Tafsir quran dengan quran 5/10/22(1)
Al-Baqarah 2:172
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah makanan-makanan yang baik (halal) yang telah Kami kurniakan kepadamu²⁶⁶ dan bersyukurlah kepada Allah (atas kurniaanNya itu), jika benar kamu hanya beribadat kepadaNya. [172].
-sedikit tentang perkataan مِن dalam ayat Al-Baqarah 2:172, yakni bermakna sebahagian.
-perkataan طَيِّبَٰتِ pula bermakna ada kebaikannya.
- Makanan adalah rezeki kurniaan Allah yang besar dan sepatutnya manusia bersyukur dengan rezeki makanan yg kerananya Allah berikan tenaga yang membolehkan berbuat apa-apa saja perbuatan.
²⁶⁶ Jangan pula kamu mengharamkannya sesuka hatimu. Kerana Allah melarang kamu berbuat begitu menerusi firmanNya: Al-Ma'idah 5:87
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحَرِّمُوا۟ طَيِّبَٰتِ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُعْتَدِينَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah kepadamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (87).
-Tentang bersyukur, syukur adalah sebahagian dari ini ibadat .
- orang yang tidak bersyukur adalah orang yang tidak beribadat kepada Tuhan.
- jadi bukan hanya solat sahaja ibadat
- bersyukur dengan perkataan seperti menyebut alhamdulillah.
- bersyukur dengan perbuatan adalah dengan menggunakan anggota badan dengan melakukan apa-apa perbuatan yang diredai oleh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan