Tafsir nota baca 0010(0191-0195)sesi 37 19/10/22
Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ
Al-Baqarah 2:181
فَمَنۢ بَدَّلَهُۥ بَعْدَمَا سَمِعَهُۥ فَإِنَّمَآ إِثْمُهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Al-Baqarah 2:182
فَمَنْ خَافَ مِن مُّوصٍ جَنَفًا أَوْ إِثْمًا فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Al-Baqarah 2:183
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Al-Baqarah 2:184
أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُۥۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌ لَّكُمْۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Al-Baqarah 2:185
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu didatangi (gejala-gejala) mati, jika ia ada meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kerabatnya²⁸⁴ dengan cara yang baik (menurut peraturan agama)²⁸⁵ sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. [180].²⁸⁶
Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya,²⁸⁷ maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya;²⁸⁸ Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [181].
Tetapi sesiapa yang bimbang²⁸⁹ terhadap orang yang berwasiat itu, berlaku berat sebelah atau berbuat dosa (dalam wasiatnya) lalu ia mendamaikan antara mereka,²⁹¹ maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [182].
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [183].
(Iaitu berpuasa) pada sebilangan hari yang tertentu;²⁹² maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian [wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang Iain; dan wajib di atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin].²⁹³ Sesiapa yang dengan sukarela memberi makan melebihi kadar yang ditentukan itu, maka itulah yang Iebih baik baginya;²⁹⁴ (namun demikian) berpuasa itu Iebih baik bagimu (daripada memberi fidyah), jika kamu mengetahui. [184].
(Masa puasa itu ialah) bulan Ramadhan yang diturunkan padanya (permulaan)Al-Quran,²⁹⁵ sebagai hidayat kepada manusia, dan sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan hidayat dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [Oleh itu. sesiapa di antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya)]²⁹⁶ maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka), maka (wajiblah ia mengqadha' puasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari-hari yang Iain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mahukan kamu mendapat kemudahan dan tidak mahu kamu menanggung kesukaran.²⁹⁷ Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangan hari puasa (sebulan Ramadan), dan hendaklah kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana mendapat hidayat yang telah dikurniakanNya kepadamu, dan supaya kamu bersyukur.[185]
_______________________
Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu didatangi (gejala-gejala) mati, jika ia ada meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kerabatnya²⁸⁴ dengan cara yang baik (menurut peraturan agama)²⁸⁵ sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. [180].²⁸⁶
-jika orang miskin tak payah berwasiat.
- feel bina majhul كُتِبَ yg memerlukan naib fail ٱلْوَصِيَّةُ
- orang yg dituju عَلَيْكُمْ iaitu orang Islam.
-harta yang banyakخَيْرًا
-dalam alquran خَيْرًا banyak tempat dengan makna harta walaupun maknanya kebaikan.
- logo darulkausar , brg siapa dikasihi Allah akan diberi kefahaman yang mendalam.
²⁸⁴ /²⁸² yang tidak tersenarai sebagai pewaris, seperti ibu bapa dan kerabat yang bukan beragama Islam atau datuk dan nenek dalam keadaan bapa dan ibu si mati masih hidup.
-berbeza agama tidak boleh menerima pusaka...hadits
-disebabkan hubungan silaturahim juga perlu dijaga, boleh wasiat untuk mereka dapat bahagian.
- tetapi hanya ⅓ sahaja
- jika ayat ini إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ tidak dianggap mansukh oleh ayat pusaka yg duk ada selepas ini.
- bg mmay ayat ini tidak mansukh.
- ada yg kata mansukh dan ada yg kata tidak mansukh.
- yg kata ibubapa tak dapat sebab telah ada bahagian dalam faraid.
- yang detail hanya 2 ayat.
1.An-Nisa' 4:11
-simati ada anak, ibubapa ⅙, 2 bahagian anak lelaki simati ,1 bhg anak perempuan simati
- simati tiada anak ada ibubapa, ibu ⅓
- simati ada anak perempuan sahaja ½
- simati ada 2 perempuan ⅔
- simati ada adikberadik dan ibu, ibu⅙
2.
-bagi yg berpendapat tidak mansukh inilah caranya iaitu wasiat.
Minit 32
-ini lah ayat pusaka yang digunakan sekarang ini.
-lari pesaka tidak boleh.
- bhg sebelum mati boleh.
²⁸⁵/²⁸³ Iaitu dengan tidak melebihi satu pertiga daripada peninggalan simati.
-ini dari hadits.
- rakaat solat tiada dalam quran tetapi ada dalam hadits.
-wasiat dan pusaka yang khilaf tiada juga dalam quran
²⁸⁶/²⁸⁴ Maksudnya ialah orang telah mengalami gejala-gejala kematian hendaklah berwasiat kepada pewaris-pewarisnya agar membahagi pesaka peninggalannya menurut hukum Allah sesuai dengan hukum pembahagian pesaka yang tersebut di dalam al-Quran.
-negara kita sekarang ini masih boleh bahagi tak ikut cara Islam.
-ini dosa besar.
Antaranya ialah pada firman Allah berikut:
An-Nisa' 4:11
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَٰدِكُمْۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ ٱلْأُنثَيَيْنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ ٱثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتْ وَٰحِدَةً فَلَهَا ٱلنِّصْفُۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٌۚ فَإِن لَّمْ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٌ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍۗ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًاۚ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati). tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik). maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepadamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sebabnya dia perlu berwasiat begitu kerana Allah telah berfirman: Al-Hujurat 49:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Al-Baqarah 2:181
فَمَنۢ بَدَّلَهُۥ بَعْدَمَا سَمِعَهُۥ فَإِنَّمَآ إِثْمُهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya,²⁸⁷ maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya;²⁸⁸ Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [181].
²⁸⁷/²⁸⁵ dengan menyalahi hukum pesaka yang telah ditetapkan oleh Allah.
²⁸⁸ Si mati yang telah berwasiat supaya membahagikan pesaka peninggalannya menurut hukum Allah itu langsung tidak berdosa.
Al-Baqarah 2:182
فَمَنْ خَافَ مِن مُّوصٍ جَنَفًا أَوْ إِثْمًا فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Tetapi sesiapa yang bimbang²⁸⁹ terhadap orang yang berwasiat itu, berlaku berat sebelah atau berbuat dosa (dalam wasiatnya)²⁹⁰ lalu ia mendamaikan antara mereka,²⁹¹ maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [182].
Minit 52
- orang yang nak mati itu berwasiat مُّوصٍ
- perkara salah جَنَفًا
²⁸⁹ dari kalangan pihak berkuasa atau orang yang berpengaruh dalam sesebuah masyarakat.
²⁹⁰ Seperti ia berwasiat untuk seseorang melebihi satu pertiga daripada harta yang akan ditinggalkannya. Tujuannya ialah untuk mengurangkan hak pewaris.
²⁹¹ waris-waris dan orang-orang yang diwasiatkan untuknya, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama.
Al-Baqarah 2:183
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Al-Baqarah 2:184
أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُۥۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌ لَّكُمْۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [183].
(Iaitu berpuasa) pada sebilangan hari yang tertentu;²⁹² maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian [wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang Iain; dan wajib di atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin].²⁹³ Sesiapa yang dengan sukarela memberi makan melebihi kadar yang ditentukan itu, maka itulah yang Iebih baik baginya;²⁹⁴ (namun demikian) berpuasa itu Iebih baik bagimu (daripada memberi fidyah), jika kamu mengetahui. [184].
²⁹² Puasa apakah yang diwajibkan orang-orang yang beriman melaksanakannya pada sebilangan hari yang tertentu itu? Ayat 185 selepas ini menjelaskan ia adalah puasa di bulan Ramadhan.
²⁹³ Bahagian yang [...] ini boleh juga diterjemahkan seperti berikut:
Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah (iaitu): memberi makan seorang miskin.
Terjemahan ini malah Iebih bersesuaian dengan penghujung ayat, iaitu: وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌ لَّكُمْۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Bermaksud: (namun demikian) berpuasa itu Iebih baik bagimu (daripada memberi fidyah), jika kamu mengetahui.
²⁹⁴ Potongan ayat ini bersesuaian dengan qaedah dan prinsip umum yang ditetapkan Allah di dalam dua Surah Al-Qur'an. Satunya di dalam Surah Fusshilat:
Fussilat 41:46
مَّنْ عَمِلَ صَٰلِحًا فَلِنَفْسِهِۦۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَاۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّٰمٍ لِّلْعَبِيدِ
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan amal saleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambahambaNya.
Dan satu lagi di dalam Surah al-Jaatsiyah:
Al-Jasiyah 45:15
مَنْ عَمِلَ صَٰلِحًا فَلِنَفْسِهِۦۖ وَمَنْ أَسَآءَ فَعَلَيْهَاۖ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan amal saleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu jua kamu dikembalikan.
Al-Baqarah 2:185
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Masa puasa itu ialah) bulan Ramadhan yang diturunkan padanya (permulaan)Al-Quran,²⁹⁵ sebagai hidayat kepada manusia, dan sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan hidayat dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. [Oleh itu. sesiapa di antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya)]²⁹⁶ maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (lalu ia berbuka), maka (wajiblah ia mengqadha' puasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari-hari yang Iain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mahukan kamu mendapat kemudahan dan tidak mahu kamu menanggung kesukaran.²⁹⁷ Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangan hari puasa (sebulan Ramadan), dan hendaklah kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana mendapat hidayat yang telah dikurniakanNya kepadamu, dan supaya kamu bersyukur.[185]
²⁹⁵/²⁹⁴ Ayat ini menjelaskan bahawa Al-Qur'an telah diturunkan pada bulan Ramadhan, tetapi tidak disebutkan di sini waktunya. Adakah pada waktu malam atau siang? Semua sekali Al-Qur'ankah atau permulaan Al-Quran sahaja?
Namun ayat-ayat yang lain ada menyebut tentangnya. Allah berfirman:
Al-Qadr 97:1
إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
Al-Qadr 97:2
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ
Al-Qadr 97:3
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Al-Qadr 97:4
تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
Al-Qadr 97:5
سَلَٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ
Bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada Lailatul Qadar (Malam Qadar), (1)
Dan tahukah kamu apakah Lailatul-Qadar itu? (2) LailatulQadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (3)
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit Fajar!(5).
Allah juga berfirman tentangnya:
Ad-Dukhan 44:1 حمٓ
Ad-Dukhan 44:2 وَٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُبِينِ
Ad-Dukhan 44:3 إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
Ad-Dukhan 44:4 فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
Ad-Dukhan 44:5 أَمْرًا مِّنْ عِندِنَآۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ad-Dukhan 44:6 رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
Bermaksud: Haa, Miim. (1)
Demi Kitab yang menerangkan kebenaran. (2) Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada suatu malam yang diberkati; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (3)
Pada malam yang diberkati itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). (4)
laitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi ketetapan Kami mengutuskan Rasul. (5)
(untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). (6)
Daripada Surah al-Qadar dan ad-Dukhaan yang dikemukakan di atas dapat diketahui bahawa malam diturunkan Al-Qur'an itu mempunyai namanya tersendiri dan ia mempunyai banyak sekali keistimewaan dan rahsia Allah.
Berhubung dengan persoalan Al-Qur'an itu diturunkan semuanya sekali gus kah pada Malam Qadar itu atau hanya bahagian permulaannya sahaja dapat anda lihat pada sekian banyak ayat-ayat Al-Qur'an. Antaranya ialah pada firman Allah di bawah ini: Al-Furqan 25:32
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ ٱلْقُرْءَانُ جُمْلَةً وَٰحِدَةًۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِۦ فُؤَادَكَۖ وَرَتَّلْنَٰهُ تَرْتِيلًا
Bermaksud: Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan AlQuran itu kepada Muhamad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
²⁹⁶ Bahagian yang [.....] ini boleh juga diterjemahkan seperti berikut: Oleh itu, sesiapa di antara kamu hadhir atau berada (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu....
²⁹⁷ Di sini Allah menyatakan sifat syari'atNya dan salah satu daripada prinsip utama agamaNya. Ugama Islam adalah ugama yang mudah. Tiada sebarang kesukaran dalam Islam. Allah mahukan umat Islam mendapat kemudahan dan Dia tidak mahu umat Islam menanggung kesukaran. Prinsip utama Islam ini dinyatakan di dalam AlQur'an dengan ibarat dan gaya bahasa yang berbeza-beza.
Antaranya dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:
Al-Hajj 22:78
وَجَٰهِدُوا۟ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦۚ هُوَ ٱجْتَبَىٰكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَٰهِيمَۚ هُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِى هَٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِۚ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعْتَصِمُوا۟ بِٱللَّهِ هُوَ مَوْلَىٰكُمْۖ فَنِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ
Bermaksud: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan kesukaran dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. la menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatanmu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
-sifat agama yg dibawa oleh Nabi Ibrahim termasuk suruhan berpuasa.
- kita diberikan namaهُوَ سَمَّىٰكُمُ ٱلْمُسْلِمِينَ oleh Allah.
- perkara sama cuma berbeza keadaan
- keadaan berhari raya selepas berpuasa yakni
byk bertakbir ketika beraya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan