Halaman

Selasa, Oktober 25, 2022

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(3)

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(3)
Sumber Kisah
Beberapa orang ulama yang dikenal telah merakamkan kisah ini dalam kitab mereka masing masing termasuk al-Tirmidhi dan Abu Daud. Antara kitab yang menceritakan tentang kisah di atas ialah;

1. Jami' al-Tirmidhi (2005) karya Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah (279 H), Bab al-Ama'im ala al-Qalanis, no.1784,h.34.
.....
Terjemahan: Qutaybah melaporkan kepada kami bahawa,
Muhammad bin Rabi'ah melaporkan kepada kami bahawa,
daripada Abu al-Hasan al-Asqalani, daripada Abu Ja'far bin
Muhammad bin Rukanah, daripada ayahnya: "Sesungguhnya Rukanah telah bergusti dengan Nabi s.a.w. lalu Baginda s.a.w. berjaya mengalahkannya. Rukanah berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a. w. bersabda: Sesungguhnya perbezaan antara kita dengan orang Musyrikin ialah serban di atas kopiah."
(Kitab al-Libas, Bab al-Ama'im 'ala al-Qalanis, no.1784, 4:34)

2. Sunan Abi Daud (2009) karya Abu Daud Sulayman bin al- Ash' at al-Sijistani al-Azdi (275 H), tahqiq: Dr al-Sayyid Muhammad al-Sayyid et.al, al-Qahirah; Dar al-Hadith, j,4 Bab fi al-Ama'im, no.4078, h.1748.
........
Terjemahan: Qutaybah bin Sa'id al-Thaqafi melaporkan kepada kami bahawa, Muhammad bin Rabi ah melaporkan kepada kami bahawa, Abu al-Hasan al-Asqalani melaporkan kepada kami bahawa, daripada Abu Ja'far bin Muhammad bin Ai bin Rukanah, daripada bapanya: "Sesungguhnya Rukanah telah bergusti dengan Nabi s.a.w. lalu Baginda s.a.w. berjaya mengalahkannya. "Rukanah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya perbezaan antara kita dengan orang Musyrikin ialah serban di atas kopiah."
(Kitab al-Libas, Bab Fi al-Ama' im, no.4078, 4:1748)

3 Al-Mustadrak ala al-Sahihayn (2002) karya Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Hakim al-Naysaburi (405 H),
tahqiq: Mustafa Abd al-Qadir Ata, Beirut; Dar al-Kutub
al-lImiyyah, c.2, j.3, Kitab Ma'rifah al-Sahabah, Bab Dhikr Managib Rukanah bin Abd Yazid r.a., no.1501/5903, h.511-512.
.........
Terjemahan: Al-Shaiykh Abu al-Walid al-Faqih melaporkan kepada kami bahawa, Abu Bakar al-Qays melaporkan kepada kami bahawa, al-Hasan bin Sufyan melaporkan kepada kami bahawa, Muhamnad bin Ammar melaporkan kepada kami bahawa, Muhammad bin Rabiah melaporkan kepada kami bahawa, Abu al-Hasan al-Asqalani melaporkan kepadakami bahawa,, Abu Ja far Muhammad bin Rukanah bin Abd Yarzid melaporkan kepada kami daripada bapanya bahawa: "Sesungguhnya Rukanah telah bergusti dengan Nabi s.a.w. lalu Baginda s.a. w. berjaya mengalahkannya. "Rukanah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya perbezaan antara kita dengan orang Musyrikin ialah serban di atas kopiah."
(Kitab Ma' rifah al-Sahabah, Bab Dhikr Manaqib Rukanah bin Abd Yazid r.a, 3:511)

4. Al-Jami'li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami'(1996) karya
Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Thabit al-Khatib al Baghdadi (463 H), tahqiq: Dr Muhammad Ajaj al-Khatib, Beirut; Muassasah al-Risalah, c.3, j.5, Bab Islah al-Muhaddith
Hay'atahu wa Akhdhi li Riwayati al-Hadith Zinatahu, h.604-605.

5. Nayl al-Awtar (2005) karya Muhammad bin Ali bin Umar
al-Shawlkani (1255 H), tahqiq: Isam al-Din, al-Qahirah, Dar al-Hadith, j.4 (1,8), Bab Ma Ja'a fi al-Musabaqah 'ala al
Aqdam uwa al-Musara'ah wa al-La'b bi al-irab wa Ghair Dhalik, no.3549, h.413.

6. Al-Bidayah wa al-Nihayah (2006) karya al-Hafiz Isma il bin Umar bin Kathir al-Qurashi al-Dimashqi (774 ), tahqiq
Ahmad Jad, al-Qahirah; Dar al-Hadith, j.2, h.137-138.
.......
Terjemahan: Ibn Ishaq berkata: Abi Ishaq bin Yasar melaporkan kepada saya bahawa: "Rukanah bin Abd Yazid bin bin Hisham bin al-Muttalib bin Abd Manaf adalah seorang berbangsa Quraisy yang kuat. Suatu ketika ia bertemu dengan Rasulullah s.a.w. pada satu tempat. Lalu Rasulullah s.a. w. berkata kepadanya: Wahai Rukanah, kenapa kamu tidak takut kepada Allah dan menerima seruan saya? Rukanah berkata: Jika saya tahu apa yang kamu katakan itu betul, aku akan mengikutimu.
Rasulullah s.a.w. membalas: Apa pandangan kamu jika kita
berlawan, adakah kamu akan mengetabui kebenaran saya?
Rukanah menjawab: Ya. Rukanah bangun dan mereka berdua berlawan, nyata Nabi s.a. w. memenangi perlawanan tersebut. Rukanah berkata: "Wahai Muhammad, ini adalah satu perkara yang ajaib, kamu berjaya mnengalahkan saya?" Rasulullah s.a.w menjawab: Ada lagi perkara ajaib yang boleb aku tunjukkan kepada kamu, jika dengan itu kamu akan takutkan Allah danmengikuti saya. "Rukanah bertanya: Apa dia?" Rasulullah s.a.w.
berkata: "Saya akan memanggil pokok itu." Rukanah meminta Rasulullah s.a.w. untuk memanggilnya, lalu Baginda s.a.w.memanggil pokok tersebut. Pokok itu datang kepada Nabi s.a.w,kemudian Baginda s.a.w. berkata: "Pulanglah ke tempat kamu semula." Pokok itu kembali semula. Rukanah kemudiannya kembali kepada kaumnya dan berkata: "Wahai Bani Abd Manaf, sahabat kamu (Rasulullah s.a.w.) adalah ahli sihir yang handal. Demi Allah, saya belum pernah melihat sihir seperti itu kemudian ia mengkhabarkan apa yang  dan apa yang berlaku. Demikianlah yang diriwayatkan oleh lbn shaq secara mursal.³⁶
.......
Terjemahan: Kisah ini turut diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmidhi daripada hadith Abu al-Hasan al-Asqalani daripada Abi Ja far bin Muhammad bin Rukanah, daripada bapanya:
Sesungguhnya Rukanah telah berlawan dengan Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a.u. memenanginya. A-Tirmidhi memberikan komentar: Hadith gharib dan kami tidak mengenali siapa Abu al-Hasan dan siapa lbn Rukanah.
........
Terjemahan: Saya (Ibn Kathir) berkata: "Kisah ini ada
diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Shafi i dengan sanad yang baik jayyid) daripada Ibn Abbas r. anhuma: Sesungguhnya Yazid bin Rukanah telah berlawan dengan Rasulullah s.a. w. sebanyak tiga kali, pertarungan bagi setiap pusingan ialah 100 ekor kambing.Pada pusingan yang ketiga, Yazid berkata: Wahai Muhammad, tiada seorang pun yang pernah menjatuhkan aku sebelum ini kecuali kamu dan tiada orang yang paling aku benci sebelum ini berbanding kamu. Kini, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan kamu adalah Rasulullah. Rasulullah s.a.w. mengangkatnya dan memulangkan semula
kambing-kambingnya."
......
Terjemahan: Adapun kisah Baginda s.a. w. memanggil pokok,ada dinyatakan dalam kitab Dala il al-Nubuwwah selepas sirah ini dengan pelbagai jalan yang baik dan sahih secara beberapa kali. Insha Allah ia dilaporkan oleh perawi-perawi yang thiqah.
lbn al-Ashaddayn mengatakan kisah pokok tersebut berlaku
selepas perkelahian antara Rasulullah s.a. w. dengan Rukanah."

7. Al-Sirah al-Dhahabiyyah (1414 H) karya Muhamad bin
Rizq bin Turhuni, al-Qahirah; Maktabah Ibn Taymiyyah j.2
Bab Khabar Rukanab, h.250.
.....
Terjemahan: "Dan Rukanah datang kepada Nabi s.a. w. ketika di Mekah dengan membawa bersama 300 ekor kambing. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: Wahai Rukanah, masuklah ke dalam Islam. la enggan. Rasulullah s.a.w. berkata lagi: Apa pandangan kamu jika saya memanggil pokok tersebut, sekiranya ia menjawab adakah kamu akan menyahut seruan saya: Rukanah menjawab
Ya. Lalu Rasulullah s.a. w. memanggilnya. Pokok itu datang dan berada di badapan Rasulullah s.a. w. Rasulullah s.a.w. kemudian berkata kepada pokok tersebut: Pulanglah kamu semula ke tempat kamu. Pokok itu kembali semula ke tempat asalnya. Rukanah berkata: Wahai Muhammad, adakah kamu ingin bertarung dengan saya? Rasulullah s.a. w. bertanya: Apa taruhannya.Rukanah menjawab: 100 ekor kambing Lalu mereka berlawandan Rasulullah s.a.w. memenanginya. Rukanah bertanya:Mahukah kamu jika kita berlawan sekali lagi? Rasulullab s.a.w.bertanya: Apa taruhannya? la menjawab: 100 ekor kambing.Mereka berlawan kali kedua dan sekali lagi Rasulullah s.a.w.
memenanginya. Setelah perkelahian kali ketiga, Rukanah
berkata: Wahai Muhammad, tiada seorang pun yang pernah
menjatuhkan saya sebelum ini kecuali kamu dan tiada orang yang paling saya benci sebelum ini berbanding kamu. Kini, saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan kamu adalah Rasulullah. Rasulullah s.a. w. mengangkatnya dan memulangkan semula kambing-kambingnya.

Turhuni membahaskan kedudukan hadith ini secara panjang lebar. Beliau mengemukakan beberapa pandangan ulama yang mensahihkan dan yang menolak kisah di atas. Secara umumnya, beliau kelihatan bersetuju dan menerima kisah ini. Namun begitu, beliau tidak memasukkan dengan baik maklumat ulama yang menolak kesahihan kisah ini sehingga menyebabkan penilaiannya tidak sempurna. Ada kemungkinan beliau tidak mahu membincangkannya demi mengelakkan perbahasan menjadi terlalu panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan