Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(1)
KISAH PERTARUNGAN ANTARA RASULULLAH S.A.W. DENGAN RUKANAH BIN ABD YAZID
Pendahuluan
Rukanah bin Abd Yazid ialah seorang jaguh handalan di Mekah. Kekuatan beliau digambarkan dengan sepuluh
orang pun tidak mampu untuk menariknya ketika beliau
berdiri di atas satu alas seperti pelepah tamar (atau tikar).
Beliau dikatakan bertarung dengan Rasulullah s.a.w., dalam
satu pertaruhan, sekiranya beliau kalah dalam pertarungan itu,beliau akan memeluk Islam. Ternyata Rasulullah s.a.w.terlalu hebat untuk dibandingkan dengan beliau. Satu maklumat mengatakan beliau memeluk Islam, namun menurut maklumat yang lain beliau tidak memeluk Islam. Al-Hafiz Ibn Hajr al- Asqalani melaporkan beliau memeluk Islam pada hari pembukaan kota Mekah, namun ada yang mengatakan itu adalah Rukanah yang lain.
Beberapa orang tokoh ulama antaranya Hasan al-Banna
dikenal pasti biasa menggunakan kisah ini untuk tujuan berdakwah. Mereka ingin menggambarkan kekuatan dan kehebatan Muhammad s.a.w. Kisah ini masyhur sehingga diperkatakan dalam beberapa kitab sirah malah oleh lbn Kathir sendiri dalam kitab sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah. Walaupun begitu, masih terdapat ramai ulama yang mempertikaikan maklumat ini dengan alasan-alasan tersendiri. Satu kajian mesti dilakukan bukan bertujuan untuk merendahkan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. sebaliknya ingin mencari kebenaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan