Halaman

Selasa, Oktober 25, 2022

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(5)

Kisah popular tapi tidak sahih 24/10/2022(5)
Pendapat Ulama Mengenai Status Hadith Kisah Ini
1. Imam al-Tirmidhi selepas membawakan hadith tersebut didalam kitab Jami'nya, beliau akhirnya memberikan komentar:
Abu Isa berkata: "Hadith ini gharib dan sanadnya
tidak kuat. Kami tidak mengenali siapakah Abu al-Hasan
al-'Asqalani dan kami tidak mengenali siapakah anak Rukanah.

2. Al-Mubarakfuri (1353 H) dalam mensyarahkan hadith
ini dalam kitab Tuhfah al-Abwadhi (kitab syarah Jami' al-
Tirmidhi) mengatakan:
Daripada Abu al-Hasan al-Asqalani), al-Hafiz menyatakan di dalam Tagrib al-Tahdhib, beliau seorang yang tidak dikenali. Manakala pernyataan (daripada Abu Ja' far bin Muhammad bin Rukanah), al-Hafiz menyatakan di dalam al-Taqrib, beliau juga merupakan seorang yang tidak dikenali."

"Pernyataan Imam al-Tirmidhi (Ini adalah Hadith Gharib), ia ada direkodkan oleh Imam Abu Daud (Namun sanadnya tidak kukuh) kerana di dalam sanad tersebut terdapat tiga orang yang tidak dikenali sebagaimana yang diketahui.

3. Al-Allamah Abu al-Tayyib Muhammad Shams al-Haq al-
Azim Abadi (1273-1329 H) ketika mensyarahkan hadith
ini dalam Awn al-Ma bud (Syarah Sunan Abu Daud)
mengkritik kualiti hadith ini dengan mengatakan:
At-Tirmidhi ada merekodkan hadith ini dan beliau mengatakan hadith tersebut gharib dan sanadnya tidak kuat dan beliau turut mengatakan bahawa kami tidak mengenali Abu al-Hasan al-Asqalani dan Ibn Rukanah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan