tugas atas perintah Allah. Setelah selesai menjalankan tugas, mereka akan kembali ke ternpat asalnya. Allah berfirman:
Al-Isra' 17:95
قُل لَّوْ كَانَ فِى ٱلْأَرْضِ مَلَٰٓئِكَةٌ يَمْشُونَ مُطْمَئِنِّينَ لَنَزَّلْنَا عَلَيْهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَلَكًا رَّسُولًا 
Bermaksud: Katakanlah: "Kalau ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi. niscaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul." 

Agak tidak secocok dengan firman Allah ini sekiranya Harut dan Marut dipercayai dua orang malaikat yang telah menghuni bumi untuk sekian lama, sehingga mereka dikenali sebagai manusia yang menjadi mahaguru ilmu sihir. Malah kalau mengikut riwayat-riwayat Israiliyyat, mereka berdua telah menjadi hakim, minum arak, berzina dan membunuh orang!!

(v) Siapakah di kalangan manusia biasa dapat melihat malaikat dalam rupa asalnya dan kalau malaikat menjelma sebagai manusia, siapa pula mengenalinya dan dapat mengatakan ia sebenarnya malaikat? Hanya para nabi dan rasul sahaja dapat menentukan seseorang nnalaikat yang datang kepadanya adalah Inalaikat. Lihat firman Allah berikut:
Al-An'am 6:9 وَلَوْ جَعَلْنَٰهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَٰهُ رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ 
Bermaksud: Dan kalau (Rasul) itu Kami jadikan malaikat. tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki (supaya mereka dapat melihatnya) dan tentulah Kami (dengan yang denlikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad s,a.w). 

Para nabi, rasul dan manusia-manusia pilihan Allah juga kadang-kadang terkeliru buat seketika untuk mengecam dan memastikan malaikat yang datang kepadanya dalam rupa manusia itu sebenarnya malaikat!  Lihat sebagai contohnya beberapa tirtnan Allah di bawah ini:
Hud 11:69
وَلَقَدْ جَآءَتْ رُسُلُنَآ إِبْرَٰهِيمَ بِٱلْبُشْرَىٰ قَالُوا۟ سَلَٰمًاۖ قَالَ سَلَٰمٌۖ فَمَا لَبِثَ أَن جَآءَ بِعِجْلٍ حَنِيذٍ 
Hud 11:70
فَلَمَّا رَءَآ أَيْدِيَهُمْ لَا تَصِلُ إِلَيْهِ نَكِرَهُمْ وَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةًۚ قَالُوا۟ لَا تَخَفْ إِنَّآ أُرْسِلْنَآ إِلَىٰ قَوْمِ لُوطٍ 
Bermaksud: Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telab datang kepada Ibrahim dengan membawa berita gembira, mereka mengucapkan: "Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)," Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu." Tidak lama kemudian Ibrahim menghidangkan daging anak lembu dipanggang. (69) 
Maka tatakala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya. Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Berkatalah mereka (malaikat-malaikat itu): "Jangan kamu takut, sesungguhnya kami ini diutus kepada kaum Luth (untuk membinasakan mereka)." (70) 

Hud 11:77
وَلَمَّا جَآءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِىٓءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَٰذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ 
Hud 11:78
وَجَآءَهُۥ قَوْمُهُۥ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِن قَبْلُ كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِۚ قَالَ يَٰقَوْمِ هَٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِى هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِى ضَيْفِىٓۖ أَلَيْسَ مِنكُمْ رَجُلٌ رَّشِيدٌ 
Hud 11:79
قَالُوا۟ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِى بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ 
Hud 11:80
قَالَ لَوْ أَنَّ لِى بِكُمْ قُوَّةً أَوْ ءَاوِىٓ إِلَىٰ رُكْنٍ شَدِيدٍ 
Hud 11:81

قَالُوا۟ يَٰلُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُوٓا۟ إِلَيْكَۖ فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِّنَ ٱلَّيْلِ وَلَا يَلْتَفِتْ مِنكُمْ أَحَدٌ إِلَّا ٱمْرَأَتَكَۖ إِنَّهُۥ مُصِيبُهَا مَآ أَصَابَهُمْۚ إِنَّ مَوْعِدَهُمُ ٱلصُّبْحُۚ أَلَيْسَ ٱلصُّبْحُ بِقَرِيبٍ 
Bermaksud: Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada (Nabi) Luth, dia merasa dukacita dengan kedatangan mereka dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "İni adalah hari yang amat mencemaskan." (77) Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itü sudah biasa melakukan kejahatan. (Nabi) Luth berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itü takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memalukan daku di hadapan tetamu-tamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?" (78) 
Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sesungguhnya kamu tentü mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki. (79) (Nabi) Luth berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan (untuk menentang kamu) atau akü dapat berlİndung kepada keluarga yang kuat (tentü aku lakukan)."
(80) (Mendengarkan yang demikian) Mereka (para tetamu Luth) pun berkata: Wahai Luth! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) ulusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itü tidak sekali-kali akan dapat mengganggumu. Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana dia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itü sudalh dekat?" (81) 

Maryam 19:16 وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَرْيَمَ إِذِ ٱنتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا مَكَانًا شَرْقِيًّا 
Maryam 19:17
فَٱتَّخَذَتْ مِن دُونِهِمْ حِجَابًا فَأَرْسَلْنَآ إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا 
Maryam 19:18 قَالَتْ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِٱلرَّحْمَٰنِ مِنكَ إِن كُنتَ تَقِيًّا
Maryam 19:19 قَالَ إِنَّمَآ أَنَا۠ رَسُولُ رَبِّكِ لِأَهَبَ لَكِ غُلَٰمًا زَكِيًّا 
Maryam 19:20 قَالَتْ أَنَّىٰ يَكُونُ لِى غُلَٰمٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِى بَشَرٌ وَلَمْ أَكُ بَغِيًّا 
Maryam 19:21
قَالَ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَىَّ هَيِّنٌۖ وَلِنَجْعَلَهُۥٓ ءَايَةً لِّلنَّاسِ وَرَحْمَةً مِّنَّاۚ وَكَانَ أَمْرًا مَّقْضِيًّا 
Bermaksud: Dan ceritakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini (kisah) Mariam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur, (16) Kemudian Mariam membuat dinding untuk melindungi dirinya diri mereka: lalu Kami hantar kepadanya Roh (dari) Kami, maka ia menjelma di hidupnya sebagai seorang (lelaki) yang sempurna bentuk kejadiannya. (17) 
Mariam berkata: Sesungguhnyn aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan)mu. kalaulah engkau seorang yang benar-benar bertaqwa. (18) 
Dia berkata: Sesungguhnyu aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak (laki-laki) yang suci. (19) 
Mariam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak Ielaki, padahal aku tidak pernah disentuh olehseorang Ielaki pun dan aku pula bukan perempuan jahat? (20) 
Dia menjawab: Demikianlah keadaannya (tak usahlah dihairankan); Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagi Ku dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu  sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami dan hal ini adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. (21) (Maryam: 16-21)

Lihat bagaimana Allah menggambarkan keadaan Nabi Ibrahim, Luth dan Maryam (lbu Nabi  lsa a.s.) ketika didatangi malaikat. Semua mereka juga buat seketika tidak mengenali malaikat, bagaimana pula orang biasa dapat mengenali mereka dan dapat memastikan mereka adalah malaikat? Sebagaimana malaikat dapat datang kepada manusia dengan menjelma sebagai manusia, jin dan syaitan juga dapat menjelma sebagai manusia di hadapan mereka. Bagaimana mereka akan membezakan di antara kedua makhluk itu? Kalau mereka menda'wa sebagai malaikat sekalipun, tidak ada jaminan yang dapat memastikannya. Tidak ada bukti kukuh yang dapat dipegang nıanusia biasa untuk membuatnya percaya bahawa yang mendawa begitu benar-benar malaikat. Kerana jin dan syaitan juga dapat mendawa dirinya sebagai malaikat! !
(vi)Dalam keadaan manusia biasa tidak dapat mengecam dan membezakan di antara malaikat dan jin atau syaitan, mungkin sekali syaitan mengambil kesempatan itü dan menda'wa dirinya sebagai malaikat dengan maksud menipu dan menyesatkan manusia. Jadi tetap juga ilmu sihir yang diajarkannya itü merupakan ilmu syaitan, bukan ilmu malaikat. Dan itulah yang disebut Allah di dalam ayat 102 Surah al-Baqarah.

(vii) Antara sifat-sifat malaikat yang disebut Allah di dalam al-Qur'an ialah mereka makhluk yang dimuliakan, ma'shum, tidak mendahului Allah dalam perkataan mahupun perbuatan mereka, melakukan apa saja suruhan Allah, beribadat kepadaNya, takut kepadaNya, selalu mentaqdiskanNya dan tidak jemu-jemu bertasbih serta memuji-mujiNya. Lihat sebagai contohnya beberapa firman Allah di bawah ini:
(a)
Al-Anbiya 21:26 وَقَالُوا۟ ٱتَّخَذَ ٱلرَّحْمَٰنُ وَلَدًاۗ سُبْحَٰنَهُۥۚ بَلْ عِبَادٌ مُّكْرَمُونَ 
Al-Anbiya 21:27لَا يَسْبِقُونَهُۥ بِٱلْقَوْلِ وَهُم بِأَمْرِهِۦ يَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Dan nıereka (orang-orang musyrikin) berkata: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Maha Sucilah la. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak
Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan. (26) Mereka (para malaikat) tidak mendahuIuiNya dengan perkataan dan mereka pula hanya mengerjakan apa yang diperintahkanNya. (27) 

(b)
Al-Anbiya 21:19
وَلَهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَمَنْ عِندَهُۥ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِۦ وَلَا يَسْتَحْسِرُونَ 
Al-Anbiya 21:20 يُسَبِّحُونَ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ لَا يَفْتُرُونَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, tidak pula mereka merasa penat dan letih. (19) Mereka selalu bertasbih (beribadat) malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti. (20) 

(c)Fussilat 41:38
فَإِنِ ٱسْتَكْبَرُوا۟ فَٱلَّذِينَ عِندَ رَبِّكَ يُسَبِّحُونَ لَهُۥ بِٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ وَهُمْ لَا يَسْـَٔمُونَ۩ 
Bermaksud: Jika mereka menyombongkan diri, maka mereka (para malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu. 

(d)An-Nahl 16:50
يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ۩ 
Bermaksud: Mereka (para malaikat) takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan mereka melaksanakan apa yang diperintahkan. 

Apakah malaikat-malaikat yang begitu sifat-sifatnya layak dikaitkan dengan pengajaran ilmu sihir? Atau dikatakan Allah sengaja menurunkan mereka untuk menyebarkan ilmu sihir di muka bumi?

(viii) Bukankah para malaikat itu menurut sifat semula jadinya amat bencikan perkara-perkara dosa? Ketika mengetahui makhluk manusia yang akan dijadikan Allah untuk menghuni planet bumi, sedang mereka juga akan melakukan kerosakan dan bencana di bumi, malah akan menumpahkan darah satu sama lain, bukankah para malaikat bertanya Allah dan pertanyaan mereka serta kenyataan mereka dirakam Allah di dalam al-Qur'an begini?:
Al-Baqarah 2:30
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ 
Bermaksud: ... Mengapa Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?... 

Kalau begitu, bagaimana pula mereka boleh mengajarkan kepada manusia perkara dosa yang akan membawa bencana dan rnembuatkan manusia menumpahkan darah di antara sesama mereka? Bukankah dengan begitu jadilah mereka juga seperti manusia? 

(ix) Antara malaikat ada yang ditugas membawa perutusan Allah dan hukum-hakamNya kepada utusan-utusan Allah di bumi, Semua utusan Allah, baik dari kalangan malaikat atau manusia adalah ma'shum. Mempercayai ada malaikat
diutuskan kepada manusia selain nabi-nabi dan rasul-rasul Allah di bumi, itu pun untuk mengajar kepada mereka ilmu sihir adalah suatu pencerobohan terhadap aqidah kesucian para malaikat. la boleh membawa kepada kekufuran, kerana secara tidak langsung bererti mempercayai malaikat telah melakukan dosa dan menderhakai Allah s.w.t.
Pandangan ini adalah yang paling selamat dalam mentafsirkan ayat 102 Surah alBaqarah. la selain tidak mengaitkan langsung malaikat dengan pengajaran ilmu sihir, tidak memberi juga langsung peluang kepada tersebarnya riwayat-riwayat Israiliyyat tentang Harut dan Marut yang banyak tersebar di dalam kitab-kitab tafsir.

¹⁶¹ Sesuai dengan beberapa Iagi firman Allah pada tempat-tempat lain berkenaan dengan segala musibah. bencana, penderitaan dan kemelaratan yang menimpa manusia. Semuanya tidak berlaku melainkan dengan izin Allah s.w.t. Antaranya ialah dua firman Allah berikut:
At-Taghabun 64:11
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Tidak ada apa pun musibah yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah). Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

A-l-Mujadila 58:10
إِنَّمَا ٱلنَّجْوَىٰ مِنَ ٱلشَّيْطَٰنِ لِيَحْزُنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَلَيْسَ بِضَآرِّهِمْ شَيْـًٔا إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan