Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(4)
Rumusan Sumber
☆Pandangan Ibn Kathir sedikit terkeliru. Beliau menyatakan nama orang yang bertarung dengan Nabi s.a.w. ialah Yazid bin Rukanah sedangkan menurut kebanyakan ulama, nama sebenarnya ialah Rukanah bin Yazid.²
☆Sikap Rasulullah s.a.w. menerima pertaruhan daripada
Rukanah menimbulkan keraguan dalam kalangan ulama,
Mustahil Baginda S.a.w. sanggup berbuat demikian
meskipun tujuannya ialah dakwah. Ini kerana Rasulullah
s.a.w. tidak akan melakukan sesuatu perkara yang haram
meskipun bertujuan baik. Sebagai contoh, Baginda s.a.w. beberapa kali mendapat tawaran yang boleh mendatangkan
kebaikan, tetapi oleh kerana dalam bentuk yang tidak baik
atau haram, Baginda s.a.w. menolaknya tanpa sebarang
pertimbangan.
☆Terdapat beberapa perbezaan riwayat jika diperhatikan
kepada beberapa sumber yang ada. Ada riwayat yang
menunjukkan Rukanah memeluk Islam selepas itu
sedangkan ada maklumat mengatakan Rukanah tidak
memeluk Islam. Apabila diperhatikan kepada riwayat lain,
ternyata ada seorang yang bernama Rukanah memeluk
Islam selepas pembukaan kota Mekah. Al-Hafiz Ibn
Hajr al-Asqalani menjelaskan memang wujud kejadian
tersebut, namun Rukanah tidak terus memeluk Islam
sebaliknya memeluk Islam semasa pembukaan Kota Mekah. Pada awalnya, beliau sendiri mengkritik kisah
perkelahian tersebut."³ Tulisan al-Hafiz ini akan dinyatakan
dalam bahagian berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan